Monday, September 15, 2014

Cerita Aku Pada Hari Malaysia 2 Tahun Lepas

Hi Korang,

Semua orang ingat Hari Malaysia ni public holiday, so boleh cuti-cuti Malaysia kan.


Tapi korang tau tak sejarah mengenai penubuhan Hari Malaysia nie? Hah tak tau kan. Ni meh sini aku kongsikan sket info bersejarah ni ek

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]


Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia[2], namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]

info dan gambar dari www.google.com

Hah dah paham kan.

So apa kaitan Hari Malaysia dengan aku pada 2 tahun lepas?

Ermm sebenarnya pada hari inilah aku first time dapat pi snorkeling ke pulau. Sebelum tu memang tak pernah rasa pun peluang cam tuh. 


Aku dengan Mr Big pertama kalinya pergi holiday ke pulau, selama ni pantai pun tak pernah nak dapat jejak. Sangat-sangat mendamaikan bila dapat tengok ikan yang pelbagai warna berenang ke sana ke mari dengan terumbu karang yang pelbagai bentuk dan rupa.

Dapat jugak melawat Bandar Terengganu yang cantik ni, dapat tengok sendiri macam mana keropok lekor di hasilkan memang awesome.

Hopefully cuti Hari Malaysia 2014 ni akan lagi bermakna buat aku ek

Korang plak, ke mana je cuti-cuti Malaysia yang panjang ni ek…

4 comments :

Diana Rashid said...

baru balik dari bercuti...di pantai teluk batik..lepas ni tak kemana dah..dok umah je..rehat..nak jalan2 lagi kena tunggu hujung tahun pulak.

hazman fadzil said...

Best la time public holiday dapat jenjalan... macam aku nie seperti biasa meneruskan kerja demi pendapatan....

Elya Roza said...

elya cuti2 malaysia ok laa..rehat2 kan badan...takyah bgn pagi2 mcm biasa..haha..
lepas tgh hari br keluar gi jumpa client ...

Rosmiza Ali said...

Terengganu.. My hometown.. Hehe.. Cuti semalam tak ke mana pun.. Duk umah jer.. hubby tak sihat.. Demam pulak dia tetiba.. Kesian.. Huhu..
Rosmiza Ali Official Blog™