Wednesday, September 24, 2014

Pembersih Intim ORCHID - Harum Mewangi Di Taman Syahdu

Hi Korang,

Ingat pokok bunga Orkid tu ek, eh bukan lah.

Ini ada pencuci bahagian intim wanita ye bukan pencuci muka ke sabun badan kan. Sebab tu aku tulis taman syahdu, cover-cover lah sket kan.


Malu sket kat orang lelaki tuh hehehhehe

Orchid, jenama baru produk keluaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, dalam penjagaan bahagian intim wanita, memperkenalkan rangkaian pembersih khusus wanita yang menggabungkan ciri terbaik herba tradisional dan pH seimbang yang terbukti secara dermatologi membersihkan bahagian intim wanita dengan lembut dan efektif.

Rangkaian Pembersih Khusus Wanita Orchid mengandungi ramuan tradisional yang suci dan menyubur sepertiManjakani, Kacip Fatimah dan Daun Sirih yang memberi bau yang segar, mencerahkan dan mengembalikan keanjalan kulit dan merupakan penyelesaian seimbang yang sesuai untuk semua jenis kulit. Formulanya yang lembut dirumus bagi meningkatkan kebersihan, keselesaan dan memberi pH keseimbangan 3.5, pada masa sama mengurangkan kerengsaan kulit dan ketidakselesaan yang kadangkala disebabkan oleh perubahan pH semulajadi di bahagian intim.

Ia juga mengandungi Aktif Pencerah Kulit yang membantu mencerah dan mengimbangkan tona kulit.


Apa yang membuatkan pembersih feminin Orchid unik?

Manjakani digunakan secara meluas dalam rawatan tradisional. Kandungan tannin yang tinggi membantu menegangkan bahagian intim selepas melahirkan anak. Sifat antiseptik semulajadinya berupaya mencegah jangkitan bakteria, kulat dan yis (punca utama gatal-gatal dan bau kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita).

Kacip Fatimah, iaitu Tongkat Ali versi wanita, kaya dengan fitoestrogen dan mampu mengawal fisiologi wanita. Ia juga dipercayai mampu meningkatkan libido wanita untuk kebahagiaan rumah tangga secara tradisional.

Daun Sirih terkenal dengan kemampuannya menyegarkan dinding kelamin wanita, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan cairan berlebihan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan rasa tidak menyenangkan untuk sesetengah wanita.

Hah, nampak tak di situh. Kebaikan bahan-bahan yang di gunakan. Semuanya hasil keluaran kampung.

Romantis

Anggun

Intim

Satu survey telah pun di jalankan kepada lebih 100 wanita berkahwin yang telah mencuba rangkaian Orchid, mereka kagum dengan pembersih tersebut. Semuanya sebulat suara bersetuju bahawa Orchid membantu meningkatkan keyakinan diri dan merasai semula keghairahan dan kemesraan berumah tangga, menjadikan setiap malam bak malam pertama.

Mehla kita pulak cuba ek.


Orchid didapati dalam tiga variasi iaitu Romantis, Intim dan Anggun. Sebotol Orchid 210ml dengan reka bentuk feminin dijual pada harga RM4.90 dan boleh didapati di seluruh negara.


5 comments :

Sella Shahbudin said...

hehehe... taman syahdu... comel sangat caption.. hehehee...

macikz konah said...

pagi-pagi baca artikel ni.... haruuummm

luthfi said...

Sangat cocok buat kaum wanita.

Anonymous said...

conform best...

Anonymous said...

Hi. I've been using this product for a month. It worked wonders and yes, lightens up the skin and make it smells good. BUT.. all good things comes to an end. When its bound to be the time of the month, it makes Miss V smell funny. And the discharge, too. Macam awal pagi tadi bangun, lendir keluar dalam kuantiti yang banyak. And yes, I shit you not, baunya pelik. Macam kena infection begitu. My friend introduced this product to me. We kinda use it at the same time. It happened to her as well. But worst, when she stop using it so sudden, kena macam allergy reaction, and kulit labia miss V kering, then crack sebab too dry. And we all know that it hurts like a bitch. Tu je feedback I. I immediately stop using it today and hopefully, the condition of my V will not worsened.