Monday, December 15, 2014

Poliklinik UKM Kesihatan Bangi, Segalanya Ada Di Sini

Hi Korang,

Korang ada preference untuk ke klinik yang korang suka kalau deman ke, badan sengal-sengal ke, kaki tak boleh nak angkat ke, cirit-birit ke atau medical check-up sekali pun.

Ke hentam keromo nampak je klinik terus singgah kan.


Itu species aku la ni, aku janji service yang di berikan, dan tak lama menunggu, doktornya baik memang aku duk bertunggu tangga ke klinik tu kalau badan tak sihatkan.

Di sebabkan aku duk area Bangi ni, so kena cari klinik yang berdekatan dengan rumah so kalau ada apa-apa senang 


Inilah dia Poliklinik UKM Kesihatan di Seksyen 15, alah dekat je dengan umah aku ni.

Meh citer sket background Poliklinik ni ek


Poliklinik UKM Kesihatan terletak di Bangi, Selangor Darul Ehsan. Dikendalikan oleh doktor perubatan tetap yang berdedikasi, klinik ini berfungsi sebagai salah satu dari perkhidmatan penjagaan kesihatan oleh UKM Kesihatan Sdn. Bhd. kepada masyarakat. Poliklinik UKM Kesihatan turut memberikan perkhidmatan perubatan 24 jam kepada syarikat-syarikat korporat, agensi, sekolah, kilang-kilang dan sebagainya.

Berada di bawah UKM Kesihatan Sdn Bhd memastikan Poliklinik UKM Kesihatan dikendalikan oleh doktor yang berwibawa dan terkenal, selain dilengkapi dengan peralatan canggih.

Hah gitu sekali

Jom tengok suasana di dalam poliklinik ni ek

tempat menunggu yang luas

malam ktorang pi tuh, tak berapa ramai sangat orang

kaunter ambil nombor giliran

Selesa dan tenang je, tak de lah serabut rasanya. Sambil menunggu tu bolehlah tengok tv sekali kan.


Oh ye, Poliklinik UKM Kesihatan ini menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan, di antaranya adalah

· Out Patient and Follow up Treatment

· Maternity and Post Natal

· Woman Health

· Pediatrics

· Vaccination & Immunization

· Minor Surgery (Incision & Drainage)

· Medical Check up

· Electrocardiogram (ECG)

· Detail Scan & Ultrasound 2D/3D/4D

· Pap Smear

· Haji Vaccination

· Laboratory Services 

· Blood Test 

· Urine Test

· Dengue Test

· X-ray

· FOMEMA

· Male Circumcision

Erm banyak jugak tuh, pendek kata semua boleh. Kira macam one stop solution gituh lah dan Poliklinik ni dibuka 24 jam. 

ingat nak ambil gambar dalam bilik treatment tapi malas nak kacau doktor lah



Seramai 2 orang doktor residen yang beribawa, Dr. Fadzilah Abd Jalil dan Dr. Azlan Derwish serta 9 orang kakitangan terlatih di Poliklinik ni. Mereka ni senantiasa sedia membantu korang tau. 


Lagi pulak, Poliklinik UKM Kesihatan ini mendapat akreditasi daripada MMC - Malaysian Medical Council (Malaysia). So korang tak yahlah rasa was-was lagi dengan perkhidmatan yang di sediakan.


Harga untuk setiap perkhidmatan amat berpatutan dan bersesuaian dengan budget kita-kita ni. Bayaran secara tunai mahupun credit card. Kalau company korang panel Poliklinik ni lagi bagus kan. Korang pun boleh call untuk check dulu harga kat sebelum datang ke Poliklinik ni. 

Sekarang ni ada promosi di Poliklinik ni,

Promosi untuk ibu hamil


Promosi untuk pengesanan kanser

Promosi unutk Vaksin HPV, khas untuk wanita

Promosi untuk anak-anak bersunat


Apa macam? Rasa-rasa kalau korang berminat untuk promosi-promosi sebegini so bolehlah korang ke mari kann

Haa lagi satu, korang boleh jugak jadikan Poliklinik UKM Kesihatan ni sebagai panel klinik untuk syarikat korang, terus je contact Poliklinik ni. Nanti mereka akan assist korang untuk uruskan hal-hal berkaitan.

Apa lagi, jom kita ke


Poliklinik UKM Kesihatan
7/G Jalan 15/1B,
Seksyen 15,
43650,
Bandar Baru Bangi, Malaysia

Tel : 03-8926 6331

Klik sini untuk tengok update di Facebook ye




Don't worry, parking memang banyak depan Poliklinik ni, kalau nak pi makan dulu sebaris dengan Poliklinik ada kedai makan hah boleh menjamu selera dulu kan.

Kira segalanya senanglah kalau ke klinik ni.

So jagalah kesihatan korang dengan buat medical check-up selalu ek. Orang kata mencegah lebih baik daripada merawat bila dah teruk...

Selamat menjaga kesihatan..

7 comments :

Unknown said...

kemas je dalam klinik ni..

Unknown said...

Waahh, info lengkap..pernah ke klinik ni utk scan bby..doc sangat peramah...Alhamdulillah..

Klinik Mesra kanak-Kanak Di Bangi

hasnur2020 said...

Assalamualaikum. terima kasih sebab share. Nak tanya medical check up untuk pap smear ada tak? Dan boleh ke request nak nurse atau doktor perempuan jalankan pemeriksaan tu?

Anonymous said...

Nak request nurse / doktor perempuan boleh je kat klinik ni.

Anonymous said...

Kalo harga utk medical checkup brp?

Anonymous said...

Kalo harga utk medical checkup brp?

cikida said...

Awak ada buat kajian atas poliklinik ni ke sbb terperinci sngt ni