MY HISTORIC MOMENTS

Wednesday, June 29, 2016

BREEZE Memeriahkan Aidilfitri Dengan Memberi Baju Raya Kepada Lima Rumah Anak Yatim Terpilih

Hi  Korang,

Hari tuh aku sempat je CSR campaign untuk Breeze di Mydin USJ Mall. Ermm sekali sekala buat kerja amal apa salahnya kan.


Menjelang tibanya Hari Raya, dan berbekalkan semangat berkongsi dan memberi pada bulan Ramadan ini, Breeze telah menganjurkan sesi membeli-belah istimewa sempena Hari Raya untuk kanak-kanak kurang bernasib baik dari lima rumah anak yatim di Mydin Subang Jaya. 


Kesemua kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 17 tahun itu diberi layanan istimewa di mana mereka memilih baju Melayu dan baju kurung baharu mengikut pilihan masing-masing. Aktiviti ini diadakan sempena kempen Ramadan Breeze bertujuan untuk mengumpul sumbangan bagi membolehkan 367 kanak-kanak dari rumah anak yatim terpilih memiliki sepasang Baju Raya baharu.










Acara membeli-belah ini disertai 71 daripada 367 orang kanak-kanak dari rumah anak yatim dan mereka telah dibawa ke pasar raya Mydin untuk membeli Baju Raya sempena ketibaan Aidilfitri. Kanak-kanak ini telah diiringi oleh para sukarelawan Unilever Malaysia bagi membantu mereka memilih pakaian Raya masing-masing. Bagi kanak-kanak yang tidak dapat menghadiri majlis ini, Breeze telah membuat penghantaran Baju Raya ke setiap rumah-rumah anak yatim tersebut. 


“Pada bulan Ramadan yang mulia ini, kita digalakkan untuk menilai semula kebaikan dalam diri kita disamping memperbanyakkan amalan berkongsi dan memberi mengikut erti kata yang sebenar. Menjelang tibanya lebaran, membeli-belah pakaian baharu adalah sebahagian daripada keseronokan menyambut Hari Raya. Oleh itu, kami mahu kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini turut sama merasai kegembiraan membeli pakaian baharu selepas sebulan berpuasa. Kami berharap agar kanak-kanak ini dapat merasai kemeriahan Raya dan kami turut sama gembira apabila dapat melihat mereka tersenyum dan ketawa ketika membeli Baju Raya mereka,” kata Alyssa Low, Pengurus Kanan Pemasaran, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Dalam usaha membantu mengumpul sumbangan untuk kempen Ramadan ini, Breeze telah mendermakan RM1 bagi setiap pembelian cecair pencuci pakaian Breeze bermula pada 6 Jun 2016. Sumbangan berkenaan telah digunakan bagi membeli Baju Raya baharu untuk kanak-kanak dari rumah anak yatim terpilih iaitu Rumah Anak-Anak Yatim Shifa’, Rumah Bakti Dato’ Harun, Rumah Anak-Anak Yatim Darul Kifayah, Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash Shakur, dan Rumah Titian Kaseh.


Hajjah Sharifah binti Adlan, Pengasas Rumah Titian Kaseh berkata, “Setiap tahun, kanak-kanak ini sentiasa berharap untuk memiliki sepasang Baju Raya baharu. Saya dapat melihat dengan jelas kegembiraan yang terpancar di wajah mereka apabila mereka menerima pakaian Raya masing-masing dan mereka sangat seronok apabila dibawa membeli-belah. Kami amat bersyukur kerana dipilih untuk menyertai kempen Ramadan Breeze ini. Sekarang, kanak-kanak ini boleh menyambut Hari Raya dengan memakai baju Melayu dan baju kurung moden yang serba baharu dan cantik.”


Nor Syahireen Abdullah daripada Rumah Titian Kaseh berkata, “Saya berasa sangat gembira dengan pelbagai pilihan pakaian Raya yang disediakan. Saya berasa sangat seronok kerana dapat memilih Baju Raya mengikut warna kegemaran saya dan mencubanya. Saya serta kawan-kawan berasa amat gembira dan berterima kasih kepada Breeze kerana sudi membawa kami membeli-belah Baju Raya.”


Breeze turut melancarkan sebuah video sebagai sebahagian daripada inisiatif dalam kempen Ramadan ini. Video yang menyentuh perasaan itu mengisahkan tentang kepentingan mendidik dan menggalakkan kanak-kanak untuk melakukan amalan yang baik ketika bulan Ramadan. Video ini dapat ditonton sejak awal Ramadan di laman Facebook Breeze Malaysia dan laman web mikro: www.ulmhomecare.com.my


Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan mengenai kempen ini, sila layari www.ulmhomecare.com.my atau kunjungi laman Facebook Breeze Malaysia: www.facebook.com/breezemalaysia

No comments :