Monday, October 23, 2017

Makan Nasi Kandar Mohd YASEEM, Jalan TAR Kuala Lumpur

Hi Korang,


Akak lily memang langsung tak familiar kedai-kedai di sepanjang jalan TAR ni. Yelah tak de apa nak buat kat sana so buat apa nak amik tau sangat kan.

Until satu hari ada orang ajak pi makan nasi kandar kat area situh.

Come on, nasi kandar?? 

Ok akak lily citer sket sejarah nasi kandar ek

Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.

Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.

Gituh ek!!


Aduiyai tempat lain kan melambak kenapa situ jugak yang di pilihnya huhuhuhuhu. Terus jadi blur wei sebab tak tau kedai nasi kandar ni kat mana, sudahnya akak lily minta bantuan dengan si pakcik google.com jelah. Oh rupanya ada kedai nasi kandar Mohd Yassem ni tapi parking tak de plak. So google lagi, check punya check rupanya kena park kat Maju Junction kalau nak selamat. Maklumlah DBKL suka kereta-kereta park tepi jalan untuk di towing ni kan. 

So rabu hari tuh lepas kerja terus je ke area ni. 


Park kat Maju Junction then jalan perlahan-lahan. Rupanya banyak betul kedai nasi kandar area jalan TAR ni. Ada nasi kandar Kudu, nasi kandar Insaf dan banyak lagi lah. Mau 15 minit berjalan, lintas jalan besar lagi maka sampailah. 

Lepak dulu order teh o ais limau sementara tunggu bebudak lain ni sampai. 

Best gak kedai ni, boleh pilih samaada nak duduk di tempat air-con ke yang kipas je ke kalau malam sket boleh duduk kat meja kat tepi jalan luar tuh. Haruslah kak lily duduk dalam uolls, panas wokeh berjalan kaki jauh tadi.

Once semua dah sampai terus meeting dulu jap, discuss apa yang patut then its makan time !!

Ni first time ni akak lily makan nasi kandar di KL, selalunya makan kat Penang je hehehhee. 






Tengok tuh kemain banyak pilihan menunya, cuma larat atau tak je kan. 


Ini pinggan kak lily, menu biasa-biasa je tapi yang penting mesti ada telur ikan goreng itu baru masyuk!!

Sebab orang belanja so kak lily tak sure pulak harganya berapa kan, bedal kemain sampai harga pun tak tau, sejenis perangai kan. 

Korang pun boleh lah check it out kedai nasi kandar ni ek

Nasi Kandar Mohd YASEEM,
351, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 
Chow Kit, 
50300 Kuala Lumpur.


Nanti nak cuba gak nasi kandar Kudus tuh plak, dengar citer ramai orang cakap sedap sampai beratur keluar-luar jalan kalua time lunch.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


3 comments :

Amanda Suria said...

Ya allah....x leh tahan la tgok sotong tuh ha..penuh ngan telur dia kan...kejam la cik lily oiiiii...kejam...den tongah diet nasi...

Nadiah Suhaidi said...

Ambuuuy Cik Lily.. Besarnya telur ikan tu~ mesti sedap kan? :)

Anonymous said...

Ini kedai kegemaran kami sekeluarga. Lauk wajib, kari ikan bawal, telur rebus, bendi, kuah campur, kuah ayam hitam tu bila kena kari...perghhhhh.
jauhnya parking. kitorang parking kat sebelah kedai kudu tu sekali masuk rm3. kalau nasib baik dapat parking yang free. Heaven i tell you.


shahrizat.