Friday, October 20, 2017

BBQ Buffet Dinner Di Royale Songket, Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Hi Korang,


Makan-makan dan makan lagi. 


Kali ni akak lily nak citer pasal BBQ Dinner yang sempat akak lily pi hari tuh di Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Di sebabkan BBQ kan sesuai waktu malam so jemputan semua lepas kerja gituh so bolehlah santai-santai makan ek


Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) kini memperkenalkan BBQ buffet makan malam yang menawarkan korang dengan pelbagai jenis menu makanan ayam, kambing, daging lembu dan makanan laut termasuklah dengan hidangan panas pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari 6.30 petang hingga 10.30malam.

Selain daripada menu BBQ terdapat juga pelbagai jenis makanan lain sepertia pembuka selera, pemanis mulut dan lain-lain lagi. 





Di antara hidangan pembuka selera adalah seperti salad, tossed mozzarella cheese, tomato and basil salad rice salad, dressing and condiments dan banyak lagi.




Untuk hidangan seafood on ice pula terdapat half shell NZ green mussels, crab, oysters, prawn and black mussels. 







Bagi Grill section meat and seafood terdapat pilihan hidangan seperti malaysian hot plate chicken satay with condiments, chicken yakitori skewer, sirloin steak, jumbo chicken sausage, grilled seasonal squid, marinated fish fillet wrapped with banana leaf dan lain-lain lagi. 



Untuk pemanis mulut, terdapat coconut pudding, chocolate panna cotta, baked pineapple dan caramel tart, mixes berry financiers dan lain lain lagi.

Bersungguh-sungguh kitaorang makan sebab tak terkejar-kejar masa so dapatlah merasa semua hidangan, nasib baik perut tak meletup ek hehehhee. Overall hidangan not bad rasanya mengikut citarasa kak lily.


Harga bagi BBQ Buffet Dinner ini adalah

RM 78.00+ (dewasa)

RM 39.00+ (kanak-kanak) 4 – 11 years old

All prices are subjected only to 6% of GST.


Jom kita ke :

Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.



Tel : 03-5511 8811

Ermm jumaat hari ni, meh kita ke sini nak tak??








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

5 comments :

Nadiah Suhaidi said...

Terliur menengok makanan yang ada~ Kak Lily kalau recomend tempat makan memang best la!^^

el said...

nagis pagi2 tgk menu memukau selera uii haha

Sheila Adziz said...

wow... sedapnya cik lily... keyang perut xleh bangun la kalau saya makan semua ni... rabun mata dan selera...

My Green Canyon said...

Tak kuat awak melihatnya,jadi ngiler,menu yang disajikan mantap semua.

Suria Amanda said...

Kenapa la aku singgah masuk sini time ni..dah la x makan tghari tadi...terus lapar...