Monday, October 30, 2017

Beans N Beans Café Damansara Uptown, Makan BINGSU Sedap

Hi Korang,

Beans N Beans ni merupakan cafe dessert yang berkonsepkan dessert cafe dari Korea, yelah menu-menunya adalah menu Korea. Ntahlah kak lily tak pernah pi Korea so tak surelah betul ke idokk kan. Bila tanya bebudak-bebudak lain ermm majoriti semua cakap menu di Beans N Beans ni dari Korea, wah seronoknya walaupun tak pernah pi Korea tapi merasa jugak makanan Korea ni. 

Maka dengan sebab itulah akak lily ke Beans N Beans ni walaupun jauh Di Damansara Uptown kan, nak feeling-feeling Korea la katanya huahauhauha, dengan itu jugak lah kak lily heret sekali Mr Big untuk temankan ek.

Orang lelaki ni memang dia akan kata tak naklah, tak sukalah tapi bila dah rasa semuanya dia bedal huahauhau.


Kitaorang ke Beans N Beans ni masa cuti Deepavali lepas.

Lepas-lepas lunch tuh tak de apa nak buat hah terus kemari, jalan pun tak jem yelah orang pi cuti beraya kan.

Sesampai je ingatkan cafe tak ramai orang ermm ramai ajo ek

Terus je akak lily pi order kat kaunter ermm sambil tergaru-garu kepala, yelah kan tak tau nak pilih menu apa. Nasib baik one of the staff suggest a few dish termasuk bingsu sekali tau so akak lily ikut jelah.


Café ni ni kak lily rasa best sebab diaorang ada sediakan activities section tau, kalau nak bergambar props jugak di sediakan. Patutlah ramai yang leka bila masuk ke café ni, sibuk main game rupanya. Memacam board game ada sepeti jenga, card game even kalau nak baca buku pun ada jugak. Pendek kata untuk kill the time sampai tunggu makan sampai atau pun tunggu kengkawan korang sampai ek. 

Of courselah kitorang order BINGSU!!

Kalau nak tau, Bingsu merupakan sejenis pencuci mulut dari Korea yang kak lily rasa rupanya lebih kurang sama macam ais batu campur (ABC) kita di Malaysia. Cuma yang uniknya dengan menggunakan ais susu sebagai asas, rasa bingsu itu lebih lemak berkrim dan kaya dengan rasa yang korang mesti tak pernah rasa sebelum ni.

Yeah Bingsu, I liked it!!

Choco Bingsu 

Blueberry Bingsu

Haruslah rasa sedap kan, cukup segala lemaknya. Manis dan awesome sebab selain daripada ais kepal yang berperisa tuh, ada bahan-bahan lain yang menambahkan lagi kesedapannya.

Selain daripada order Bingsu, kitaorang order menu lain jugak

Chicken Ham Sandwich
Siap ada chips lagi menu sampingan, not bad jugak cheesenya sampai meleleh-leleh masa makan ari tuh.

Chocolate Banana Waffle

Peanut Butter Waffle

Cold Noodles

Ini pun salah satu menu dari Korea ni. Kalau nak tau apa itu Cold Noodles, baca info kat bawah ni

Naengmyeon (냉면; 冷麵, in S. Korea) or raengmyŏn (랭면, in N. Korea) is a Korean noodle dish of long and thin handmade noodles made from the flour and starch of various ingredients, including buckwheat (메밀, memil), potatoes, sweet potatoes, arrowroot starch (darker color and chewier than buckwheat noodles), and kudzu (칡, chik). Buckwheat predominates (despite the name, it is not a wheat but rather is more closely related to sorrel). 


Bila masuk kat mulut tuh rasa mee tu kemain sejuk lagi tapi sedap, kuahnya ala-ala rasa kuah rojak mee tuh.Itu yang kak lily rasalah. Nampak je kuahnya cam jernih tapi ada rasa pedas tau tapi tak delah pedas menyengat..

Green Tea Matcha Blended

Ini biasalah memana café Korea mesti ada minuman ni. 

Dari segi harga, of courselah ramai yang akan kata mahal tapi bagi kak lily sekali sekala apa salahnya. Bukan tiap-tiap hari pun, lagipun portionya besar gak tau. Sebenarnya menu yang kitaorang order ni, boleh makan 3-4 orang tapi kami makan berdua je hehehhehe nampak nau pelahap disitu walaupun baru je lepas lunch time tuh hehehehehe

Kalau korang nak singgah ini alamatnya ek

Beans N Beans Uptown
107, Jalan SS 21/1A
Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya, Selangor.

Tel : 603-7732 8288





Kalau nak cuba Bingsu mehlah ke Beans N Beans Café di Damansara Uptown ni ek











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

2 comments :

Nadiah Suhaidi said...

kalau cuaca tengah terik dapat makan chocolate banana waffle sambil minum matcha latte~best nya~ (^^)

hainom OKje said...

Selalu makan Bingsu kat Hanbing IOI putrajaya. Makan Bingsu Manggo sedap gak. Yelah...cafe Korea harga dia mmg boleh tahan. Tp yelah sekali sekala apa salahnya kan.
Pelij gak ye mee sejuk tu hihi