Sunday, July 13, 2014

Resipi Ayam Berempah Sate Scott® Calorie Light

Hi Korang,

Lama plak tak tulis pasal masak-masak ni ek. 

Itulah asyik buka puasa kat luar je, sampai masak pun boleh hilang skills dibuatnya. Hehehehhe tipu arrr.

Ok hari ni aku nak masak resipi Ayam Berempah Sate Scott® Calorie Light.


Wah, kemain nama. Siap ada nama omputih bagai. La bukan apa, selain daripada masak ayam aku nak cuba tisu dapur Scott® Calorie Light sekali. Dengar-dengarnya tisu dapur Scott ni dapat mengurangkan kalori dengan menyerap minyak yang banyak. 

Mehlah aku citer sket pasal Scott® Calorie Light ni ek

Kebanyakan rakyat Malaysia mengambil kalori harian berlebihan – Fakta dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan purata rakyat Malaysia mengambil lebih dari 2,900 kcal sehari**, jauh melebihi jumlah yang disyorkan iaitu 2000 kalori sehari untuk lelaki dewasa dan 1500 untuk wanita dewasa.


“Sebagai jenama barangan harian yang lama dipercayai rakyat Malaysia, Scott® berbangga kerana telah mengambil langkah untuk membantu rakyat Malaysia menjaga keluarga mereka dengan cara yang mudah dan berkesan dengan Scott® Calorie Light. Tuala dapur baru ini adalah satu-satunya tuala dapur yang direka khas untuk penyerapan minyak terbaik untuk menangani cabaran terbesar dalam dapur rakyat Malaysia. Ia bukan saja menyerap minyak secara berkesan pada permukaan dapur yang melekit tetapi juga dari makanan, oleh itu pengguna boleh menikmati makanan lazat yang kurang kalori dengan cara yang mudah.” kata Cik Soo Woon Yee, Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia.


Tuala Scott® Calorie Light diuji oleh sebuah badan bebas, dan terbukti mengurangkan pengambilan kalori daripada lemak sebanyak purata 25%* hanya dengan menggunakan 3 helai tuala Scott® Calorie Light untuk menyerap lebihan minyak dari makanan seperti ayam goreng sebelum ianya dihidangkan. Ia diperbuat dengan teknologi Fiber-Tech terkini dan 100% serat asli, lebih tebal untuk membantu penyerapan minyak terbaik. Tuala ini juga disenduh dengan ekstrak teh hijau, satu ramuan yang lama dikenali dan digunakan untuk pengurangan lemak.

“Saya adalah pengguna setia jenama tuala dapur Scott® selama ini dan telah menggunakanya dalam pelbagai cara, samada semasa menyediakan makanan atau membersihkan dapur,” kata Florence Tan, Chef Selebriti Malaysia. “Kami gembira dengan pengeluaran produk khas seperti Scott® Calorie Light yang direka khusus untuk menyerap lebihan minyak supaya kita dapat menikmati makanan enak yang kurang kalori serta berkesan membersih permukaan yang berminyak!”

Dari ayam goreng ke pisang goreng, ketahui pelbagai cara tuala Scott® Calorie Light dapat membantu mengurangkan kalori dalam makanan harian!

Ok dah, ni aku kongsikan resipi Resipi Ayam Berempah Sate Scott® Calorie Light

*cari resipi di internet dan di tukar sket-sket, mintak maaf terlupa amik di mana. Mintak tuan punya tuh halalkan ek. Serius aku lupa lah

Bahan-bahannya 

1kg Ayam Segar (di potong - ikut citarasa) 
1.5 inch halia - ditumbuk
1.5 inch lengkuas - ditumbuk 
1.5 inch kunyit hidup - ditumbuk
1 sudu besar cili kisar 
1 1/2 sudu besar serbuk kari 
5 ulas bawang merah – di tumbuk
3 ulas bawang putih – di tumbuk 
2 btg serai – di hiris dan di tumbuk 

2 sudu besar biji ketumbar – digoreng kering dan ditumbuk halus 
1 sudu teh jintan kasar – digoreng kering dan ditumbuk halus 

Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng 
Daun kari – aku letak masa menggoreng, nak bagi wangi katanya 

Cara-cara memasak

1. Potongan ayam di bersihkan dan letak sedikit garam, gaulkan dan di tepikan. 

2. Segala jenis bahan-bahan rempah yang di atas tu tadi, digaul pada ayam rata-rata sehingga sebati. Mesti kena semua tempat tau.


3. Dah siap, perap dan simpan dalam peti sejuk seketika, sekurang-kurangnya dalam 1 jam gituh tapi lagi lama lagi baik.

4. Panaskan minyak untuk menggoreng.



5. Bila dah panas betul-betul apa lagi terus masukkan ayam. Jangan banyak sangat letak nanti takut tak cukup masak plak kan.


6. Siapkan tisu untuk menapis ayam tu ek



8. Ok meh kita angkat ek



9. Yang dah masak tu angkat dan letak di atas tisu dapur Scott® Calorie Light untuk tapis segala lebihan minyak menggoreng tu kan.


10. Tada, dah siap pun.



Nampak tak keberkesanan tisu dapur Scott® Calorie Light ni. Segala minyak dapat dikeluarkan dengan diserap sekali gus je. 


Memang masa makan tuh, tak de rasa berminyak langsung. Minyak tu adalah tapi takdelah sampai meleleh-leleh keluar time kita makan kan. Rasa sate betul maybe sebab jintan kasar yang aku guna tu kot.


Tuala Scott® Calorie Light premium baru boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya besar, pasar mini dan kedai terpilih di seluruh negara pada harga runcit RM6.20 untuk 2 gulung dan RM14.90 untuk pek 6 gulung (Semenanjung Malaysia) dan RM6.80 untuk 2 gulung dan RM16.40 untuk pek 6 gulung (Sabah dan Sarawak)

Untuk maklumat lanjut tentang tuala Scott® Calorie Light premium, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-tol) pada hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.



4 comments :

Amanda Suria said...

Wah...bagus ni...memang serap kalori kan...boleh cuba..

Rinna said...

Hmm..suka makan ayam goreng berempah nie.. :)

hazman fadzil said...

bagus jugak tisu scott nie... kiranya bila kita alas bekas or pinggan tu takde melekit minyak kan...

muhammad hafizi said...

tertarik pada ayam goreng berempah tu..