Wednesday, June 29, 2016

Scalp Hair Treatment di SVENSON Hair Centre

Hi Korang,

Jumaat lepas company German aku cuti so dapatlah rehat-rehat badan dan minda kan. 

Ermm nak buat apa ni ek


Terus teringat aku ada hair appointment di Svenson Hair Centre di Menara Hup Seng. Terus bergegas siap gerak masuk KL. Alah naik train je sebab nak elakkan jem di tengah hari Jumaat yang indah ni tau.


Sesampai je mestilah buat pendaftaran dulu kan, isilah contact details korang ek. Sekejap je, terus di panggil masuk sebab dah buat appointment awal-awal. Kalau tak berjanggutlah menunggu kan.

Scalp Hair Treatment ni adalah untuk membaik pulih kulit kepala kita yang selalu terdedah kepada menda-menda yang tak elok di luar sana, yelah habuk-habuk jalan, asap kereta bagai kan. Itu adalah sebahagian punca kulit kepala kita berminyak. 

Memula haruslah di cuci rambut terlebih dahulu.


Aku memang purposely datang tak cuci rambut pun sebab dah tau mesti nak kena cuci punya nanti, jimat shampoo kat umah hahahhahaha. Cucian rambut di lakukan dengan air suam dan di ikuti dengan air sejuk. Kalau kat umah cuci pakai air shower je tak kisah pun panas or sejuk, janji cuci katanya. 


Ok kemudian, keringkan rambut. Kalau nak tunggu kering natural memang lambat la kan so harus guna hair dryer untuk mempercepatkan lagi.



Lepas tuh, kena steamkan rambut pulak selama 10 minit. Sempat aku terlelap sekejap dan nasib baik tak terhantuk kat tempat steam rambut tu ek



Sekarang terapist aku ni nak spray oxygen water di bahagian atas kulit kepala. Ini bertujuan untuk menghilangkan lagi debris dan hair flaxes atau kulit mati ke kudis ke di kepala kita. Aku ingatkan apalah tadi ek, sembur air oxygen tapi memang berangin je bila spray kat kulit kepala kita tuh. 



Kemudian di sapukan ampoule (lebih kurang cam serum gak lah) di kulit kepala supaya ianya dapat menyerap masuk ke dalam kulit kepala. Kan kita dah bersihkan kulit-kulit mati tadi so senanglah si ampoule ni nak buat keja membersihkan dari dalam plak ek. 


Dah siap sapukan ampoule, hair terapist aku tuh buat urutan kepala selama 15 minit untuk ampoule menyerap masuk dengan lebih cepat hehehehe


Kalau korang nak tau aku ni dah berapa kali terlelap tidur sebab memang lembut je hair terapist tuh buat keja tau. Yelah orang dah bertahun-tahun keja urut-mengurut ni so mestilah tau mana spot yang sakit kan hahahahaha


Cantik tak?

Mestilah cantik kan

Abis dah sesi hair treatment aku, rasa cam tak puas je lah. Anggaran rawatan dalam masuk 45 minit-1 jam, ikut kepada masalah kulit kepala korang tau. 

Nak pi ke?

Svenson Hair Treatment ada beberapa outlet di Lembah Klang iaitu Menara Hup Seng, Mid Valley, Subang Jaya, Damansara Utama serta di negeri lain iaitu di Penang, Johor Baru, Ipoh dan Sabah. 

Svenson Hair Centre
Menara Hap Seng
Lot No.1-07, First Floor, The Podium,
Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee,
50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2142 9357

Mon-Fri:10.30am - 8.00pm
Sat:10.00am - 4.00pm

Selain daripada scalp treatment ada pelbagai lagi rawatan rambut yang sesuaian dengan masalah rambut korang ek...


1 comment :

Mommy Muhaimin said...

Bestnya. Jadi teringin nak pergi saloon. Lama dah tak pergi gara-gara bajet tak lepas. At least gunting rambut ke. Rebonding ke. Heheh. Diari Mommy Muhaimin