Friday, December 26, 2014

OPHILIA Citer Pasal Skinhead

Hi Korang,

Malam Krismas tuh, ktorang tak de buat apa pun.

nampak tak quehaidar pun komen kat insta aku tau

Tup-tup Mr Big ajak pi tengok wayang filem OPHILIA ni. Asalnya nak pi tengok kat TGV Mines tapi tak de plak. Search punye search kat GSC Alamanda ada. So terus booking online, bayar pakai Maybank2U je. 

Senang kan. Tak yah nak beratur panjang. Eee malas aku


La memang ye pun. Bukan main panjang beratur tau time aku nak pi redeem tiket ni. Yang couple, yang bawak anak, yang dengan kengkawan semua ada. Agaknya nak pi tengok citer Hobbit kot, seriously berderet sampai keluar ni.

Mr Big cakap filem ni pasal bebudak Skinhead. Ooo Skinhead ye, aku cuma kenal dan tahu pasal Skinhead ni budak botak yang pakai kasut Dr Martin dan budak botak tu adalah laki aku tuh. Dia dulu cam tulah. Masa tu ktorang tak kenal lagi, dia adalah tunjukkan a few photos dia dulu. 

Itulah citernya


Ni baca sket Sinopsis Ophilia, filem Skinhead Malaysia

Filem Ophilia mengisahkan tiga sahabat, Uji (Pekin), Ozzi Gandum (Que) dan Totoi (Kodi) yang mengamalkan gaya hidup skinhead, bertembung dengan Ophilia, perunding kumpulan kongsi gelap terbesar di Kuala Lumpur.

Timbul konflik antara mereka sehingga menyebabkan Ophilia terbunuh. Disebabkan peristiwa itu, kegiatan gengsterisme di Kuala Lumpur lumpuh dan mereka bertiga diburu.

Berani mendepani situasi berlaku, mereka dituntut membayar ganti rugi bernilai RM75,000.


Komen Aku:

So inilah sebenarnya gambaran dunia Skinhead. Memang orang-orang biasa macam kita ni akan pandang serong kat bebudak golongan ni yang pada hakikatnya diorang ni baik, bertanggungjawab dan penyayang. Betul-betul kisah mengenai persahabatan atau diorang gelar ’brotherhood‘ dan ’bloodbrother‘, sanggup sehidup semati demi persahabatan. 

Tapi Ozzi Gandum ni panas baran sangat, sebab tulah semua konflik ni jadi. Nasib baik ada Uji yang cool giler dan Totoi yang kelakar abis. Walaupun pekak sebelah tapi sayang giler kot kat emaknya.


Endingnya ermm tak dapek nak citer pun sebab aku sendiri tak sangka. Jauh dari prediction aku

Rating : aku kasi 4/5 bintang

Majoriti yang tengok filem Ophilia ni bebudak lelaki je. Yang datang dengan group yang pakai Dr Mart walaupun tak botak.

inilah budak botak kesayangan saya

Hah pi tengoklah sendiri ek.

Sangat best lah bro....


Pics : credit to google.com






10 comments :

Nuriesya Nadia said...

Okaylah nak pergi tengok juga. Hehehe.

Wanie Samani said...

tak sabar pulak nak pegi tengok. dah ramai review best2 ni :)

yana yassin said...

Caption gambar last tue comel,... hihihihihi. Adik pun dah pi tengok, katanya lawak .

hazman fadzil said...

Hurmm....bila ko cenggini dengan rating tinggi gempak la siot....

tiga lalat said...

Salam. Hee sudah serik nak tempah tiket wayang online. Bila sistem rosak, tidak boleh claim pula.

Diana Rashid said...

last dia sedih ye??hehhe..
main teka2 pulak..

nurul fazreen A.V.E said...

thanks review pasal cite ni.

henry tan said...

wahhh i miss alamanda! dulu study dekat mmu tiap tiap kali pun pi sana tengok wayang! haha

Top 10 Food Post 2014!!

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Best ek.. ok nnti boleh pi tgk.. =D

aKSARAfENDI said...

tak bekesmpatan nak g tgk movie ni tp majoriti kata best cite ni