Thursday, June 2, 2016

Berbuka Puasa Di Buffet Ramadhan 2016 Di ME’NATE STEAK HUB

Hi Korang,


Sapa tak pernah pi makan kat Me’nate?


Rugi ooo sebab sedap walaupun mahal sket kan, tapi kalau korang pandai pilih daging yang bersesuaian dengan budget korang ok je tak lah mahal mana pun. Aku dah pi makan dulu sebab tu aku tau ek hehehhe





So kali ni Me’nate Steak Hub memperkenalkan beberapa menu terbaru untuk menjadi santapan di bulan puasa yang bakal tiba tidak lama lagi ni. Wow berbuka puasa dengan makan daging premium haruslah aku suka sebab aku kan karnivor penggemar daging no. 1.


Meh aku kongsi dengan korang menu istimewa tu ek


Terdapat 4 kategori menu istimewa yang diperkenalkan dan ke semua menu ini didatangkan bersama Nasi Me'nate dan pelbagai sos (home made). Antaranya seperti:-

1. HEAVENLY BEEF
2. HEAVENLY LAMB
3. HEAVENLY CHICKEN
4. GROUP STEAK

Oh ya! Apa yang istimewa tentang Nasi Me'nate?
Nampak macam nasi arab kan tapi bukan ye, jangan salah sangka. Ianya menu istimewa dari dapur Me'nate menggunakan Beras Basmati istimewa yang diimport khas.

Untuk menu hidangan dalam kategori 'HEAVENLY", ianya boleh dinikmati antara 4-6 orang dan istimewanya ianya didatangkan dalam pinggan yang sangat besar (sebesar dulang) dan pastinya ianya memberi rasa togethness apabila cara berbuka dengan menikmati hidangan perkongsian seperti ini, yelah makan berkongsi so lagi seronoklah.

1. HEAVENLY BEEF

Terdapat 2 jenis set iaitu:-

a. Short Ribs


Peminat bahagian ribs, ini adalah hidangan yang boleh aku disyorkan buat korang.makan bersama Nasi Me'nate memang memberi kepuasan dan kekenyangan setelah seharian kita berpuasa, apatah didatangkan bersama daging ribs yang begitu lembut isinya. Jangan berebut-rebut sudahlah ye

Harga : RM 300 (4-6 orang)

b. Wagyu Spare Ribs


Rugi oo tak cuba makan daging Wagyu ni. 

Aku memang dah lama nak rasa daging wgyu ni, ermm first time cuba ni. Rasanya yang 'juicy, isi pejal tetapi tetap lembut serta mudah untuk dikunyah. Didatangkan bersama hidangan nasi Me'nate menjadikan menu ini lengkap untuk berbuka.

Harga : RM 400 (4-6 orang)

2. HEAVENLY LAMB

Terdapat 2 jenis set iaitu:-

a. Lamb Shoulder


Walaupun aku tak makan kambing tapi aku still cuba gak untuk rasa hidangan ni. Not bad jugak rasanya. Dimasak cukup sempurna bersama rahsia sos perapan yang cukup enak menjadikan hidangan berbuka puasa cukup luar biasa. Langsung tak de bau hamis kambing tuh tau

Harga : RM 350 (4-6 orang)


b.Lamb Shank


Rupanya ini daging bahagian kaki kambing ek, baru tau. Jenis bahagian kambing yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi yang dikatakan mempunyai isi yang cukup empuk dan sesuai untuk dibuat steak ataupun dibakar.

Harga : RM 350 (4-6 orang)

3. HEAVENLY CHICKEN


Seekor ayam di grill atau dipanggang dengan perapan rempah istimewa, rasanya kalau betul-betul lapar aku boleh abiskan seekor sorang tau hahahahhaha tipu je… 

Harga : RM 99 (4-6 orang)

4. GROUP STEAK

Pilihan kepada steak daging lembu atau kambing dan ayam grill.


Didatangkan bersama :-
- Sos
- Salad
- Coleslaw
- Mashed potato
- Aglio E Olio /Nasi Me'nate.

Harga : RM 80 (per pax) - minuman order 4 pax

Sepanjang bulan ramadhan juga, semua pelanggan bakal disajikan secara percuma :-
- Bubur lambuk Me'nate
- Buah-buahan
- Kurma
- Air (free flow)



Ermm memang beruntung ktorang malam tu sebab dapat menikmati hidangan daging premium yang segar dan enak lagi HALAL. Makan sampai bertambah-tambah, sampai orang lain dah berhenti tapi aku still duk makan lagi hahahahah teruk punye perangai ek.


Ni aku kongsikan alamatnye kat korang ek, ada 3 cawangan sekarang ni.

SETAPAK

Starpac Point
Jalan Taman Ibu Kota
Off Jalan Genting Klang
53300 Kuala Lumpur

************

AMPANG BRANCH

No 16 Jalan Kerja Air Lama Satu
Taman Shuet Liang
Ampang Jaya 
Selangor

*************

BANGI BRANCH

No 25 Jalan Medan Pusat 2d 3b
Curve Business Park
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

*************

Untuk RSVP :

019-3911047
019-4771047
019-2611047


So baik book cepat ek sebab Me’nate Steak Hub ni selalu je full house tau, even hari biasa pun outlet kat Bangi ni senantiasa penuh ya ampunnnn




7 comments :

Amanda Suria said...

Bestnya...Jeles tau..x pnh review menate...x pe nanti book for two...

Norma NML said...

wahhh...semua pun nampak sdp..:D

Inani Hazwani said...

Nyums, macam macam pilihan ada. Terbaik untuk berbuka puasa nanti :)

Nadia Johari said...

teringin nak makan dekat sini

Charmaine Pua Li Ping said...

Wooo besarnya pinggan! Lapar dah nih!
Lain kali panggil I lah :D

tallpiscesgirl

Mia Kassim said...

Pagi2 tengok gambar ni cam meleleh ja air liur ... tetiba terasa nak jilat screen pc ...hahaha

el said...

menangis tgk menu tu haha