MY HISTORIC MOMENTS

Sunday, June 26, 2016

Resipi Menu RAYA Dengan AYAM BRAND

Hi Korang,

Ni aku kongsikan sket resipi menu untuk Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba tak lama je lagi ek.

Ini adalah juga waktunya untuk keluarga, sahabat handai dan orang tersayang berkumpul bagi menikmati juadah lazat serta berkhasiat yang dimasak dengan penuh kasih-sayang.


Ayam Brand™, yang terkenal dengan kepelbagian produk yang penuh nutrisi serta bebas bahan pengawet kini menampilkan resipi-resipi sempena Ramadan dan Hari Raya yang cukup berkhasiat dan mudah disediakan. Resipi ini sesuai dimakan ketika sahur, berbuka mahupun ketika Hari Raya.

Ayam Brand™ menyediakan lima jenis resipi enak yang berkhasiat serta mudah disediakan. Walaupun mudah, ia tetap lazat dan menggiurkan!


Sayur Lodeh, satu sajian tempatan yang diilhamkan daripada masakan Jawa kini lebih mudah dengan adanya santan kelapa serta tuna Ayam Brand™ yang boleh dijadikan bahan dalam membuat kuah sayur lodeh. Dengan sayur sebagai sumber serat, sajian ini enak dimakan bersama nasi panas. 

Resipi : SAYUR LODEH

Bahan-bahan:-

· 1 tin 185g Ayam Brand Tuna Flakes in Oil, dikeringkan
· 1 sudu besar pes cili
· 4 biji bawang merah, dihiris
· 1 ulas bawang putih, dihiris
· ½ sudu teh serbuk kunyit
· ½ inci halia
· 200ml Santan Kelapa Ayam Brand
· 300ml air
· ½ kubis (sederhana),dipotong tebal
· 200g kacang panjang, dipotong mengikut kesesuaian 
· 1 ubi kentang, dipotong kiub
· Garam dan lada
· Suhun,rendam dan keringkan

Pilihan (digoreng)

· 2 tofu, dibelah empat
· 100g tempe, dipotong mengikut kesesuaian

Cara-caranya:-

· Letakkan tuna, pes cili, bawang merah, serbuk kunyit dan halia didalam periuk. Tuangkan santan dan air. Letakkan periuk di atas api yang perlahan dan kacau sekali-sekala sehingga mendidih.

· Masukkan kacang panjang, lobak dan ubi kentang. Masak sehingga agak lembut. Masukkan kubis dan masak sehingga lembut. Tambah garam dan lada secukup rasa. 

· Masukkan beras dan suhun. Hidangkan.


Sajian kambing pula dapat membangkitkan rasa Timur Tengah dan Mediterranean. Tambahkan kumara atau lebih dikenali sebagai ubi keledek untuk rasa yang lebih eksotik dan penuh kebaikan serat. Dengan rempah kari serta santan Ayam Brand™, ia cukup sesuai dimakan bersama nasi atau pun roti seperti capati dan naan. Ia boleh juga dinikmati bersama salad untuk hidangan ringkas dan cepat.

Resipi : KAMBING DAN UBI KELEDEK 

Bahan-bahan:-

· 1 sudu besar minyaK zaitun
· 1 bawang besar, dihiris
· 600g bahagian kaki kambing, dipotong kepada bentuk kiub sebesar 3cm
· 1 ½ sudu besar Serbuk Kari Ayam Brand
· Hirisan kulit lemon
· 2 tomato, dipotong
· 3 cawan stok ayam
· 400ml santan kelapa Ayam Brand
· 500g kumara / ubi keledek dipotong kepada bentuk kiub sebesar 3cm

GAUL - GORENG

Panaskan minyak dalam kuali. Tambah bawang dan gaul - goreng sehingga lembut. Kemudian masukkan kiub kambing dan gaul sehingga perang.

SIMMERING

Tambah serbuk kari , kulit limau , tomato dan stok. Tutup dan biarkan masak dengan api perlahan selama 1 jam setengah . Gaul sekali-sekala. Untuk melengkapkan hidangan ini , tambah kedua-dua ubi keledek dan santan .

