Wednesday, June 1, 2016

57 Hotpot & Asian Cuisine Restaurant Untuk Pencinta Makanan Steamboat

Hi Korang, 

Baru-baru bebudak team #BKM – Blogger Kaki Makan ada jemputan makan di 57 Hotpot & Asian Cuisine Restaurant ni tau.

Ermm steamboat siapa yang tak suka kan?


Lebih-lebih lagi pekena time hujan wow wee junior juiceeee huahauhauau dan kena plak sup steamboat tu sedap berperisa lagilah 2-3 jam aku boleh duduk situ dan makan.

Nak tau tak rupanya ada kedai authentic steamboat kat sebelah atas ioi City Mall ni?


Aku walaupun rasanya tiap-tiap minggu pi perabis duit kat sini memang tak perasa pun kedai makan sedap ni ek, rupanya terlindung di sebelah kedai Samsung. Yelah kedai gadget siapa yang tak perasa kan huahaua.. silly me…





Masuk-masuk je aku dah terpesona dengan deco dalam restoran ni, kalau korang bijak dan pandai imagine, rupa-rupanya corak bulu peacock la wei. Aku pun blur jugak tau sampai owner restoran Mr Ted bagitau barunya aku nampak patternnya hauhauahau sengal. 


Luas benau restorannya sampai ada banyak section, nak party ada section lain, yang nak private sket ada section lagi, nak makan duduk selesa untuk ada section lain, nak duduk tepi tingkap lain memang besau lah. Seronok rasa selesa je tak lah mengganggu orang makan bila kita lalu lalang ek.


Dah makan time..


Makan dalam hotpot tuh, makan steamboat ni di import dari China wei. Siap tanye tuh, sebab unik nau mangkuknya. So 57 Hotpot ini menyediakan 5 jenis steamboat sup iaitu

Hot and spicy soup
Chicken Soup
Tomyam Gong
Penang Curry Soup
Ox Bone Soup


Aku suka Ox Bone Soup tuh, memang terasa tulang-tulangnya walaupun hanye menghirup sup je tau. Penang Curry Soup pun not bad, hirup panas-panas memang terangkat la wei.





Untuk menu ni, berharga RM79.90 (for 2pax), ada seafood, kambing, chicken, sayuran dan memacam lagi. Daging slice tu sedap bila di masak ‘shabu-shabu’ style dalam hotpot tuh. Kalau nak tambah nasi pun boleh, lagilah bertambah berselera gamaknya.

Ktorang sempat cuba skewered meat, alah daging yang cucuk kat skewer macam sate tu tapi BBQ style.

Xin Jiang BBQ Lamb (Kawap)
2 Sticks (RM17.80), 
5 Sticks (RM41.80)



BBQ Chicken
2 sticks (RM12.80), 
5 sticks (RM31.50)



Resipi dan cara masak ilham dari China tapi bahan masakan of courselah HALAL wokeh. Simple je barang perapannya dan tak pedas at all. Tapi bila dah letak chili flakes rasalah pedas-pedas manja gituh. 

57 Special Fish Cake (RM 15.90)


BBQ Saury Fish – RM14.90

BBQ Squid (57 Style/ Teriyaki) – RM18.80

Menu simple lagi iaitu BBQ Saury Fish and BBQ Squid dengan rasa yang sangat unik. Ktorang masakan as appetizer je sementara menunggu makanan lain sampai, ada rasa sos teripayaki. 


BBQ Lamb with Onion – RM34.50

Nasi Kambing 57 - RM29.90

Kedua-duanya dish kambing. Korang pun tau kan aku tak makan kambing tapi kat 57 Hotpot aku makan wei, sebab kambingnya tak de bau at all. Macam makan daging biasa je. Lazat dan enak ya ampun. Kalau betul-betul boleh kenyang sepinggan makan dua menu ni sebab portionnya banyak, nasib baik ktorang makan share-share hehehehhe

Fried Eggplant with Minced Chicken Seafood 
RM18 (3pcs)

Aku memang tak berapa minat langsung makan terung, sebab rasanya agak meloya-meloya bila masuk ke tekak kan, tapi bila makan Fried Eggplant with Minced Chicken Seafood, terus jadi suka hahahaha.. mana taknya bila makan rasa cam makan burger garing tak henggat dan ditambah lagi dengan campuran daging ayam cincang tuh so lagilah heaven. Garing, ranggup di luar dan enak rasa di dalam. 

57 Spicy Grill Fish – RM59.90

Ikan steam mestilah aku suka kan, masa waiter letak tu panas-panas lagi ooo hirup kuah ratah ikan, itulah yang aku makan tak yah nasi pun tak per. Sebab masak chinese style ni memang lain sket ada special herbs yang kita orang melayu jarang guna kan.

Stir Fried Australian Beef Shang Mee
RM23.90

Stir Fried Seafood Chicken Shang Mee
RM19.90

Ingat ada steamboat je ke, eh mee pun ada jugak lah wei. Yang nak diet bebenau tapi nak makan sedap boleh cuba Shang Mee ni. Makan panas-panas dan hirup kuah sampai licin, sebab tak pedas, rasanya unik dah kuahnya pekat. Kalau tambah cili jeruk pun dah awesome dah tau.



sos-sos special di 57 Hotpot & Asian Cuisine


Memang berejam-jam ktorang duk makan kat sini, sampai mall dah tutup aircon dah hari tuh. Tapi ktorang tetap sambung makan cam biasa ek hehehhe sebab sedap-sedap benau. 

Tengok video ni, tempting plak rasanya ermm membangkitkan selera sungguh

Ermm nak plan untuk buka puasa kat sini lah ek, ni aku bagitau korang tempatnya

57 Hotpot & Asian Cuisine Restaurant
Lot L2 38 & 39, Second Floor, 
IOI Citymall, 
Lebuh IRC, 
IOI Resort City, Putrajaya, 62502 

Contact: 03-8959 8357

Mungkin tastebud kita tak sama, aku rasa sedap korang rasa tak sedap kan. So cuba dulu then baru boleh tau keenakannya. Kang korang cakap aku ye ye ooo je kan tapi sememangnya sedap makan kat 57 Hotpot ni ek.



3 comments :

Unknown said...

wah..kalau gini kak, vagi saya sedap kot..hahha..nampak semuanya menyelerakan..

Suria Amanda said...

Ok..masuk Wishlist... terliur dh ni

el said...

menu2 dia walawweiiiii tingin nak makannn