Friday, November 25, 2011

Suatu Malam Kubur Berasap, Menakutkan Sungguh

Hi Korang,


Akan datang, filem pertama outLOUD Studios berjudul SUATU MALAM KUBUR BERASAP akan menemui anda di pawagam. Filem yang diarahkan oleh Ernie Chen ini dibintangi oleh Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Zac Diamond (X-Factor), Azrul Raja Lawak, Ruminah Sidek, Allahyarham Pak Zami Ismail dan ramai lagi. Filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP juga filem yang unik kerana menampilkan kisah-kisah hantu yang berlainan mengikut budaya dan kepercayaan rakyat Malaysia. Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 22 December 2011.

Meh layan jap, sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap ni. Tajuk je dah seram kan.



Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka.


Sejak kedatangan Mie, berlakuya perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap.


Satu hari, mereka berempat setelah besama-sama berkongsi cerita berkenaan dengan Hantu Cempaka, dimana mereka diusik. Apakah yang sebenarnya berlaku? Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Apakah sebabnya mereka diusik? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah?


Rasa tak sabar nak tunggu filem ini dipawagam. Tambah-tambah gabungan Along dan Angah mesti buat kita tak kering gusi nanti. Sama-sama kita menyokong filem tempatan. 

Majulah filem negara kita..:-)

Lama dah tak tengok filem2 melayu seram ni, tajuk sudah seram so memintak jalan citer pun seram gak kan baru ada ummph!


3 comments :

deno said...

mcm best citer nie... tp ruginye deno xleh tengok coz kat trg xde pawagam... boringnyeeee

mamaNoriz said...

eeee...seram nye kak!

gambo 1st n 2nd tu mmg uat takut betul!

hazman aka species1980 said...

beb.... bila aku tengok trailer filem nie ...rasanya kategori komedi seram....keh3x