Saturday, October 7, 2017

Koleksi "DESIREÉ " DARI AVON Yang Memikat Hati

Hi Korang,

Lama tak citer pasal Avon ek..

Avon kan memang popular di Malaysia ni kerana barangan berkualiti tinggi pada harga yang murah dan berpatutan.


Avon telah memperkenalkan jenama aksesori fesyen dan pakaian dalam berprestij pertamanya, Desireé yang mampu memberi inspirasi kepada wanita agar mereka lebih rasa yakin diri melalui fesyen. Desireé menggabungkan trend fesyen terkini bersama material berkualiti tinggi yang menyerlah status wanita bergaya masa kini.


Bagi tahun 2017, Desireé di datangkan dengan Koleksi Irina (Irina Collection) mewah yang melambangkan keyakinan dan tarikan wanita sofistikated. Irina Collection ini menampilkan pilihan beg, jam tangan dan pakaian dalam bermutu dan berekaan elegan mengikut feyen terkini. serta pemilihan rona merah membawa simbol berani mendominasi aksesori dalam koleksi kali ini.


Koleksi beg ini diperbuat daripada PU yang tahan percikan air dan calar serta di perincikan emas tahan karat bagi menambah lagi keanggunan si pemakai. Apa yang menarik beg PU ini boleh mengelakkan dari mudah untuk terlekat habuk dan senang untuk dijaga. Jahitan di beg juga sangat kemas membuktikan ianya adalah produk yang begitu berkualiti


Jam tangan keemasan dengan saduran kuadrupel (quadruple plating) sebagai jaminan perlindungan daripada kerosakan. Kerlipan batuan ala kristal pada jam yang disempurnakan bagi menyerlah kemewahan dan citarasa si pemakai. Akak lily dipahamkan setiap produk dihasilkan telah diuji dengan 'Ujian Kejatuhan' ini bagi memastikan setiap bahagian di jam kekal utuh.


Bra dalam rangkaian Irina dengan cup ‘memory foam’ serta renda ‘eyelash’ seksi menyokong selesa dan tetap bergaya. Sensualiti diri akan diserlahkan lagi dengan seluar dalam midi sepadan dan baju tidur satin yang menggoda.


Dapatkannya bermula 1 September 2017 melalui Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan Avon seluruh negara. Koleksi Irina juga boleh dibeli secara ‘online’ di www.avon.my atau www.zalora.com.my

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.avon.my









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

1 comment :

Siti Rohaida Yusof said...

suka beli bra kat avon..best and tahan lama