Tuesday, September 23, 2014

Makan Di Food Court Pasar Baru Bandung.

Hi Korang,

Aku rasa citer bercuti di Bandung ni tak kan abis kan kalau aku buat sambil lewa je kerja-kerja update ni. Sebab tu aku dah rasa kena ada PA untuk uruskan blogging job ni.

Meh baca entry mengenai Bandung Trip sebelum ni ek


Dah mula start mengarut balik kan!

Korang ingat aku tak makanlah time shopping kain pasang murah tu ke, halo makan itu wajib wokeh.

nampak senyum je semua tapi sebenarnya lapar tak henggat

Masa time tengahari tuh, malas nak keluar dari bangunan Pasar Bar uni, ktorang lunch di Lantai 6 ada food court kat situ. Masuk-masuk je ktorang ni dah macam artis wokeh, macam di hurung dek semut. Para pekerja kedai makan kat situ sibuk mengajak ktorang ke kedai mereka.


Maklumlah time weekday kan, orang pun tak ramai so ada 2-3 orang customer datang berebut lah memasing kan. Akhirnya ktorang makan di Kemangi Sundanese & Seafood yang menghidangkan makanan sunda. Nasib baik aku dah biasa pi makan kat Cibiuk so tak delah culture shock kan.

hah berasap-asapkan, terbaek ooo

Ktorang orang ayam bakar penyet set yang boleh makan 2 orang, kira 3 set lah kan.


ok ambik gambar dulu sebelum bedal semuanya


Masa makanan tu sampai bukan main berasap-asap bagai, mana taknya diorang hidangkan dalam hotplate sebab tu panas. Di tambah plak dengan nasi putih panas dan sup tulang panas. Pendek kata semuanya panas-panas lah kan.

sayur dan ulam pun sedap tapi makan sikit jelah sebab ayam sedap bangat!

Dahlah panas, sambal pecal lel tu pedas plak. Makin terangkat-angkat dibuatnya. Aku langsung tak hirau rasa pedas dan panas tuh, yang penting sedap. Makan sampai bertambah-tambah nasi dibuatnya. Pekena plak dengan Es jeruk tuh lagi lah, tak boleh nak di bayangkan kesedapannya.

nampak tak muka kekenyangan memasing

Sampai time menulis entry ni pun duk terbayang-bayang keenakkan ayam bakar tu ek.

Abis makan, kira-kira budget jap then terus sambung shopping lagi sampai petang.

nasi dah abis, now its time to ratah ayam. sayur goodbye to you ek

Banyak review yang aku baca mengatakan kedai-kedai di food court Lantai 6 ni kurang bersih, ermm kotorlah kan. Tapi aku tengok ok je, tak de yang pelik pun. Meja pun berlap rapi tak delah berlekit-lekit sampai nak letak tangan pun geli.

Alhamdulillah sepanjang ktorang kat trip ni belum ada sorang pun yang terkena cirit birit walaupun ktorang memang suka makan di tepi jalan. Agaknya perut rakyat marhaen yang dah biasa susah tak de apa-apa kot.

Ok sambung next entry plak.

Sebelum tu nak mintak maaf, memang makan masa sket untuk aku update entry travel ni coz ada banyak lagi entry lifestyle lain yang aku kena update cepat.

4 comments :

hazman fadzil said...

perghh.... amik ko kena terus ayam seekor sekali hadap... tapi mesti sedap sangat kan...

Diana Rashid said...

Tengok gambar pun tau sedaP nih..lagi2 time lapar..:)

kakngahsihat said...

Saya pernah smpi kat sana tahun 2012... mmg bagus tmptnya.. masuk jer terus kne kejar... hahha.. salam kenal dari saya... :-)

luthfi said...

Makan panas-panas sangat menyelerakan apalahi saat cuaca dingin.