Wednesday, July 2, 2014

Belajar Memilih Bag Berkualiti Di REEBONZ Designer BAG Workshop

Hi Korang,

Cam ne plak aku boleh terlupa nak post pasal entry ni ek. 


Actually dah lama aku pi event ni, tapi entah cam ni tak teringat langsung. Ishk teruk betul kadar lemah fikiran aku ni, hingga tahap kena makan ubat dah ni.


Designer Bag Workshop ni anjuran Reebonz Malaysia untuk ktorang para media mempelajari selok belok mengenai designer bag ni. Majlis di adakan di KL Live.


Meh kita usha-usha sket latar belakang Reebonz Malaysia ni ek
Reebonz (dilafazkan sebagai ‘ribbons’) merupakan jenama yang paling dipercayai secara online di Asia dan lokasi membeli-belah untuk membeli dan menjual pelbagai jenis produk mewah. Ditubuhkan pada Mac 2009, Reebonz telah bertapak dengan kukuh sebagai salah satu perniagaan e-dagang yang paling diyakini dan dihormati di Asia atas sebab kebanggaan unggul atas reputasi perniagaannya yang menjanjikan produk berkualiti tinggi dengan nilai yang tinggi dan perkhidmatan yang cemerlang. Lokasi Ibu pejabatnya berada di Singapura dan mempunyai  pejabat-pejabat lain di Asia termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Australia, Hong Kong, Taiwan dan Korea. 




Jom lets begin our workshop ek.

Kita kalau nak beli sesuatu handbag yang berjenama memang banyak kena fikir kan. Yelah harga dah tentu mahal, kalau tak tau apa-apa memang boleh kena tipu la jawabnya.

“Kebanyakan masa, kita akan keliru untuk mencari beg idaman yang sesuai. Pencarian beg yang sempurna untuk diri sendiri bukan sahaja hanya bergantung pada gaya dan trend terkini. Ketika anda sedang membeli-belah, anda perlu mengambil kira beberapa faktor dalam fikiranmu, seperti warna, fungsi, bahan, tekstur dan faktor yang lain,” kata pegawai kanan pemilihan dan pembelian produk (senior merchandiser) dari Ibu Pejabat Reebonz (Singapura), Ms Gail Chen. 

Ok meh citerkan sket yang Ms Gail Chen ni berkongsi sebanyak sepuluh jenis beg tangan berjenama terbaik yang dijangka akan menguasai dunia fesyen dalam musim bunga/panas 2014 (Spring/Summer 14).


1· Beg galas adalah kecil (The Petite Shoulder Bag), berbentuk kotak dan berstruktur, di mana beg ini sering dihiasi dengan tali rantai. Beg ini cukup kecil untuk membuat pengubahsuaian tetapi cukup luas untuk mengisi kesemua keperluan anda.



2· Beg silang mini (The Mini Cross-body Bag) adalah beg bertali panjang yang tahan lasak. Beg ini mempamerkan rupa bentuk yang ringkas dengan penutup depan dan pengancing sentral yang memberikan rupa seakan-akan beg galas mini.


3· Beg tangan yang teliti (The Prim Handbag) mengenangkan lambang gaya beg vintaj dengan struktur reka bentuknya. Beg ini turut dikemas kini pada musim ini dengan keperincian blok warna dan kombinasi warna yang di luar jangkaan.


4· Beg bowling (The Bowling Bag) biasanya didapati dalam tiga saiz, di mana antara yang paling popular merupakan beg dalam saiz sederhana. Beg serba guna ini boleh dibawa seperti beg jinjing ataupun tersebai di bahu dengan tali yang panjang.


Minaudière merupakan item yang penting dalam pentas peragaan musim ini. Nama beg ini dapat daripada perkataan Perancis yang bermaksud 'kecil, mini, beg berbentuk empat persegi’. Beg ini bertujuan untuk menggantikan tas tangan, di mana bag ini sering diselaputi dengan permata atau kancing untuk menggandakan keserian beg tersebut.

6· Kotak pensil (The Pencil Case) yang sering dikenali ramai dengan kelembutan dan mudah lentur, reka bentuk 'kotak pensil' yang agak besar merupakan produk kegemaran di kalangan penggemar fesyen. Pada musim ini dilihat kotak pensil ini dikemaskinikan dengan bertekstur dan bertatah kulit. 


7· Tas tangan (The Clutch Bag) adalah berbentuk luas, lebih besar dan formal berbanding dengan kotak pensil. Tas tangan pada musim ini memiliki kelengkapan tali yang menjadikan beg pegang Moniker. 


8· Beg (The Luxury Tote) jinjing mewah sering digunakan sebagai beg serba guna untuk kerja dan ia adalah impian setiap wanita yang bekerja. Seseorang mampu dapat melengkapkan dengan apa-apa sahaja terutamanya keperluan pekerjaan seperti komputer riba, iPad dan yang lain-lain lagi.


9· Beg jinjing (The Structured Tote) yang berstruktur ini mempunyai salah satu saiz mesra pengguna dan ia menerima kemas kini berbentuk segiempat pada musim ini. Dengan saiz yang lebih besar berbanding A4, seseorang boleh menggunakannya untuk sebarang tujuan.

10· Beg galas kulit (The Leather Backpack) pula membuat kemunculan semula yang hebat dengan sentuhan sukan pada musim ini manakala beg berjenama juga mendapat pengaruh gaya yang sama. Beg kanvas yang diperbuat daripada kulit 'luxe' pada musim ini akan memberi gaya yang sofistikated. 


Ok itu baru jenis bag, sekarang ni pemilihan warna pula.



Chen menjelaskan bahawa terdapat dua jenis set pilihan warna pada musim fesyen ini iaitu teras dan bermusim.

