Friday, June 10, 2016

Pameran Tabarruk Rasulullah SAW Anjuran Galeri Warisan M.A.R Terengganu

Hi Korang,

Sedikit perkongsian di hari Jumaat yang indah ni ek


Mencetus pemikiran dan melengkapi diri dengan ilmu untuk lebih menghargai khazanah tinggalan Nabi Muhammad SAW., Galeri Warisan M.A.R., Terengganu dengan kerjasama Majlis Cinta Amal Cahaya telah menganjurkan satu majlis previu Pameran Tabarruk Rasulullah SAW. 


Satu pameran sepertinya dalam skala lebih besar telah dirancang dan akan dibuat tidak lama lagi. Hasrat utama penganjur adalah untuk menambah kecintaan lebih mendalam umat Islam di Malaysia terhadap junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW. Penerangan dan ilmu berkaitan khazanah yang boleh diambil berkatnya ini merupakan satu nilai tambah yang akan membuatkan pameran ini lebih istimewa. Bukan sekadar melihat, menghargai dan melahirkan rasa keterujaan yang kosong serta tidak meninggalkan bekas di hati. 


Penganjur juga bercadang untuk mengadakan pameran serupa di Indonesia, Singapura, Kemboja dan negara–negara lain di Asia. Tidak hanya terhad untuk umat Islam, pameran juga dirancang untuk tatapan komuniti bukan Islam. 

Di dalam majlis ini, sebanyak tiga artifak telah diperlihatkan kepada media antaranya ialah rambut, tanah makam dan darah bekam Rasulullah SAW. Kesemua artifak ini dibawakan khas oleh pemegang amanahnya iaitu Galeri Warisan M.A.R.


Majlis penuh barokah ini telah diserikan dengan kehadiran Sheikh As–Syarif Al– Imam Yusuf Muhyiddin Riq El–Bakhour Al–Hasani, seorang ulama terkenal dari Mesir yang berketurunan Sayyidina Hasan (cucu kesayangan Rasulullah SAW). Turut hadir adalah Ustaz Raja Ahmad Mukhlis, Habib Najmuddin Othman Al–Khered dan Ustaz Mohammad Taha Hj. Hassan. Tidak ketinggalan, kumpulan AlMawlid yang telah mempersembahkan alunan qasidah bersama–sama Ustaz Ahmad Al–Yamani Syed Yassin (Brunei) dan Tuan Arif Akkbar (Johor).

Majlis Cinta Amal Cahaya

Cinta Amal Cahaya adalah sebuah program kesedaran tentang erti kehidupan berteraskan kasih sayang dan saling melengkapi sesama insan. ILMU tentang CINTA adalah tunggak utama untuk seseorang itu merasa senang untuk berAMAL sehingga hidupnya terus dilimpahi CAHAYA terang benderang. 

Dahulunya dikenali sebagai ‘Click A Child’, ia ditubuhkan melalui media sosial bagi merancang dan menjalankan program–program amal bermula sejak tahun 2007. Diasaskan oleh Tuan Amer Munawer dan ahli keluarganya, Cinta Amal Cahaya digerakkan oleh rangkaian ramai sahabat sealiran di Facebook dan juga di MySpace pada mulanya.


2 comments :

Hasliynda Lynn said...

subhanallah

el said...

alhamdulilah bagus program mcm ni lebih2 lagi dlm bulan yg mulia ni