Tuesday, September 3, 2013

Maybelline The Rocket Volum' Express Mascara Event

Hi Korang,

Lama tak pi event BEAUTY kan, yelah orang tak berape cantik memang payah nak dapat jemputan ke event kecantikan ni.



Abis je kerja aku kat CIDB hari tuh, aku terus je fly ke Mid Valley. Takut terlambat, terus je sambar taxi dan pergi. Nasib baik jalan tak jem dan uncle tu memang sangat cekap, sekejapan terus je Mid Valley sebab tu aku cakap terbang. Laju cam lipas kudung gamaknya.





Launching kali ni di buat di Galactic Laser Tag kat tingkat 3 area North Court ni. Masa aku sampai belum ramai orang lagi, so amik gambo lah dulu. Tapi apakan daya semua gambar jadi biru disebabkan keadaan lampu yang ala-ala disko tu lah.



Sementara tunggu media lain sampai, aku di approach oleh Mona, one of the Maybelline team. Dia ajak aku join contest Maybelline Rocket Mascara ni, untung-untung dapat terbang ke New York katanya. Aku pun bercamwhore bagai walaupun gelap dan malap kat dalam tuh. Once dah upload, terus dia hadiahkan aku Maybelline compact powder yang sangat cute. Ini special dari Thailand ni, kat Malaysia tak de wokeh.




Ok event dimulakan dengan cam biasa kata-kata aluan dari one of Maybelline punya orang kuat dan seterusnya ada briefing sket mengenai mascara rocket ni. 



Memang bagus coz berusnya yang flexible membolehkan kita menggunakannya tanpa comot.




Elfira Loy pun ada tau memeriahkan majlis, yelah DUTA MAYBELLINE kan mestilah senantiasa ada, cam ne plak aku boleh terlupa kan. Beliau pun turut berkongsi mengenai maskara ni. Sangat bersesuaian bagi mereka yang on the go. Sekali calit terus cantik.



Terima kasih pada Connie dan Maybelline team yang sudi menjemput www.ciklilyputih.com ke launching ni. Walaupun tak dapat nak bercamwhore dengan Elfira Loy tapi tak per coz dapat banyak beauty product yang best-best.


Next time, aku mesti berebut dengan media lain untuk bergambar dengan dia. Alah suka-suka je nak bagi korang jelessss....


Ok tunggu entry lain, pasal aku review maskara roket ni ek.


4 comments :

Nurul Nadila said...

waa...bestnye CLP...
untung sangat...banyak dapt barang maybelline.best2 :)

Sabrina Tajudin said...

kenapa ckp macm tu k lily! yg penting cantik dlm hati!

ish! byk sgt update pasal mascara ni! hehe.. nk kene cuba gak la...

Mieza Everdeen said...

bestnya dapat pergi event ^_^ kita dah try mascara ni, memang best la takde clumps masa awal2 pakai. tapi lepas beberapa kali, tricky sikit nak jadikan dia zero-clump, hehe

Mummydearie said...

Suka sgt maskara Maybelline nih. Tetiba aje bulu mata jadi panjang melentik2.