Tuesday, September 10, 2013

Seminggu Selepas Minyak NAIK Harga


Hi Korang,



Genap seminggu kisah minyak RON95, RON97 dan Diesel naik harga. 

Masa malam yang diorang duk announce kat TV tu, bukan main ramai lagi yang beratur mengisi petrol. Sampai ada sesetengah stesyen tu minyak abis dan ada pula yang mengamuk sampai langgar one of the petrol pump tuh. Aku perasan coz ramai duk heboh share gambar tuh. Info asalnya tak tau datang dari mana. Ishkk




Bertalu-talau orang yang duk komen pasal kes ni. Kira penuh FB timeline dan twitter aku dengan status-status panas kesan kenaikan minyak ni.

Meh korang klik kat entry bro Dehaihati.com berdialog panas dengan rakan facebook http://denaihati.com/ron95-dialog-panas-dengan-rakan-facebook.

Terrer diorang ni keluarkan fakta yang aku sendiri pun tak pernah amik tau. Harga minyak dunia, harga minyak mentah, subsidi kerajaan dan memacam lagi. Serius aku tabik kat orang-orang yang memang amik tau hal ni.

Jadi,

Apa kesan minyak naik kepada aku ek?

Ermm langsung tak terkesan

Bukan apa, lepas minyak naik tu baru 2 kali aku isi minyak. Hari Jumaat pagi dan semalam petang. Itu pun sebab aku balik Melaka dan tawaf saie kat Bandar Hilir tuh. 

Memang seminggu aku cuma isi minyak RM60 je. Mesti kena ikut budget yang dah aku tetapkan ye.
Setiap Ahad malam RM30 dan Jumaat pagi RM30. Yelah setakat pergi dan balik kerja kan. Even kalau ada 1-2 event kat area KL pun, amount minyak tetap sama. Kecuali kalau kena outstation ke site itu memang kena tambah sketlah.  



Kenapa macam sket je aku guna?

Aku sendiri pun tak tau kenapa jadi cam ni ek. Maybe cara pemanduan aku kot. Tak laju dan tak perlahan sangat. Even masa pakai WAJA dulu pun, budget aku memang sama je. Bila masuk area KL tu memang tak de chance langsung nak memecut kan, kereta banyak so kena ikut flow je. Lagiplak kalau aku nak keluar tu, aku akan plan dulu jalan mana nak ikut dan apa task yang kena buat. Kalau elok drive then drive tapi rasanya kalau elok naik train then better naik so lagi jimat dan mudah.

Cam tu lah

Walaupun apa pun kehidupan harus di teruskan jua, takkanlah minyak naik 20sen korang nak berhenti kerja dan duk rumah plak. Seeloknya kita terima seadanya dan hadapi dengan tenang serta mula berjimat cermat dengan lebih efisyen lagi. 



Tapi tak eloklah sewenang-wenangnya tokeh kedai naik harga gula pasir, tepung gandum, teh tarik, roti canai kan. Jahat sungguh tau!

So setakat naik 20sen seliter, kira aku boleh bernafas lagi. Jangan naik sampai RM5 seliter udahlah ye. Memang aku pi kerja tumpang Mr Big punya motor jawabnya hehehehhe

Credit photos : www.google.com


4 comments :

penaberkala said...

nasi kukus ayam berampah naik seringgit
sedih, sob3

Amanda Suria said...

SA pun x rasa terkesan sgt sebab SA x bawak keta...SA naik public transpot je...tp perasan jugak bila ramai amik kesempatan naikkan harga makanan dan barang2 keperluan...damn!!

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...tak boleh nak ckp apa lagikn walaupun harga minyak dah naik kita tetap kena beli sbb minyak tu keperluan yg penting utk kegunaan seharian pergi balik ke tempat kerja n lain2 juga...

hazman aka species1980 said...

kalau harga minyak memang kita boleh terima cuma harga benda lain naik tu yang beri kesan sampingan...