Sekali lagi , tutup dan biarkan ia masak selama lebih 20 minit, sehingga kambing dan ubi keledek menjadi lembut


Seterusnya adalah hidangan sampingan Ayam Brand™ Coconut Seafood Salad. Untuk asas salad, gunakan santan yang telah direneh, bawang putih, perahan limau serta serta gegelung udang dan calamari. Kesemua bahan ini dicampur dengan mangga, capsicum serta taugeh bagi mendapatkan rasa yang cukup hebat!

Resipi : COCONUT SEAFOOD SALAD

Bahan-bahan:-

· 750g udang yang belum dimasak
· 500g gegelung calamari
· 300ml santan Ayam Brand
· 1 sudu besar sos ikan
· 1 ulas bawang putih, dihancurkan
· 2 sudu besar jus limau
· 2 sudu besar sos cili manis
· 2 biji mangga, dikupas dan dihiris
· 1 capsicum merah, dihiris
· 1 ½ cawan taugeh
· 150g pelbagai salad pilihan sendiri
· ½ cawan daun ketumbar
· 2 bawang merah dihiris halus

PENYEDIAAN:-

1. Bersihkan udang tanpa menanggalkan bahagian ekor; hiris calamari dengan halus

2. Masukkan santan, sos ikan dan bawang putih kedalam periuk bersaiz sederhana sehingga mendidih. Tambah udang dan calamari kemudian kacau atas api sederhana selama 2 minit. Angkat, masukkan kedalam mangkuk dan sejukkan.

3. Masukkan jus limau, sos cili manis, mangga, capsicum dan taugeh

4. Masukkan salad dan tambah dengan daun ketumbar dan bawang merah

Bagi mereka yang berpuasa, minuman adalah antara hidangan yang dinanti-nanti bagi menghilangkan rasa haus setelah seharian berpuasa. Anda boleh mencuba sajian Ayam Brand™ Chilled Coconut Fruit Smoothie yang menggabungkan kranberi serta nanas bersama santan Ayam Brand™ untuk hidangan minuman yang lazat. Minuman eksotik ini lebih enak jika dinikimati dengan suhu sejuk.

Resipi : CHILLED COCONUT FRUIT SMOOTHIE 

Bahan-bahan:-

· 270ml Santan Kelapa AYAM BRAND
· 125g rasberi 
· ¼ cawan jus kranberi
· ½ cawan jus nanas
· 1-2 cawan ais

CAMPURAN

Masukkan kesemua bahan kedalam pengisar dan kisar sehingga hancur


PENYEDIAAN

Tuang kedalam gelas melalui penapis kecil untuk mengelakkan sebarang tinggalan jus yang tidak hancur


Untuk pencuci mulut, korang boleh mencuba Ayam Brand™ Lemon Syrup Coconut Cake yang cukup lazat! Sungguh mudah disediakan dan juga sesuai untuk pelbagai jenis majlis keraian.

Resipi : LEMON SYRUP COCONUT CAKES 

Bahan-bahan:-

· 270ml santan kelapa Ayam Brand
· 250g mentega
· 1 sudu besar parutan kulit lemon
· 1 cawan gula kastor
· 3 biji telur
· 2/3 cawan kelapa parut
· 2 cawan tepung penaik

SYRUP

· ¼ cawan jus lemon
· ½ cawan gula
· 2 sudu besar air

CAMPURAN

Panaskan ketuhar anda pada 180 darjah celcius. Campurkan mentega, parutan lemon dan gula didalam satu mangkuk besar. Pukul menggunakan pemukul atau pengadun elektrik sehingga berkrim. Akhir sekali, gaulkan kelapa, setengah daripada tepung dan setengah daripada santan, kemudian masukkan setengah bahagian lagi daripada bahan-bahan tadi.

Masukkan adunan kedalam bekasnya. Bakar selama lebih kurang 30 minit sehingga warnanya bertukar coklat keemasan.

Sementara itu, untuk membuat sirap lemon, campurkan jus lemon, air dan gula kedalam periuk kecil. Gaul sehingga mendidih. Apabila kek sudah siap dibakar, keluarkan daripada oven. Tunggu 5 minit dan letak di atas rak


Untuk pelbagai resipi yang sihat dan mudah, serta maklumat berkenaan Ayam Brand™ sila layari www.ayambrand.com.my dan sertai Facebook: Ayam Brand™ Malaysia.


No comments :