MY HISTORIC MOMENTS

Tuesday, June 21, 2016

Buka Puasa Makan Dim Sum di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam

Hi Korang,

Ini citer ahad lepas.

Kan weekend lepas aku balik berbuka puasa dengan mak aku kat kampung kan so ahad tuh lepas masak siap-siap lauk ktorang terus gerak balik KL balik. Sebab dah agak dah lepas buka, toll simpang ampat kat Alor Gajah tu akan jem teruk sebab ramai balik KL lepas buka kan.


Sambil drive tu, otak ligat berfikir nak buka puasa petang tuh ek. Alah saje malas nak buka kat umah walaupun dah ada lauk nak makan. Tup-tup whatsapp bunyi, check-check bebudak berdua ni Nannie dengan Ayu ajak berbuka sekali sebab ada barang nak bagi daripada PR. 

Cakap dengan Mr Big so terus je confirm pi makan kat area Shah Alam. Maknanya dari umah mak aku terus je ke Shah Alam tak singgah umah pun, so sampai sana awal ktorang lepak kat Plaza Shah Alam pi survey baju raya. Dalam masa 1 jam aku boleh beli sehelai jubah, Mr Big sempat pi beli kasut jalan jugak hehehehe

Rupanya diorang ajak pi makan dimsum kat GrandBlue Wave Hotel.


Ermm ok sangatlah sebab dah biasa pi makan kat situ. Sesampai je bebudak ni dah order apa yang patut, ktorang berdua just datang makan dan bayo hahahha . Aku malas nak pilih-pilih ni semua, so makan jelah. 

Di sebabkan ‘All you can eat’ buffet dan ktorang seramai 14 orang so semuanya bantai order 2 sets kan. Hah makan sampai muntah memasing hahahaha… Sampai je mangkuk dimsum tuh makan, sampai lagi then makan lagi. Berhenti solat then sambung makan lagi hahahaha


Tapi bestlah sambil makan sambil borak-borak citer-citer hah family memang seronoklah.

Anak-anak pun happy sebab dapat makan then dapat main lelari bagai hahahaha

Harga yang ktorang makan ni sorang RM68nett dan mintak je apa saja sampai korang kenyang je. Tapi jangan lupa once dah order memang kena abiskan so sebelum order tuh fikir dulu cukup ke tak kan.

HALAL ke Dim Sum ? 

Of courselah HALAL sebab di Hotel Grand Bluewave semua makanannya adalah HALAL.

Ini hah alamatnya:-

Restoran Tung Yuen,
Hotel Grand Bluewave 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14
40000 – Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan.

Phone: 03- 5511 8811 ext.2616


Tenkiu korang sebab arrange buka puasa adhoc ni, so lepas ni tak yah nak plan-plan sangat. Call je then terus set meet up kan hehehhehe....

1 comment :

AyuArjuna BiGoshh said...

seronokkan sekali-sekala berbuka reramai...hehehehehe


tobat aku nak makan dimsum lagi untuk masa terdekat hahahah