Wednesday, December 10, 2014

Rahsia Nescafe Tarik Ibu Mertuaku Dengan Krimer Manis F&N

Hi Korang,


Memang adat bila balik tidur umah mama (mak Mr Big), sarapan pagi ktorang mesti pekena air nescafe tarik. Of course aku tak akan buat sebab rasanya lain daripada yang mama selalu buat. Memang lagi sedap, pekat melekat dan kaw-kaw rasanya.


So untuk nak memikat hati suami tercinta, aku memang kena belajar cara mama buat nescafe tarik ni.

For your info, sejak dari kecik aku memang tak di ajar minum nescafe sebab ayah aku suka minum kopi saje so sampai besarlah ktorang jadi kaki coffee drinker kan. Bila dah kawin ni barulah bertukar corak sedikit minuman panas ktorang ni.

Kenapa pilih F&N Full Cream

Sebab krimer ini kaya dengan kalsium, sumber protein dan juga mengandungi kebaikan vitam A, B1 dan D3. Jadi tidak hairanlah Krimer yang menjadi tradisi keluarga bergenerasi. Selain daripada krimer yang menjadi pilihan utama dalam penyediaan Teh Tarik, Milo susu dan Kopi susu. Krimer manis ini juga aku suka jadikan antara ramuan dalam menyediakan hidangan masakan terutama pencuci mulut seperti kek, pudding dan biskut.

Jom aku kongsi resipi Nescafe Tarik Ibu Mertuaku

Cara penyediaannya :


1. Masukkan air panas di dalam teko




2. Letak susu pekat F&N di dalam air panas mengikut tahap kesukaan korang, macam nak manis lebih ke, nak tawar sket ke kan





3. Barulah di masukkan nescafe ke dalam air susu tadi.


4. Kemudian pepandai adjust kadar kesedapan mengikut kesesuaian tekak


5. Bila rasa dah sesuai, apa lagi teruslah menarik nescafe tersebut. Tak kiralah berapa kali pun korang nak tarik kan, orang kata lagi lama lagi bagus. Tapi aku lagi lama, lagi banyak yang tumpah plak kan.


Hah, siap pun.


Walaupun tak sesedap nescafe tarik mama tapi aku bangga gaklah coz berjaya cilok skill special ni kan. Yelah kita ni bukan pandai masak/buat air kan so bila ada ilmu depan mata haruslah perhatikan dan jadikan amalan.

Terima kasih F&N Full Creamer sebab menyedapkan lagi hasil air tangan seseorang dari zaman berzaman kan.

Ok nanti citer lagi apa aku buat dengan krimmer manis F&N ni ek

#F&N FullCream boleh juga didapati di pasaraya terpilih, antaranya seperti Ben’s Independent Grocer, Jaya Grocer, Hero Market, AEON, Jason’s Foodhall, Mercato, Village Grocer, Isetan, Cold Storage dan Presto Grocer) Semenanjung termasuklah Sabah dan Sarawak dengan harga RM5.00 per 392g setin. 

Keterangan lanjut mengenai produk dan resepi2 menarik serta semakan senarai outlet pasaraya yang menjual uollls boleh layari www.fndairies.com

"F&N Full Cream Sweetened Condensed Milk – The Good Old Days are now The Good New Days"

4 comments :

Farah Waheda Wahid said...

macam nampak sedap jer ni kak ly...

Amanda Suria said...

Terus rasa alahai sedapnya la plak nescafe..SA dah lama pantang ni...

AMIIZAA said...

salams lily,
terbau-bau nescafe sampai sini:)

Misz-ella Ismail said...

Nescafe Kaw-Kaw. Pekat. Melekat .. SATU!!