MY HISTORIC MOMENTS

Friday, June 17, 2016

THANN Harumkan Rumah Sempena Hari Raya Yang Bakal Tiba

Hi Korang,

Siapa yang tak suka rumah berbau wangi je ke?

Yelah bila kita balik rumah penat-penat, then baru je umah bau wangi ke kan lega sket fikiran. Senang sket nak fikir apa nak buat, nak masak, nak rehat, nak kemas rumah bagai kan. Macam aku, once masuk je rumah mesti aku rehat 15minit sebelum buat kerja-kerja rumah nak bagi hilangkan penat dan stress jem kat jalan raya masa driving balik. 

Nampak tak pentingnya rumah berbau wangi bagi aku!

Penting tuhhh

So nak bagitau ni..


Dengan kemunculan bulan Ramadan tidak lama lagi, persediaan untuk memperindahkan rumah bagi menyambut kepulangan ahli keluarga dan rakan handai pasti akan dilaksanakan, dan salah satu cara terbaik untuk menawan hati tetamu ialah dengan memastikan rumah korang berbau wangi. 


Bagi menyambut perayaan yang bakal tiba, koleksi aromaterapi THANN Oriental Essence yang mengandungi pati minyak Limau Purut dan Serai sangat sesuai digunakan untuk menjana haruman sempurna yang akan menggamit hati nurani tetamu dengan perasaan mesra, santai dan selesa ketika mereka menghidu aroma eksotik dan mewah yang memenuhi ruang rumah korang.


Hanya beberapa titik THANN Oriental Essence Pure Essential Oil 10ml (RM139) sudah mencukupi untuk menghasilkan suasana yang tenang damai seumpama berada di dunia sendiri kerana ia mengandungi 100% pati minyak tulen tanpa sebarang kandungan wangian atau pewarna tiruan.


THANN Oriental Essence Aroma Diffuser 250ml (RM409) pula yang didatangkan dalam bekas elegan memberikan sentuhan aroma mewah yang mampu merangsang suasana santai dan mempertingkatkan kesejahteraan emosi.


Untuk meraikan acara di waktu malam pula, suasana yang hening dapat dihasilkan dengan menggunakan THANN Oriental Essence Aromatherapy Candle 190g (RM139) yang tidak mengeluarkan sebarang asap dan diperbuat dengan menggunakan 100% pati minyak semula jadi tanpa sebarang pewangi tiruan.

Tetamu korang mungkin tidak akan mahu pulang oleh kerana haruman bauan mewah yang mencetuskan suasana tenang damai dan santai langsung tidak akan menguasai aroma bauan rendang dan satay menyelerakan yang dihidangkan. 

Koleksi aromaterapi THANN menampilkan pelbagai rangkaian pati minyak tulen, peresap dan lilin wangi yang diilhamkan oleh alam semula jadi dan tumbuh-tumbuhan, di mana setiap haruman istimewa di adun dengan penuh teliti untuk menghasilkan bauan yang mampu merangsang deria anda dan membangkitkan emosi lantas mencetuskan mood yang tertentu. 

THANN Oriental Essence Fragrance Mist

Koleksi Oriental Essence merupakan sebahagian dari rangkaian produk penjagaan diri dan aroma untuk kediaman THANN yang berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan dihasilkan khusus untuk memenuhi gaya hidup di bandar. Rangkaian produk THANN boleh diperolehi secara eksklusif di kedai Asleep Store di Publika Shopping Gallery dan kedai kendirinya di Seksyen 16, Petaling Jaya. 

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.thann.com.my

Mengenai THANN

Menampilkan keseimbangan harmoni antara bahan-bahan semula jadi dan reka bentuk kontemporari, THANN menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit secara semula jadi dan wangian rumah yang dihasilkan dari pati tumbuh-tumbuhan yang telah memenangi pelbagai anugerah. Diasaskan pada tahun 2002, jenama ini menggabungkan seni terapi semula jadi dengan sains dermatologi moden untuk menghasilkan pelbagai jenis produk yang dikenali ramai sebagai berkualiti, inovatif, memiliki reka bentuk menarik serta sentiasa dipertingkatkan melalui program penyelidikan dan pembangunan yang berterusan. THANN boleh diperolehi di lebih 18 buah negara,dan diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh H&M Ideal Living Sdn. Bhd.


2 comments :

Mia Kassim said...

Mesti harum semerbaklah satu rumah lepas ni ... hehe

el said...

raya ni patut ada lah kan baru lah tetamu syok nak makan2 hahaha
boleh cover bau2 kita yg letak memasak kat dapur tu haha