Thursday, September 18, 2014

Konvoi My Alza Owner Club (MAOC) Ke Kuala Selangor

Hi Korang,

Aktiviti ktorang di cuti Hari Malaysia 2014.

Dulu ktorang berkesempatan ke Lata Lembik Raub bersama geng-geng Perodua Alza Owner Club ni, so sekali lagi ktorang dapat jugak join convoy ke Kuala Selangor anjuran MOAC Central Region ni.


Memula tuh, Mr Big cam berat je nak pi coz ktorang baru je balik dari Taiping bawak family aku jejalan sambil attend wedding cousin ktorang. Agak malas je, tup-tup petang tu lepas family aku balik Melaka, terus dia bukak mulut nak join konvoi MAOC ni.

show off sket


Ktorang berkumpul untuk Kajang dan Bangi team di area dekat UNITEN dalam kul 10 malam cam tuh, suker nau duk dalam gelap kan. Kat situ tempatnya luas dan tak banyak kereta yang lalu lalang. Cukup je semua ahli ada, bergeraklah dalam 2 team ke Padang Merbuk Jalan Parlimen tu untuk gather team-team dari kawasan lain.


Bila bergerak dalam secara ramai-ramai ni, automatically walkie talkie is the best communicator. Ktorang just dengar instruction daripada marshall, lead car dan last car thru handy ni. Dia kata belok, beloklah ktorang, dia kata stop so berhenti lah ek.

Jangan lupa, sila top-tup touch and go dan kalau boleh guna smart tag supaya senang ktorang tak menunggu orang lain ek. Gambar yang kat Petronas tu, sebab menunggu orang la tuh..


Sampai je kat Padang Merbok, rupanya dah banyak team-team lain menunggu ktorang.

Sangat-sangat menarik wei kereta Alza pelbagai design kat body kereta diorang ni. Aku turun just untuk ambil gambar je. Maklumlah tak de geng pompuan yang aku kenal, bebudak lelaki ni melambak-lambak aku kenal sebab dah biasa jumpa.


Dalam kul 1 pagi, sebanyak 450 biji kereta Alza bergerak ke Kuala Selangor untuk aktiviti kemasyarakatan bersama salah satu masjid di sana. Memang kebanyakan konvoi jalan malam untuk elakkan traffik dan kenderaan awam.


Ktorang lalu highway LATAR sebab jalan disitu bila malam tak banyak kereta. Once bergerak dalam 1 team yang besar ni, nampak cantik je yelah bersusun dan teratur pergerakkannya. Aku dapat snap 2-3 gambar je sebab malas nak guna camera beso.

tak payah bayar toll, abang Marshall kata jalan je hehehhe

Tiba di Kuala Selangor dalam pukul 4.30pagi. Aku memang bantai tidur masa dalam kereta, ngantuk la wei, kena plak dengan air con sejuk-sejuk. Siap bawak selimut dan bantal sekali, sementara nak tunggu azan Subuh Mr Big pun bantai tidur gak abis geng-geng lain pun samo hehehehhehe..


Lepas Subuh, terus pi cari kedai untuk breakfast dulu sementara tunggu event start.

Walaupun cuaca mendung je dari pagi, aktiviti tetap di teruskan jugak macam gotong-royong bersihkan masjid, aktiviti tarik tali, kanak-kanak pun ada aktiviti jugak ye. Pendek kata, sessi keluarga ada peranan memasing.

cantik kan berderet je

Sekali sekala memang seronok ikut convoy cam ni, dapat kenal ramai orang dan jugak dapat promote blog aku sekali hahahahahahha..

Tapi geng-geng pompuan ni cam sesombong sket, nampak just pandang cam tu je, tapi adalah 2-3 orang yang senyum gak lah. Alah tak per, next time bolehlah start tegur-menegur ek.

Cik Lily, ko jangan nak poyo sangat ye, ko bukan retis pun. Sila buat networking cam selalu ek.

inilah sticker keretanya

Ok itu saje, saya melaporkan dari blog CikLilyPutih.com untuk #MOAC4183, tu nombor registration Mr Big ek.

Kalau korang yang mana owner ALZA nak join club ni, bagitau ek. Nanti aku citerlah camno kan


12 comments :

lieyalatif said...

penat2 balik dari taiping pun tetap join jugak tu ye ciklily...kalo dah minat tu kan gigihkan jugak kan...suke tgk keter bederet2 konvoi mcm ni kat atas jalan...meriah jek...

safurara said...

wow geng geng Alza niii.beshnyaaaa,

hazman fadzil said...

whoaaa.... best giler aktiviti ramai-ramai cenggini...aktif sungguh yea...yang syok bila datang makan kat kedai...terus conquer semua kerusi meja kan...

Mak Lagenda said...

Waaaa..cik lily join MOAC rupanya eyh!! Adik mak pun ada gak join moac ni. central region gak. Tp tak igt la apa no ahli dia..

Mak pki exora so mak join club exora. And yes..mmg best giler oiii dpt join konvoi2 cenggini.

:)

P/s : ciklily..igt x..1st taim kita kenal each other adalah masa kita test drive exora kat damansara ngan redmummy?? then lepas tu la mak tangkap exora bambam..

Afasz said...

syok la dpt join konvoi. 450 tu !!!!

alhamdulillah dapat la pahala amalan kebajikan n dpt erat kan sillaturrahim.. pasal perempuan tu nampak je cam sombong, maybe kite kene tegur dulu dia kot. bila dah mula, baru dia friendly. hehe.. slalu gitu, muka nampak sombong sbnrnya tak. dia malu kot.

siti alfakhishah aman said...

alise join kelab properd.. smlm ade keluar dekat tv1 kol 7pm.. tapi time tu x join sebab ade hal lain..

best kan join2 konvoi gini.. buat keje amal sekali..

tapi memang kalau pempuan yg join club2 ni memang mcm kerek sikit.. geram

Jueliza Jamani said...

ehh kita pun geng MAOC jugak.. heheheh tapi tak aktif sgt la konvoi2 ni.. dah anak 2 yag super hero tu terbatas skit nak gathering2 mcm ni... hehhehe

Mummydearie said...

Bestnya dapat konvoi tengah malam macam ni. Saya tak pernah buat lagi :) Takda Alza so tak dptlah nak join kelab nih.

Amanda Suria said...

terus terasa nk beli ALZA...padahal dlm kepala nak bely myvi...

Anonymous said...

Assalamualaikum...sy pemilik alza dan tringin nk join club alza..cume xtau dr mana sy bole join..hrap boleh tunjuk ajar

tiga lalat said...

blogwalking nih ., promosi terbaek ;p

Amran Bin Md Lazim said...

assalam bagaimana nak join club kerana saya nak iklan produk. noleh kah? terima kasih.
iklan ;
Zero Friction Technology with Nano Technology. High performance motorsport and heavy duty engine oil. SAVE 10% - 20% petrol/diesel, maintenance rm60 - rm100, mileage up to 15,000 km. Alamat ; Ijok, Selangor. Diskaun ; 15% - 30% No. telefon ; 013-5214303 (amran)