Tuesday, October 31, 2017

NIVEA Care Run 2017

Hi Korang,

Ahad lepas sempat kak lily join larian anjuran Nivea ni aitu Nivea Care Run 2017 bertempat di Marina Putrajaya.


Di sebabkan bangun lambat dan keluar rumah lambat, tak sempat akak lily nak berlari dari starting point, nampak je orang berlari then cercepat akak lily join hehehehe.

Main tipu ek..... hahahahha


tengoklah diaorang ni bukan berlari hehehhehe

Hampir 2,500 rakyat Malaysia menyertai NIVEA Care Run yang dianjurkan oleh NIVEA Protect and Care, deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindungan berpanjangan pada kulit bawah lengan. Bertemakan ‘Protects What You Care’ yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukannya.

Dengan formula yang bebas alkohol, deodoran NIVEA Protect and Care diperkayakan dengan esen NIVEA Crème dan haruman yang lembut. Ia memberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam, serta menyuburkan dan memberikan anda bawah lengan yang lembut dan licin. 

“Kami di NIVEA bertuah kerana dapat bekerjasama dengan PENYAYANG dalam usaha mereka untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukannya,” kata Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia dan Singapura. “Tema NIVEA Care Run ini adalah selari dengan nilai penjagaan teras NIVEA Protect & Care yang menggabungkan perlindungan dan penjagaan rapi. Kami bersyukur mendapat sokongan daripada rakan niaga kami untuk memastikan larian ini berjalan dengan lancar. Kami juga berbangga dengan kehadiran ramai rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepada NIVEA Care Run. Setiap hadiran pada hari ini memainkan peranan penting dalam kejayaan acara ini.”

NIVEA Care Run flag-off (from far left): Celebrity guest Siti Saleha; Ms Shirley Toh, Sales Director of Beiersdorf Malaysia; Mr Ng Hock Guan, Country Manager of Beiersdorf Malaysia & Singapore and Mr Cheong Wai Lun, Head of Marketing of Beiersdorf Malaysia.

Bagi meningkatkan kesedaran umum tentang penjagaan kulit bawah lengan, pihak NIVEA Care Run berkongsi tentang fakta-fakta kulit menarik seperti 36% kulit disingkirkan apabila seseorang mencukur dan juga kesan pencukuran dan pencabutan bulu yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.*

Aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah dinding “NIVEA Protect and Care” yang membolehkan peserta menulis mesej kepada orang tersayang, khemah PENYAYANG, cabutan bertuah dan kios foto. Selebriti tempatan iaitu Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie turut memeriahkan NIVEA Care Run ini. 

Contribution of RM20,000 from NIVEA Care Run was presented to Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) to support Malaysians in need.

Secara keseluruhannya, NIVEA Care Run telah mencatat kejayaan cemerlang dari segi mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kulit bawah lengan di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Sekali sekala berlari santai-santai cam ni seronok gak ek 


Deodoran NIVEA Protect and Care roll-on 50ml dan NIVEA Protect and Care spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM11.30 dan RM17.50 di semua pasar raya dan farmasi seluruh negara. 

Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

1 comment :

hainom OKje said...

Cantik warna biru Nivea ni...