Saturday, October 28, 2017

CITRAWARNA@KUALA LUMPUR 2017

Hi Korang,

Citrawarna@Kuala Lumpur kembali lagi pada tahun ini dengan tema The Sunrise, The Green and The Echo Within di mana ianya menyaksikan gabungan persembahan teater muzikal dan tarian yang berlatarbelakangkan kehijauan hutan hujan tropika dan laut Malaysia yang bersih.


Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 telah dianjurkan pada 28 Oktober 2017 (Sabtu), di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

“Ramai yang tidak menyedari bahawa alam semulajadi kita banyak mempengaruhi serta memberi inspirasi dalam pembentukan kebudayaan – sebagai contoh tarian yang dihasilkan daripada pergerakan haiwan, adat resam seperti pesta menuai atau Nine Emperor Gods untuk masyarakat nelayan Cina, Warisan seperti corak bunga dalam anyaman, lukisan atau ukiran” YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bercakap di Sidang Media sempena penganjuran Citrawarna@Kuala Lumpur 2017.

Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 mengambil inspirasi tema Hari Pelancongan Sedunia yang disambut pada 27 September 2017 iaitu Sustainable Tourism – A Tool For Development.turut menekankan kepentingan alam semulajadi serta eko-pelancongan yang menjadi salah satu elemen teras di dalam pelancongan.


Kelainan penganjuran Citrawarna kali ini ialah gabungan elemen teater tarian, muzikal dan street parade. Pada tahun 2015 dan 2016, konsep yang dipersembahkan ialah teaterikal gabungan drama tari dengan street parade. Citrawarna senantiasa tampil dengan konsep baharu, segar dan kreatif pada setiap kali penganjurannya sejak 1999. 

Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 bermula pada jam 4.30 petang di mana pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di Chillax Zone (di sekitar tiang bendera Dataran Merdeka) seperti Persembahan Buskers, Permainan Rakyat seperti teng-teng, galah panjang, zero point, batu Seremban, congkak, Baling selipar, #SayangMalaysia Message dan Photowall untuk orang ramai mengekspresikan perasaan cinta pada Malaysia, Fiesta Trak Makanan serta Parti Mangkuk Tingkat dan Konti Radio Matic.fm.

Dato’ Seri Mohamed Nazri berkata, “Terdapat beberapa acara sampingan yang telah dianjurkan untuk merancakkan lagi Citrawarna@Kuala Lumpur 2017. Antaranya ialah Kids Eco Dash Citrawarna 2017 pada 28 Oktober 2017, jam 7.30 pagi di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas yang merupakan acara larian khas untuk kanak-kanak berusia antara 4-12 tahun.”


Selain itu, untuk pencinta alam di luar sana, Kementerian dengan kerjasama LOCCO dan Daun akan menganjurkan Program Bring Your Own Plant yang merupakan “meet and greet session” di mana orang ramai digalakkan untuk membawa/menyumbang satu pokok (edible plants) dengan mesej khas kepada Mother Nature menggunakan perkhidmatan awam yang kurang pembebasan karbon seperti MRT/LRT.

Fiesta Trak Makanan Citrawarna@Kuala Lumpur juga diadakan untuk mengajak orang ramai merasai pengalaman membeli makanan secara “Cashless” menggunakan telefon pintar melalui kerjasama di antara pihak BARRA dan BOOST (anak syarikat Kumpulan Axiata). Ini selaras dengan perubahan zaman yang mana pengalaman membeli belah pada masa kini menggunakan telefon pintar melalui aplikasi mobile wallet.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

1 comment :

Ruggedmom com said...

Best show tahun ni. Next time kalau nak tengok bunga api lebih baik duduk jejauh kat dataran tu, lagi cantik.