Showing posts with label pelawak tanahair. Show all posts
Showing posts with label pelawak tanahair. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Suatu Malam Kubur Berasap, Menakutkan Sungguh

Hi Korang,


Akan datang, filem pertama outLOUD Studios berjudul SUATU MALAM KUBUR BERASAP akan menemui anda di pawagam. Filem yang diarahkan oleh Ernie Chen ini dibintangi oleh Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Zac Diamond (X-Factor), Azrul Raja Lawak, Ruminah Sidek, Allahyarham Pak Zami Ismail dan ramai lagi. Filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP juga filem yang unik kerana menampilkan kisah-kisah hantu yang berlainan mengikut budaya dan kepercayaan rakyat Malaysia. Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 22 December 2011.

Meh layan jap, sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap ni. Tajuk je dah seram kan.



Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka.


Sejak kedatangan Mie, berlakuya perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap.


Satu hari, mereka berempat setelah besama-sama berkongsi cerita berkenaan dengan Hantu Cempaka, dimana mereka diusik. Apakah yang sebenarnya berlaku? Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Apakah sebabnya mereka diusik? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah?


Rasa tak sabar nak tunggu filem ini dipawagam. Tambah-tambah gabungan Along dan Angah mesti buat kita tak kering gusi nanti. Sama-sama kita menyokong filem tempatan. 

Majulah filem negara kita..:-)

Lama dah tak tengok filem2 melayu seram ni, tajuk sudah seram so memintak jalan citer pun seram gak kan baru ada ummph!


Saturday, March 19, 2011

Juara Raja Lawak Musim 5 Milik Man

Hi Korang,

Dah hari sabtu pun. So cutilah gamaknya kan. Tapi aku still kat opis lagi. Ada keje sket nak disettlekan. Lagipun kat site ni diorg keje 24/7 so macam biasalah kan.


Aku rasa semua orang dah tau dah yang final Raja Lawak musim 5 berlangsung malam tadi dah juaranya di miliki oleh Man dan aku rasa majoriti orang agree dengan keputusan tu kan.

Bagi aku, Man ni seorang yang berbakat besar dalam dunia lawak tanahair ni. Setiap minggu persembahannya sangat konsisten berbanding dengan peserta lain. Lawaknya simple langsung tak de unsur lucah or double meaning dan mudah difahami dan boleh buat aku dengan Mr Big gelak tak henggat. Tapi aku rasa jugak yang Man ni cengeng sket (mudah nak menangis), sebab aku perasan bila nak umumkan keputusan setiap minggu muka dia nampak cam sedih coz takut terkeluar agaknya.

Apa pun aku ucapkan tahniah kepada Man kerana menjuarai Raja Lawak musim 5 ni. Aku rasa dia deserve it setelah 4 musim dia memcuba kan. Kira berbaloilahkan. Oit RM100K tu, banyak benda aku rasa dia boleh buat. Ermm seronoknya kalau aku yang dapatkan. Jangan mimpi lah gamaknya ye..


So sesiapa yang rasa Man ni tak lawak sila fikir 10-20 kali sebelum korang cakap cam tu. Bagi aku bukan senang nak bagi orang gelak lebih2 lagi bila depan orang ramai ni. Aku rasa korang pun belum tentu boleh buat lawak kan, ntah2 nak berucap pun pakai mic pun dah gugup.

Anyway, all the best to Man - Juara Raja Lawak Astro Musim 5.


pics:Google