Monday, October 16, 2017

Ayamas Kitchen Ready To Eat Bloggers Party

Hi Korang,

Tak abis-abis dengan party ek kak lily ni.

Yelah orang dah jemput of courselah kita kena datang kan, kang merajuk then terus tak nak jemput kita lagi hehehehe


Wow datang lagi ke Ayamas Kitchen HQ di Glenmarie ni, ada product launch Ready To Eat (RTE) keluaran terbaru dari Ayamas Kitchen ni.

Produk Sedia-DiMakan atau Ready To Eat (RTE) ini merupakan makanan sejukbeku yang telah pun di masak dan cuma di masakkan sebelum di makan. Alah senang cakap, keluarkan dari fridge dan panaskan je dalam microwave then terus ngappp

Normally orang-orang yang senantiasa sibuk macam kak lily ni memang memerlukan produk sebegini, yelah korang balik kerja pun dah malam, nak masak kang kena makan tengah malam plak kang gemuk plak kan.

So solusinya produk Ready To Eat (RTE) ni jelah.

Yelah makan pun berdua je bukan apalah nak masak bebanyak kan. Eh lagi satu, bukan sekadar makan malam even makan tengahari pun boleh, sibuk nau meeting sampai terbabas waktu makan tengahari kan, nak keluar satu hal lagi so panaskan je produk Ready To Eat (RTE) ermm terus ngapp..


Ada 3 pilihan menu makanan Ready To Eat (RTE) keluaran Ayamas Kitchen ni iaitu

RTE Nasi Kandar Ayam Masala

RTE Briyani Bukhara Ayam

RTE Nasi Pilaf Ayam Mentega


Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn Bhd, pengendali Kedai Ayamas. Katanya ada lagi menu-menu lain yang akan dipasarkan, sekarang dalam proses R and D lagi.

Cara Menyediakan Produk Sedia-Di Makan

Ermm senang je, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan ia seketika dalam 2 minit. Gunakan garfu dan tebuk beberapa lubang pada penutup plastik. Masukkan ke dalam ketuhar dan panaskan selama 4 hingga 5 minit.

Keluarkan dan terus sajikan.

Senangkan!!

Nasi Kandar Ayam Masala

Briyani Bukhasa Ayam

Nasi Pilaf Ayam Mentega

Dapat kak lily rasa ketiga-tiga hidangan ni sekali pada masa tuh. Yelah event waktu tengahari so of courselah time perut lapar, ermm rasa kaw-kaw lah semua sekali hehehhe… kuat makan betul memasing-masing kak lily tengok.

Pilihan kak lily haruslah nasi pilaf ayam mentega sebab rasanya mengancam betul tekak kak lily lagipun ayam dan nasinye memang sesuai di hidangkan sekali, kombinasi mantap


Harga bagi produk Ready To Eat (RTE) adalah:-

Nasi Kandar Ayam Masala – RM7.90

Briyani Bukhasa Ayam – RM8.50

Nasi Pilaf Ayam Mentega – RM8.50

Produk sedia-dimakan ini boleh didapati di semua kedai Ayamas di seluruh Malaysia. Untuk lebih info tentang Kedai Ayamas, anda boleh lawait www.kedaiayamas.my ataupun ke www.facebook.com/AyamasRoasters/










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

2 comments :

Nadiah Suhaidi said...

Wow.. menarik menu nya.. Harap lepas ni boleh beli di 7E atau di mana-mana pasaraya :)

mama tisya said...

oh ada mcm lunchbox gtu...tq for sharing