Wednesday, September 3, 2014

Masalah Ejakulasi Pramatang, Pengetahuan Penting Bagi Kita Semua Menerusi Kempen BE BRAVE

Hi Korang,

Aduiyai pepagi hari dah citer pasal hal rumahtangga kan, malu benau tau. Rasa macam nak ambik daun keladi yang besar tu tutup muka.

Ramai orang ingat suami isteri je kena ambil tau, eh tidak ok. Korang yang anak dara dan bujang pun sama gak, tambahkan pengetahuan pasal bab-bab sexual ni bukan suruh korang buat bukan-bukan pun.

Bila suami menghadapi masalah cam ni, mesti rasa murung dan tak selesa kan, lepas tu plak si isteri plak sedih je. Mulalah perasaan negatif tu timbul plak.So tak kan nak biarkan cam tuh. 

Maklumlah orang kita bab-bab dalam kain ni, segan nak bercerita, sudahnya buat dek sampai bila-bila. Kalau tak sabar dan tak tahan memacam boleh berlaku tau. Itu yang kita seboleh-bolehnya tak nak terjadi.

Memang kita boleh google kat internet mengenai masalah ejakulasi pramatang (PE) ni, tapi kang kalau salah info abis.Sepatutnya kita kena pi berjumpa kepada mereka yang pakar dalam hal ni.

Baca ni apa itu Ejakulasi Pramatang

Dengan 1 dari 3 lelaki di Asia Pasifik mengalami PE, masalah ni berlaku apabila seorang lelaki mempunyai kesukaran mengawal ejakulasi dan berejakulasi dengan sedikit rangsangan. Bagi para pasangan, pengurusan PE adalah berkaitan dengan emosi dan fizikal. PE boleh dikaitkan dengan keyakinan diri yang rendah, kebimbangan, perasaan malu dan mengelakkan keintiman. PE ni memang baik ditangani dengan pasangan.

Untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga, baiklah untuk mengetahui jika anda ada kondisi ini, dan uruskannya secara awal.

Ok paham kan sket mengenai apa PE ni

Jadi baru-baru ini, kempen Be Brave ini telah dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran bahawa PE boleh dirawati. Untuk menyampaikan kepada orang ramai mengenai kempen ini, satu laman Facebook page telah diwujudkan dengan tujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk bermain kuiz secara online. 

Kuiz Which Inner Hero Are You ini boleh di mainkan oleh kedua-dua lelaki dan wanita di mana wanita bermain untuk menemui yang wira dalam perlawanan personaliti rakan-rakan mereka, manakala lelaki bermain untuk mencari wira dalaman mereka sendiri. Tujuan kuiz ini adalah untuk memperkasakan para pasangan untuk bersuara tentang PE dan menghilangkan rasa malu berkait dengan masalah ni.

Jom kita masuk ke www.bebrave.my sekarang ek


Wah kemain lagi webpage ni ek. Lambang superhero.

Satu icon untuk lelaki dan satu icon untuk perempuan. Biru dan merah, of courselah aku pilih merah. Orang perempuan gituh.

Aku rasa lebih daripada 5 soalan yang perlu kita jawab mengenai partner kita tapi soalannya bukanlah kearah isu rumahtangga pun. It just a normal and cheeky questions.

Berjaya jugak aku habiskan menjawab soalan di Kuiz Which Inner Hero Are You ni. Nak tau keputusannya, tengok ni


Hasilnya sangat memberangsangkan dan aku rasa segala info yang tertulis tuh seakan-akan sama dengan personaliti Mr Big. Hehehhehehe. Nanti aku nak suruh Mr Big cuba gak lah, memintak dapat yang sama gak ek

Ok nak tambah info lagi ni,


Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai masalah premature ejaculation (PE) ni, nampak tak icon sebelah atas kanan tuh www.controlpe.com.my untuk segala informasi dan maklumat dan mitos mengenai ejakulasi pra-matang dan cara-cara untuk mengatasi keadaan kesihatan (moved this paragraph above controlpe website image).

Kalau korang di dapati ada punca-punca masalah tersebut, meh jawab soalan Premature Ejaculation Diagnostic Tool di website http://www.controlpe.com.my/hows-pe-treated/take-our-pe-quiz-2/

Tup-tup terbuka hati korang nak main Kuiz Which Inner Hero Are You ni, boleh layari www.bebrave.my dan Be Brave MY Facebook page www.facebook.com/BeBraveMY boleh cuba jawab soalan dan share dengan family dan kengkawan ek.

Ingat tuh!





3 comments :

media hiburan said...

oo camtu..

Entri terbaru - Tauke Jambu: Aku takleh dapat awek cun ke?

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...mcm best jer...:)

::EIDA:: said...

*baca sambil tersipu sipu malu*

www.idabaharum.com