Monday, November 8, 2010

Bercuti Di Hatyai - Terleka Sebentar

Hi Korang,


Macam mana lah, aku boleh terlupa nak post entry hatyai nie ek? Padahal dah lama duk kat draft section je.

Actually cuti nie, di plan lama gak lah. lebih kurang 2 bulan camtu. Family mrBig yang ajak. So ktorg siapkan duit hotel dan duit enjoy. Duit tambang keretapi mama belanja, hadiah untuk harijadi semua orang tahun nie.


Pengalaman naik keretapi? Haruslah bestlah. Lagipun dah lama x naik. Last naik 2 tahun lepas masa ktorg berdua pi langkawi. Disebabkan journey nie 12-14 jam, haruslah amik yang katil punya so tidurlah sepuas hati. Hampir di setiap station ktorg turun bergambo. Lepas gian la kejap.

Day 1


So sampai pagi Jumaat tu, terus pi hotel. Check in dah mandi2 sambil tido sekejap. So 1st day tu, petang ktorg ke floating market dulu. So satu tuk-tuk tu boleh naik 6 orang. Boleh tahan jauh jugaklah. Return trip dalam 400Bhat (RM40 je). Tempat tu actually macam bazaar tapi majoriti jual makanan thai. Yang best tu, si penjual duk atas sampan yang si pembeli di kat pinggir sungai. Then transactions kat tepi sungai tulah. Meriah memang meriah, sebab makanannya sedap2 dah murah2 plak tu.

Kat sinilah, duit banyak abis tau.

Malam plak, driver tuk-tuk ktorg Che Asan, bawak ktorg ke bazaar pakaian. Aku sendiri tak tau kat mane. Yang penting, bazaar tu sempit dan ramai orang dan jual memacam pakaian. Dari baju sampai ke accesories lah. Tak kira lelaki pompuan, semua jenis pun ada. Kat sini, tak sempat nak amik gambo coz stuffy sangat. Memang betul2 sempitlah.

Tuk-tuk yang comel dan laju tau.

Day 2
So satu hari ktorg ke bazaar yang terbesar di Hatyai nie. Nama tempat? langsung aku tak tau. Memang besar dan bertingkat2 dan berblock2. Kat sinilah duit aku banyak abis. Beli t-shirt langsung tak ingat. Sebab murah sangat. Makan kat sini pun murah dan sedap gak. Memang tomyam diorg tak sama langsung dengan tomyam kite. Betul kata Abg Khairul, klu dah rasa tomyam Thailand memang tak lalu lah makan tomyam Malaysia. Balik dari bazaar, lepak2 dalam bilik sambil tidor baring kejap.

Shopping Tak Ingat!

Makan-makan

Malam plak, ktorg abiskan masa lepak2 depan Lee Garden area. Kira tempat tu, ibu entertaiment Hatyai lah. Nak urut badan, nak urut kaki, cuci rambut, rebonding, makan2, shopping2 pendek kata semua kat situ lah.

Day 3
Hari terakhir ktorg kat sini. Bangun pepagi tu, mandi2 trus keluar. Pi shopping lagi. Abiskan duit bhat yang dah tinggal sket tu. Dah penat2 shopping, singgah makan kat Hameed Restaurant. Satu2nya kedai thai yang ramai orang melayu makan kat sini. Hah, apa lagi bedal, bedal dan bedal lah. Ayam gajus dia memang sedaplah.

Bag yang dah beranak-pinak

So balik hotel, packing2 barang then trus check out. Hujan dan mula mencurah2 lebat nie. Nak tak nak berhujan lah ke stesyen keretapi. Tepat kul 5 time Malaysia, keretapi pun bertolak. Rasa melayang2 duk dari Hatyai ke Padang Besar. Hujan memang lebat, siap dengan angin yang terlampau kuat lah. Bila merentasi area Kedah, sawah padi dah ditengelami air dah. Hujan makin lebat.

Ermm hasilnya...

