Saturday, November 12, 2011

Kaki Fotografi Mari Kita Berpesta di Pantai Melaka

Hi Korang,


Kepada kaki2 yang suke nau amik gambo pemandangan, moh kite sertai Pertandingan Fotografi Pesta Pantai Melaka. 



Pertandingan ini berlangsung selama sebulan. Dengan hanya bayaran RM50 je, korang dah boleh join pertandingan ni.



Pertandingan & Galeri Fotografi bertemakan Pantai Tanjung Bidara ini akan dilestarikan bagi tujuan meningkatkan kesedaran tentang Keindahan Pantai Tanjung Bidara sebagai satu destinasi pelancongan terbaik di Melaka. 



PERTANDINGAN PERTAMA


Pertandingan fotografi ini mewajibkan peserta merakamkan keindahan Pantai Tanjung Bidara dari pelbagai aspek dan kreativiti peserta (panoramic, landscape, silhouette, life style, etc).

Penyertaan dibuka kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS dan orang awam. Pihak penganjur akan menerima sebanyak mungkin penyertaan sehingga tarikh akhir penyertaan dan akan diadili melalui proses saringan. Tiga pemenang utama dan sepuluh pemenang sagu hati akan dipilih. 300 hasil terbaik akan dipamerkan di Galeri Foto sepanjang pesta berlangsung. 


PERTANDINGAN KEDUA


Selain Pertandingan & Galeri Fotografi Pantai Tanjung Bidara 2011 ini, akan berlangsung satu lagi pertandingan fotografi bertemakan Kemeriahan Pesta Pantai Tanjung Bidara 2011. Peserta berpeluang merakamkan gambar-gambar menarik sepanjang pesta tiga hari itu sebagai satu penyertaan dan akan diumumkan pemenang selepas dua minggu dari tarikh akhir pesta (25 Disember 2011). Gambar terbaik akan digunakan dalam booklet Malacca Tourism. 

Gambar penyertaan boleh dihantar kepada pihak penganjur pada hari berlangsungnya Pesta Pantai Tanjung Bidara 2011. 

CARA MENYERTAI

1. Isi maklumat peribadi dan maklumat pertandingan seperti templat di bawah:

Nama : ______________________________________________
No. K/P : __________________________
Alamat: : ______________________________________________ 

No. Telefon : __________________
Alamat Emel : __________________

Tajuk gambar & : ____________________________________________ 
Penerangan gambar __________________________________________
______________________________________________ 

2. Buat pembayaran ke:
BIMB 04024010028989

Hantar malumat yg borang yg telah diisi ke:
- fotografitanjungbidara@yahoo.com ATAU
- fotografitanjungbidara@gmail.com

BERSERTA 

Slip pembayaran yang telah dilakukan ATAU 
faks salinan slip pembayaran ke: 06-5582027 UP: Ilya Yasnorizar.


** Sebarang pertanyaan sila hubungi, Zakimi 019-633 2446 atau Maisarah 019-633 2447 **



3 comments :

Eyriqazz said...

good luck lily..InsyaAllah, nak sambar DSLR juga...hik3..

the::bored::sha said...

cik lily...kamera yg sha ade x canggih maner..huhu..gerenti sape yg ade dslr tu leh menang nye..gud luck..cik lily masuk kan contest tu?huhu

mohd hafifi said...

alaa mcm mane bole x tao nie