Tuesday, October 3, 2017

Bila Ada Wedding, Kena Pakai Baju Cantik

Hi Korang,

Ermm kak lily memang jarang dapat wedding invite ni, maklumlah kengkawan semua anak-anak kecik lagi so yang selalu dapat Mr Big la kan. Dia ni glamer kat PBB tuh, duduk front desk melayan customer jadik secara automatically orang kenal lah. 

Banyak la wedding invite dari customer dan colleagues dia.


So sabtu lepas kitaorang attend one of his PBB friend wedding kat Dewan Perdana Felda. Kalau budak office dia tak de lah rasa cam malu-malu la sebab dah lama kenal diorang ni. Jadi kenalah melaram sket, sekali sekala nak kena show off gak kan. Asyik-asyik jeans dengan t-shirt je kan kalau keluar pi outing.

simple jelah senang

Jadi kak lily memilih outfit dari you me & hunny yagn hari tuh beli kat Prima Valet sebelum puasa tuh. Amik ko, beli dah lama la ni baru nak pakai kan. Mr Big pun pakai baju tahun lepas masa si abang kahwin, kira ktorang ni level-level artis la ek baju semua sekali pakai je then terus simpan sampai lupa rupanya ada baju cantik pun. 

Tapi tak delah beria-ria pun, simple janji presentable maklumlah kami ni ramai orang kenal huahauhaua eh kena jaga semua tuh tau. 



Kitorang sampai lepas maghrib cam tu, coz wedding dinner start kul 8.30malam. Sesampai je depan lobby dah penuh dengan orang, mostly bebudak PBB la. Hah terus je bergambar sakan, kat depan tuh. 

Di sebabkan kami duk belakang-belakang so tak berapa rajin nak pi amik gambar lah, so tengok dari jauh je. Seronok gak kawin ada tema-tema ni ek, environmentnya cun je nak ambil gambar pun cantik dan seronok. Yelah masa ktorang kawin dulu tak de tema-tema ni, pakai pun baju yang mak andam siapkan sebab tak sempat nak pi fitting huahauhauahua. 



As usual menu makanan di FELDA memang aku dah boleh predict, yelah berapa kali buat food review kat sini kan so dah biasa dengan menunya. Memang sedap, maka haruslah kami makan sampai bertambah-tambah nasi hehehhe memang tak malu betul perangai. 

Sekali sekala jumpa bunch of people yang out of our circle ni best jugak, yelah boleh berkongsi pengalaman, getting new info, sembang-sembang kosong kan.


Terima kasih Sarah dan Azmi ada undangan perkahwinan korang, semoga jodoh berpanjangan dan kekal hingga ke Jannah kami berdua doakan


Balik tuh sempat pusing-pusing KL tengok lampu ek hehehhehe







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

No comments :