Monday, September 23, 2013

Blogger Newbie, Tiada Jalan Singkat Untuk Berjaya


Hi Korang,

2-3 hari ni aku duk sibuk dengar pasal blogger newbie nak naik cepat dalam blogging ni.

Ishk mana boleh cam tuh!

Sakit plak hati ini kan.



Macam ada kes aku dapat tau ni. Adalah seorang newbie ni, baru-baru belajar buat blog dan baru-baru kot pi event. Ermm okla nak expose diri pada real world of blogging kan. Tapi yang tak bestnya dia suruh duk mencari contact klien yang jemput dia tuh.

Nak rak gakla dia pusing kiri kanan mencari, padahal orang yang dicari tu depan mata je bertembung 4 mata masa registration. Rupanya dia duk sibuk mencari lubang kalau-kalau ade event masa akan datang.


Ada plak cam tu cara ko nak dik, dengar sini meh akak ko ni nak citer sket.

Kalau ko tak ramah, cam ne dik ko nak naik. Bagi akak ko ni, kite ni orang baru so kenalah belajar adat resam berblogging ni kan. Belajar kenal orang dulu, tunjukkan kita ni mudah untuk didekati.

Lagi satu kalau air tangan blog ko menarik, for sure ramai PR ataupun Client sibuk cari ko. Ni tak, asyik citer pasal alexa ranking, top 20 blogger glamour, cara nak ping blog dan memacam lagi. Bukan tak boleh tulis, boleh tapi elok berselang ataupun sekali sekala. 

Lebihkan menulis mengenai pengalaman macam tempat makan best sedap di bangi, cara membuang kutu kucing, mak aku masak tak sedap sket hari ni hah barulah sedap sket. Sebab sekarang trend orang beli pengalaman orang lain, contoh sebelum kita buat sesuatu yang tak pernah kita buat, of course kita akan sedaya upaya nak dapatkan pandangan orang lain. Seharusnya blog-blog yang ada dalam google ni akan boleh tolong kita untuk buat pilihan yang bijak.


Betulkan, apa yang aku cakap ni. 

Itu aku baru citer sket, actually banyak lagi tips dan cara untuk maju terus dalam berblogging ni cuma kena senantiasa sabar. Macam aku, mula dari bawah. Senantiasa pi event dengan ikhlas dan tanpa merungut. Ini tidak, kena bayar parking, kena kuar duit toll dah mula memekak cakap klien tak prihatin. Tapi bila klien bagi advertorial tak de plak korang merungut kan. Senyum melebar sakan!

So all the best pada blogger newbie yang bersungguh-sungguh nak naik cepat. Boleh je korang nak meningkat dengan cepat tapi haruslah dengan jalan yang betul dan bukannya S.A.I.L.A.N.G blogger-blogger sedia ada yang duk merangkak dan masih lagi bertatih dalam dunia blogging ni.

Cukup cukup sudah,
Sudah sampai di sini saja

Kalau memana newbie blogger yang terasa tu aku mintak maaf bebanyak tapi seharusnya korang kena sedar diri sketlah.

Jangan tikam belakang blogger lain ye..




15 comments :

Sheila Salim said...

assalamualaikum kak lily! hahaha nice gila entri ni. haruslah newbie celik sikit mata kan. terima kasih atas peringatan ni kak. heeeeeee :P

AyuArjuna BiGoshh said...

yup betul tu kak lily.. :)

sohoque said...

Hahahaha. Ambik ko. Akak ko dah sound. Hahahaah

Akuro San said...

ada gak kes blogger newbie yg mcm tu yerk.. biasalah~ manusia banyak ragam~

hazman aka species1980 said...

Whoaaa.. panjang lebar gak kisah kali nie yea... semoga jadi nasihat yang berguna

shila azizi said...

blogger2 baru ni majoriti berblogging sebab $$$... Blogger2 senior ni dedulu mula blogging buat macam diari je...tulis dari hati..tak fikir pasal duit ke payment ke sume tu...

*just my 2cents :D

Ashley Yeen said...

Cik Lily Putih,

Betul jgak, nak cari tapi x social, macam mane nak naik tinggi?
Blogging it bukan bazir mase, paling penting nak passion kan?

YaNa Yassin said...

Wowwww , entri panas niee . Terbaik tourkk . Memang kena belajaq dr bawah , jangan nak amik keje senang jaa .

Macikz Konah said...

Kak lily..pedas. ahahahahah.tq for advice

adianiez AIDA said...

setuju...
setuju...
setuju...
(saya blogger suam suam kuku, tak bleh komen byk hi hi hi...)

Ikhmal Malique said...

sepanjang hidup ni tak pernah lagi na pergi event. blog senyap2 je. hehe.

Rawlins GLAM said...

Ya Allah
Jauhkan la sifat sebegitu dari saya
Kak Lily tegur tau kalau saya mengada gitu..
Takpun lempang sebijik je jika saya begitu
Thanks Kak Lily
Kak Lily antara blogger otai terawal yang saya kenal dan ditakdirkan plak duduk dalam kejiranan yang sama
Dia banyak bantu saya
Thanks Kak Lily

YaNa Yassin said...

Kan, ada sanggup sailang menyailang tuee, bahaya betul style orang skg blogging.

Sukma Haron said...

buah cempedak di luar pagar,
saya budak baru belajar....
sailang....? sapa ler newbie blogger yang main sailang menyailang tuh...hoho...
selalu muhasabah diri....

Mia Liana said...

wahhhh.... best tul entri ni. Bagus2...