Tuesday, June 14, 2016

Berbuka Puasa Dengan Hidangan Timur Tengah Di Dewan Perdana FELDA

Hi Korang,


Kira ini yang pertama kali aku pi berbuka puasa kat luar untuk tahun ni sebab baru je baik demam kan, so banyak jemputan kena tolak elok-elok tapi untuk tolak berbuka puasa di di Buffet Ramadhan FELDA D'Saji memang tak boleh nak tolak, sebab tahun ini mereka membawa kelainan daripada hidangan yang sebelum ini apabila menampilkan hidangan Arab dari Timur Tengah. Kan sekarang tengah ‘in‘ makanan arab ni.


Yang memasaknya plak tak lain tak bukan Chef Ammar yang fames dengan kat Tv dengan rancangan masakan timur tengah yang sempoi tu, haruslah mesti kena cuba!!




Kalau korang pecinta makanan Arab boleh cuba kat sini ada seperti Nasi Mandy Kambing, Nasi Briyani Arab, Nasi Kabsah, Baklava, Halwa, Mamdul, Luqmat Al Qadhi dan Basbudah itu semua signature dish istimewa dari Chef Ammar. Kalau untuk hidangan arab ni senantiasa penuh sampai aku nak pi cuba pun tak sempat hauhauhaua nangis tau sebab rasa sayu je nak beratur panjang even dah lepas waktu berbuka pun buffet que masih panjang.
















Dont worry hidangan hidangan Melayu Tradisional yang turut disediakan oleh Chef profesional mereka iaitu Chef Ismail pun ada jugak. Ishkk takut nau tak dapat makan kambing golek ek.







As usual ada hidangan secara "Live Stall Concept" masakan seperti kambing bakar,Aneka jenis Sup,Italian Corner, tempura, aneka mee dan kuih-muih.

Hidangan utama jugak jangan di lupakan, pembuka selera, lauk-lauk dan pemanis mulut. Senantiasa sedap dan enak seperti tahun-tahun lepas yang aku pernah pi makan hehehehe.



Memang berbuka puasa di Dewan Perdana FELDA Jalan Semarak ni jadi pilihan hati aku lah ek, sebab lokasi yang mudah di tengah bandar Kuala Lumpur, dewan ballroom yang luas, tempat parking yang banyak, kemudahan surau dan toilet yang elok.


Lokasi buka puasa dengan FELDA D'saji :- 

1. Dewan Perdana FELDA, Jalan Semarak : RM96.00 nett
2. Asmara Penchala, Kg Sg Penchala : RM69.00 nett
3. Kajang Perdana Avenue, Kajang : RM45.00 nett

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-

03 – 2698 8302 (Billik Gerakan)
017 - 288 6920 (Dewan Perdana felda)
013 – 641 0969 / 017 - 669 4761 (Asmara Penchala)
019 – 295 6232 / 013 - 329 5442 (Kajang Perdana Avenue)
014 - 277 6323 / 017 - 226 8384 (Felda Villa)
03 – 4021 0098 / 0051 (Restoren Terapung Titiwangsa)

Jom kita ke:-

DEWAN PERDANA FELDA
No. 1, Jalan Maktab, 
Kampung Datuk Keramat,
Wilayah Persekutuan, 
54000 Kuala Lumpur

Telefon : 03 26988302





Korang yang tak pernah kemari memang patut cuba kerana hidangannya yang lain daripada yang lain yang bakal menambat hati dan perut korang ek. 

Selamat menjamu selera uolls!

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2016, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2016 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


3 comments :

Mar Mansor said...

terliur menengok segala makanan

el said...

bestnye dpt makan makanan dr chef ammar..sure sedap tu

Mommy Cici said...

wah lengkap semua jenis makanan ada