Warna teras (Core colour) merupakan yang paling penting dalam variasi warna dan biasanya dalam variasi ton warna yang neutral ia boleh digunakan berulang-ulang kali sepanjang musim yang berbeza. 

Warna bermusim (Seasonal colours) pula pada pandangan lain adalah warna utama 'bergaya' musim ini dan biasanya digunakan sepanjang kira-kira selama 6 bulan sehingga perubahan musim akan datang




Chen berkongsi lagi, mengenai warna teras pada musim S/S14 termasuk dakwat (terang menyala, kaya dengan biru laut), Crème Brûlée (kuning air - berton warna unta), Malam (hampir kelabu hitam), Adobi (keperangan cahaya dengan bayangan cerah) dan manakala Putih; warna yang bermusim untuk musim termasuk bayangan Pink yang berbeza-beza, Biru mempesonakan, Merah merona dan Metalik seperti Emas dan Perak.

Chen turut menjelas tentang penggunaan perkakasan dan perhiasan yang dibuat untuk beg tangan berjenama dimana satu lagi intipati utama yang perlu dilihat apabila memilih beg tangan impian anda.

“Perkakasan dan perhiasan merupakan butiran hiasan seumpama perkakasan emas atau perak yang menjadi antara elemen paling dikenali pada sesebuah beg yang akan mengangkat untuk menyerlahkan reka bentuknya disebalik yang ringkas. Biasanya, perkakasan dan perhiasan itu bukanlah murah, sebab itulah beg berjenama pereka dengan aksesori seumpama itu memang mahal. "


Tips Menjaga Beg Kulit Mewah

1. Tidak elok untuk menyimpan beg dalam tempat yang bersuhu panas atau tertutup kerana “kulit perlu bernafas!"

2. Cara yang paling mudah untuk membersihkan beg itu adalah dengan menggunakan kain lembap, kain lembut mikrofiber atau pembersih kulit yang khas.

3. Elakkan menggunakan bahan beralkohol untuk membersihkan beg kerana bahan tersebut akan merosakkan kulit beg tersebut

4. Elakkan meletakkan beg berhampiran barang kosmetik atau pen penanda kerana mudah mendapat kesan dakwatnya. 

5. Lebih baik menghantar beg tersebut kepada kedai asal di mana beg tersebut dijual. Ini kerana pihak kedai mempunyai kepakaran dan peralatan profesional untuk membersihkan beg anda dan nilai beg tersebut dapat dikekalkan dan dipulihkan.


Pengurus Besar Negara Reebonz, Encik Tang Siew Wai, turut mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan perkhidmatan baharu Reebonz untuk para ahli iaitu Seksyen Koleksi Mewah Pra Milik di mana ahli-ahli dapat menyerahkan barangan kulit mereka kepada Reebonz untuk mencari pemilik baru untuk beg atau dompet mereka.

"Perkhidmatan ini merupakan platform pasaran kepada pembeli dan penjual demi memperagakan koleksi dan barangan pereka pra-milik mereka. Reebonz menyediakan kemudahan membeli dan menjual barang-barang pra kegemaran secara online yang boleh dipercayai. Kami merupakan salah satu daripada beberapa lokasi online di Asia di mana para ahli boleh membeli, menjual dan menyerahkan barangan mewah pra-milik kegemarannya dengan mudah,” jelas Tang.


Tang menjamin bahawa Reebonz bertujuan untuk meletakkan minda para ahlinya pada keadaan yang selesa apabila membuat pembelian dimana Reebonz memberi jaminan keaslian kepada setiap item yang disenaraikan. “Kesemuanya produk kami menjalani ujian yang paling rapid dan teliti untuk memenuhi standard kualiti yang tertinggi dan diperiksa dengan teliti oleh pasukan profesional kami Reebonz Atelier yang mempunyai kemampuan untuk menentukan keaslian, membuat penilaian dan mengembalikan pra-milik produk kemewahan, dan Atelier kami merupakan wakil jenama Reebonz di mana juga merupakan ciri kepercayaan kami,” katanya.


Sekiranya dijaga dengan baik, sesebuah beg tangan berjenama boleh tahan selama-lamanya. Di Reebonz, anda boleh memilih beg berjenama pereka impian anda sambil menikmati manfaat yang ditawarkan, diskaun yang mewah dan pelbagai kemudahan. 


Korang yang berminat dengan service ni boleh layari 

laman web www.reebonz.com.my 

Erm memang banyak ilmu aku dapat dalam tips penjagaan beg berjenama ni. At least kena ada satu untuk investment kan. Rasanya aku nak beli yang mana ek, kena simpan duit sket lagi untuk beli bag-bag ni.





9 comments :

- zuriey - said...

wah.. kalau aku kaya.. banyak sgt event akak pergi smp tertinggal nak post..huhu.. senang2 ajakla kita g event..hehe

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...semuanya cantik2 la handbag ni...:)

fyna said...

info yang sangat berguna.

Mia Kassim said...

Panduan berguna ni klu nak beli handbag .. :)

notie said...

Lily, mahal tak? Ribu riban ke? Tergoda akak tenguk beg pelbagai bentuk berwarna biru tu.

JMR said...

sikit sebanyak aku tau gk..mana tau kot2 nk wat seprais pasni kan..haha

akubiomed said...

Berat juga subjek memilih bag tangan ini. Berpinau mata. Tak apalah serah kepada wanita mereka lebih pakar. :)

hazman fadzil said...

sememangnya design untuk bag tangan wanita ada macam-macam jenis kan.... kalau laki nie cukup dengan wallet / dompet je.... hihihii

ietams said...

cantik2 beg..
dah beli embeg, pastu nak kena teliti jaga,