Thursday, September 18, 2014

Singgah Makan di Old Malaya Kopitiam, Bangi Gateway

Hi Korang,

Ni bukan food review, ni just pi makan je. Cam biasa gambar tak de lah banyak sangat kan.

Sunday memang kitchen bukak tapi minggu lepas cam malas sket, maklumlah baru balik holiday gituh. So meh breakfast kat kedai jelah.

Dahlah bangun lambat, roti canai semua dah abis.

Jawabnya mohler kita explore tempat makan best di Bangi ni ek. Kajang cam kurang sket tempat makan sarapan pagi.


Masuk-masuk je  ke Bangi Gateway, ingatkan nak breakfast kat San Francisco Coffee je, tup-tup ternampak plak Old Malaya Kopitiam ni. Masuk sini, ramai jugak orang makan kat sini tapi still ada tempat duduk lagi.


Pencinta kopi pagi tuh teringin nak minum teh ais. Hah order lah apa lagi. Mr Big plak kopi ais sajo


nasi lemak ayam rendang

Mr Big cam biasa, makan nasi lemak ayam rendang. Sedap siap tambah nasi lagi sebab ayamnya besar dan sambalnya banyak.

Club Sandwich

Aku makan club sandwich je, sebenarnya order lontong tapi orang tu ingat aku cancel lotong then order sandwich. Rasa cam down je bila sandwich sampai, Mr Big offer nak order lontong tak, aku cakap tak perlah makan je apa yang ada dulu. Kalau tak cukup baru order lagi. Sudahnya, makan sebelah club sandwich tu dah kenyang.

Harga ok lah, berpatutan sepinggan yang ktorang makan tuh dalam RM10-12 cam tuh. Ntah mana resit pun aku tak tau, dah terbuang la tuh.


Korang nak gak rasa makan kat kedai kopitiam ni bolehlah ke Bangi Gateway ye. Sebaris dengan Teh Tarik Place dan Kedai Bijih. Barisan tu memang banyak kedai makan pun.

Cubalah sendiri ek..


8 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

uik...nampak sodap..

Farah Waheda Wahid said...

jom kak ly??? nanti i is turun bangi yer?

VE said...

cantik bekas tea tarik tu...lapar la plak mlm2 ni..hehe

Cik Aann said...

belom pernah lagi masuk ke bangi gateway tu..
ingat nak gi cari abaya..sampai sudah tak pergi2..

Kehidupan yang sementara..

hazman fadzil said...

haaa.... kebetulan aku ada terjah gak kat sini tapi untuk makan malam.... nanti boleh je cubalah menu breakfast pulak....

Amanda Suria said...

SAn sedang diet nasi..so agak x heran ngan nasi lemak...tp club sandwich tubetul2 buat SA jatuh hati...terliur dah ni...

Ayunk Hayukka said...

Salam sejahtera tuan/puan semohga semua senantiasa di berikan kesihatan dan di murahkan rezeki nya (amiin) . Kami disini nak menawarkan sewa kereta tuk (bandung/jakarta city tour) bagi sesiapa tuan/puan yg dah ada plan tuk bercuti di bandung/jakata dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di bandung/jakarta boleh sahaja PM atau WASAPP sahaja dekat number ni : +6289619522797 (untuk lebih detail nya) Dijamin kami bagi harga yg sangat berbaloi & service yg terbaek/5bintang ***** (insha allah) mohon maap tuan/puan apabila ada ayat yg kurang berkenan dalam promotion yg kami tawarkan ..

Nb:yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada,tp kami jamin yg terbaek tetap HAYUKKA BANDOENG (insha allah) jom jom gi bandung murah jer TERIMAKASIH :)

luthfi said...

Amboi,,sedapnya masakannya