Apa yang pasti, trip ke Hatyai nie memang best. Sebab dengan sesuka hatinya aku mengabiskan duit tanpa fikir panjang (maklumlah dah kumpul duit banyak before trip nie). Orang2 di Hatyai sangat peramah dan mudah mesra. Nak makan pun senang dan shopping lagilah best.

24 comments:

alinac lover said...

oh..saya suka sgt dgn Hatyai~

negara kedua saya tu kak..kekekeke

LiFe KaMi said...

bestnya gi hatyai dapat le pekena tomyam putih kat sana.. mesti sedap..
happy holiday..:)

isabelle said...

lily,
i berkenan yang ada tulis 'ultraman room' tu.
huwaaa.... kalo adam dpt, mesti dia suka. hehehe.

btw, i ada entry psl lily la arini

Sharinginfoz said...

seronoknya bercuti sakan

MAMASYAZA said...

memang best kalo ke hatyai, lupa daratan bila bershopping

seriwangi said...

Best tu shopping, anak seri wangi baru balik Bangkok. Muka dia macam muka orang bangkok, so dia jalan kat pasar sorang-sorang semua orang tegur dia cakap dalam bahasa siam. Dia senyum je, lepas bila nak shopping dapat harga murah. Anak seri wangi buat bisu jadi lagilah kesian.Lepas tu pegi kat patung Buddha yang besar tu, dia masuk selamba je tak kena bayar sebab orang ingat dia org siam. Tergelak besar seri wangi. Kalau dia ada duit tentu dia shopping sakan sbb duit dah kureng beli apa yg patut je. Itupun pegi Bangkok sbb seri wangi memang peraduan DiGi pegi Bangkok, seri wangi tak dapat pegi ada hal.

yanmie said...

Salam,

wah bestnya gi jenjalan tmpt mcm nie, tak pernah lagi sampai...mesti barang2 murahkan??


www.yanmieonline.com

ManjaIxora said...

wah bestnyer..

x pnh gi sana.. rasa mcm nak gi.. tp x tau bila.. err, murah ker brg2 kat sana?.. bila blk kena cukai tak brg yg kita beli tuh?.. huhuhu

intanurulfateha said...

menghabiskan duit mmg lazat kan kak?
huhu

Sumijelly said...

senang tak cari makanan halal...
tingin la nak g..
tp kalu ku bawa 3 hero...matik aku.....hahaha


Sumijelly.com

hamzah ian said...

lama tak cuti2

Matjoe said...

seronoknya bercuti

CikLilyPutih said...

@alinac
wah negara kedua? hebat2x

CikLilyPutih said...

@lifekami
memang tak sama dgn tomyam msia lah.

@matjoe
ko pun patut bercuti, jgn simpan duit je tau. sesekali rehat lah sket

CikLilyPutih said...

@Belle
ala lil adam nak ke? nanti tanye dgn mrbig dulu ek, klu dia kasi aku bagi kat lil adam

CikLilyPutih said...

@haring infoz
saje rehatkan minda

@mamasyaza
memang tpt shopping heaven lah

CikLilyPutih said...

@seriwangi
menang peraduan pi bangkok? bestnya. mesti anak u comel macam org2 siam kat sane kan

CikLilyPutih said...

@Kak yanmie
barang2 murah? everything murah actually.. especially tshirt2 tau

CikLilyPutih said...

@manjaixora
tak kena pun cukai. declare brg2 tu untuk kegunaan sendiri je.

CikLilyPutih said...

@intan
memang lazat di tambah lagi dgn makanan2 yang sedap2

@hamzah
ko kene pi cuti okeh

CikLilyPutih said...

@sumi
ala makan senang gak bagi yg x memilih. ala boleh je ko pi. bawak bebudak tu lah..

hazman aka species1980 said...

uishh.... kalau cenggini nak jugak la kumpul duit untuk trip ngan keretapi nie...boleh ajak satu famili.... yang penting boleh joli shopping sakan...sbb duit siam nie kan murah... ngeh3x...

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails