Hi Korang, 
Buat julung kalinya bersempena  dengan sambutan Ramadhan AI-Mubarak and Hari Raya Aidilfitri, The Mines Shopping Mall ("The Mines") dengan kerjasama OMGFest  akan  menganjurkan  acara  "The  Mines  Celebrity  Fest" pada  25  and  26 Jun  2016 bertempat di Ruang Legar Utama (Centre Court), Tingkat 3, The Mines Shopping Mall dari jam 10 pagi hingga to 10 malam.
Acara "The Mines  Celebrity  Fest" ini akan membawa  seramai  10 artist  yang terdiri daripada penyanyi mahupun pelakon bersama-sama  di bawah satu bumbung untuk mempromosikan produk-produk hasil tangan mereka sendiri, menawarkan harga yang jauh lebih murah dari pasaran  sempena   Hari  Raya  Aidilfitri  yang  akan  datang  di  samping   menghiburkan  para peminat. Antara artis-artis ternama yang akan turut serta ialah Erry Putra, Arja Lee, Nas Adilla, Aliff AF 6, Khai & Rosma dan ramai lagi. 
Pelbagai jenis produk yang akan dijual terutamanya untuk persiapan hari Raya Aidilfitri seperti tudung,  jubah  wanita  & lelaki  dan  lain-lain.  Di  samping  itu,  pelbagai  aktiviti  menarik  telah diaturkan  selama  2 hari  acara  seperti  pertunjukkan  pentas  oleh  artis,  pertunjukkan  fasyen, tutorial dan juga demo eksklusif untuk para pengunjung.
Cik  Paulin  Lim,  Pengurus  Sahagian  Pemasaran,  The  Mines,  berkata,  "Tujuan  mengadakan "The Mines Celebrity Fest" ini adalah untuk mempromosikan produk-produk  hasil tangan atau ilham artis-artis  ini yang telah lama berkecimpung  di dalam bidang seni. Disamping  itu, acara ini juga bertujuan  mempromiskan The Mines, sebuah  pusat membeli belah yang amat sesuai untuk setiap peringkat  umur untuk datang membeli belah sambil beriadah. Kami berharap agar datang   bersama-sama    untuk   memeriahkan  acara   ini  sambil   berhibur   dengan   artis-artis terkenal".
Selain itu, bermula  dari 13 Jun 2016 (lsnin)  hingga 10 Julai 2016 (Ahad), pengunjung  dengan pembelian  RM200  ke atas (gabungan  maksimum  2 resit  pada  hari yang  sama),  anda  boleh mendapatkan kusyen esklusif dari SPOTLIGHT disertai dengan set sampul raya. Penebusan menerima resit dari semua kedai. 
Dengan  pembelian  RM300 ke atas (gabungan  maksimum  3 resit pada hari yang sama), anda boleh  mendapatkan  kotak  perhiasan  eksklusif  disertai  dengan  set sampul  Raya.  Penebusan hanya menerima resit dari kedai fesyen sahaja. 
Kedua-dua  penebusan  akan berlangsung  at Kaunter  lnformasi  bertempat di Tingkat  3 dengan satu penebusan sehari untuk setiap pembeli. Sementara stok masih ada.
Disamping  itu, pengunjung  boleh  juga menyaksikan  persembahan  tarian oleh artist  berbakat sempena sambutan Ramadhan yang diaturkan khas oleh The Mines kepada para pengunjung:-
Acara 
 | 
  
Tarikh & Masa 
 | 
  
Tempat 
 | 
 
Persembahan  Angklung 
 | 
  
22 Jun 2016 (Rabu),  
3 petang 
 | 
  
West Court, Tingkat 3 
 | 
 
Pertunjukan Sekitar 
Arabian 
 | 
  
3 & 9 Julai 2016 (Ahad
  & Sabtu), 3 petang 
 | 
  
Sekitar Pusat 
Membeli-belah 
 | 
 
Tarian Arabian 
 | 
  
6 & 7 Julai
  2016 (Rabu & Khamis), 3 petang 
 | 
  
Centre Court, Tingkat 3 
 | 
 
Untuk maklumat lanjut, 
hubungi Kaunter lnformasi di talian 03-8949 6333 atau kunjungi website kami di www.the-mines.com.my dan  Facebook di www.facebook.com/theminesshoppingmall.






1 comment :
wahh ada tarian arabian..menarik tertarik..
Post a Comment