Saturday, September 20, 2014

Astro TUTOR TV SPM Bantu Pelajar Hadapi Peperiksaan Dengan Aplikasi Mudah Alih

Hi Korang,

Berita baik buat bakal calon peperiksaan SPM kerana Tutor TV SPM akan melancarkan sebuah aplikasi mudah alih ulang kaji yang bertujuan membantu mereka menyediakan diri bagi menghadapi peperiksaan nanti. Aplikasi Tutor TV SPM ini boleh dimuat turun untuk semua peranti iOS dan juga Android secara percuma.


Aplikasi Tutor TV SPM adalah sebuah aplikasi ulang kaji yang dilengkapi penilaian, rangkaian kuiz, nota rujukan bertopik, peta minda dan juga video tutorial yang pastinya memudahkan para pelajar untuk mengulang kaji pelajaran pada bila-bila masa dan di mana jua. Aplikasi ini akan memuatkan variasi kandungan pembelajaran berdasarkan sukatan pengajian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk subjek-subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Aplikasi ini direka khas untuk memudahkan pelajar mengakses kepada bahan rujukan, memupuk minat mengulang kaji dan membolehkan pelajar merancang pelan ulang kaji sendiri. 


Berikutan dengan arus kemodenan dunia, kita dapati lebih ramai remaja dan belia yang memiliki telefon pintar peribadi. Atas fakta berikut, kami berasa terpanggil untuk mencetuskan idea bagi membantu para pelajar dengan satu alat bantuan pendidikan yang lengkap, padat, menarik dan mesra pelajar. Kami cuba menekankan kaedah interaktif dan juga visual menarik dalam penyampaian informasi serius supaya lebih mudah difahami dan dapat diingati oleh para pengguna.



Selepas menjawab Penilaian di aplikasi Tutor TV SPM, satu senarai topik-topik cadangan untuk diulang kaji akan diberi berdasarkan keputusan Penilaian mereka. Mereka boleh ulang kaji menggunakan pelbagai rangkaian nota rujukan yang terkini dan jelas di mana para pengguna boleh menanda (highlight) ayat-ayat penting di dalam nota tersebut di samping menambah nota sendiri yang juga boleh disimpan untuk rujukan seterusnya. Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan tip-tip berguna untuk menjawab soalan dan juga topik-topik yang perlu diberikan penekanan. 


Setelah rujukan dan ulang kaji dilakukan, para pengguna boleh menguji tahap pengetahuan mereka melalui variasi kuiz yang disediakan sebagai latihan sebelum menghadapi peperiksaan sebenar. Penerangan juga akan diberikan untuk setiap jawapan yang salah. Aplikasi ini turut mengetengahkan ciri interaktif istimewa dengan memuatkan video-video tutorial yang dipetik daripada siaran di saluran Astro Tutor TV SPM yang pasti dapat meningkatkan tahap pemahaman para pengguna. Dengan lebih 800 kuiz topikal beserta pelbagai nota rujukan dan tip berguna, semuanya boleh didapati dengan capaian mudah di dalam satu perisian aplikasi.

Bersempena dengan pelancaran aplikasi ini, Astro Tutor TV SPM akan menganjurkan pertandingan dengan menggunakan aplikasi Tutor TV SPM. Pertandingan yang akan bermula daripada 27 September hingga 17 Oktober ini memerlukan seberapa ramai para pelajar Tingkatan Lima di seluruh Malaysia untuk mengambil bahagian dengan memuat turun aplikasi ini dan menjawab Penilaian yang disediakan sebanyak mungkin. Mata akan diberikan bagi setiap jawapan yang betul dan sesi untuk menjawab Penilaian tersebut adalah tidak terbatas. Setiap mata yang diperolehi akan digabungkan dan pengguna yang mengumpul mata terbanyak untuk setiap subjek akan memenangi sebuah iPad Mini.


Oleh itu, muat turun aplikasi Tutor TV SPM secara percuma di Google Play dan App Store untuk menikmati satu pengalaman pembelajaran yang luar biasa. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Astro Tutor TV SPM Mobile App, sila layari www.tutortv.com.my

4 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

beruntung pelajar2 sekarang nie kan..kita dulu nan hado...

Puteri said...

terasa tua pulak mengenangkan jaman SPM ku dulu tak wujud pun benda2 ni hahaha!

Feel free to visit my BLOG . I write mostly about my 2 growing kids and my home business.

luthfi said...

Tentu sangat bermanfaat bagi para pelajar

sistemIAK said...

Oh pandai cik lily review, gambar nampak lawa, aplikasi ni nampak bagus.
Saya pun cuba buat ulasan aplikasi untuk budak-budak SPM ni tapi Tutor TV SPM dari Astro pun saya masukkan jugak.
Ulasan koleksi aplikasi untuk pelajar-spm yang saya tulis lain sikitlah. Jadi kalau ada orang baca review ini, bolehlah tengok review saya pulak.