Thursday, September 11, 2014

Buat Coleslow Dengan Nicer Multi Slicer Dicer

Hi Korang,



Nicer Multi Slicer Dicer, nama cam canggih bagat gituh kan!

apa lagi tuan aku bawak balik ni ek

Hehehehhe itu sebenarnya alat penyagat makanan yang begitu senang lagi mudah. Kira-kira kalau ada kerja sagat menyagat, hiris menghiris, potong memotong dengan cepat boleh guna alat hijau ni.

Kat mana aku dapat? Haruslah di Lazada.MY ruangan barangan dapur. Siap ruangan lagi kan, bukan senang korang nak cari nanti.

So masa ktorang pi BBQ Picnic hari tuh, aku cam teringin sangat nak buat Coleslow mudah sendiri. Selalu makan kat KFC sedap je kan, beli sampai bermangkuk-mangkuk sebab enak.

Ni amik resipi ni

Coleslow (untuk 5-6 orang makan)

Bahan:

1 biji kobis di belah 2,bilas dan tos dulu jap
1 biji lobak merah – basuh dan tos jugak
1 botol Lady's Choice Coleslaw ( tak abis sebotol pun)


Cara-cara:

1. Hiris semua bahan menggunakan Slicer Dicer ikut suker hati korang

Inilah masanya untuk kita gunakan Nicer Multi Slicer Dicer tuh. Korang pilihlah alat yang mana bersesuaian dengan kadar hirisan kobis dan lobak tuh

Tengok ni,


Hiris kobis menggunakan sagat yang ni.

si uban ni sibuk benau nak tengok

Letak je kobis kat atas alat tuh dan terus jelah sagat. Tolak depan belakang, depan belakang sampai nipis.

hasilnya

cantikkan potongannya

Hah siap pun.

Yang ni aku hiris lobak, cari alat yang sesuai sket dengan lobak.

memang peneman sungguh, budak ni tau

Terus je sagat sampai nipis.

Siap !


2. Gaul rata semua bahan di atas hingga sebati.

Letak sos coleslow tu tadi dalam kobis dan lobak, gaulkan sampai semua bahagian kena. Jangan nak kedekut ek, lagi banyak letak lagi bagus. Barulah padu rasanya.

gaul hingga sebati

3. Simpan semalaman di dalam peti sejuk.

Boleh je kalau korang nak makan, time tuh tapi aku rasa cam kureng kick plak. Biarkan sejuk dalam fridge, nak bagi rasa lagi mantap kan. Kan lobak tu rasa manis, so biarkan ianya mengeluarkan manisnya.

Mintak maaf gambar end product tak de sebab tak sempat nak ambil.

Masa pagi tuh, keluarkan terus dari dalam fridge masuk dalam bakul. Masa kat pantai, diorang ni makan aku boleh lupa plak nak ambik gambar kan.

alat menyagat yang lain

tempat sagatan

boleh packing terus

Memang baguslah kalau setiap rumah ada Slicer Dicer ni, memang sangat-sangat membantu. Kalau korang cam blur-blur lagi tak pandai nak guna, meh tengok video ni



Alah murah je lah, dalam RM29.00 satu set. Aku perasan kat kedai DIY dalam RM4+.++ gituh. Murah lah, beli kat Lazada, dah lah terus je hantar kat umah. Korang boleh beli di Barangan Dapur di Lazada website, klik kat sini je Barangan Dapur Online


Sekarang tengah fikir, resipi apa lagi boleh gunakan Nicer Multi Slicer Dicer ni ek


8 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

ada satu kat rumah nie pun bagus jugak..kalau sesekali teringin nak makan,buat sendiri lagi bagus..

Amanda Suria said...

Menarik ni...SA ada je voucher lazada...boleh la beli..kan?

Cik Aann said...

cam seronok je tengok bende alah ni.. tapi hari tu gune penyagat smpai tersagat jariku..melalak meraung sorang2 kat rumah..nanges yg tak tahan tu...nanges sebab takut darah..

huhu

Mealshakes: Boleh atasi anak diabetes tahap 1

Diana Rashid said...

murah nya..saya nak beli satu la..

hazman fadzil said...

whoaaa....nampaknya lepas nie rajin la nak buat menu salad - ceaser salad , tuna salad tak pun salmon salad kan....

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...wah senangnya nak buat dgn adanya alat ini...:)

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...wah senangnya nak buat dgn adanya alat ini...:)

Memory Bandoeng Travel & Tours said...

Assalamualaikum
Maaf.. tumpang share/promo..
Jom bercuti ke Bandung bersama
Memory Bandoeng Travel & Tours

Kami menyediakan khidmat sewa kenderaan.
Kadar sewa sehari - kereta+petrol+parking+driver(tour guide)

- Suzuki APV, Toyota AVANZA
Daihatsu Xenia, Luxio - 7 Seater
IDR450K
- ISUZU ELF Short - 12 seater
IDR750K
- ISUZU ELF Long - 19 seater
IDR950K
- Hi Ace - 16 seater
IDR950K
- KIA Pregio - 9 seater
IDR650K

Kami juga menyediakan pakej2 dengan harga yang berpatutan.

Tempahan/Runding Harga/Pertanyaan
PM, Call/Whatsapp :
- Cepokta Bisaajja +6285324228854
- Alma Medina +6281224420758
Email: memorybandoeng@gmail.com

Insya Allah servis yang termurah dan terbaik dari kami