Wednesday, November 1, 2017

Inilah Masanya, Bonding Time With Family

Hi Korang,

Lately rasanya jarang betul kak lily pasal family ek.

Mana taknya, asyik-asyik citer pasal event, pasal makan, pasal travel, pasal makan, makan dan makan je ermm mana tak gemukkk uwekkk

Hari tuh bawak ayah akak lily pi pekse mato (check up mata) di Hospital Melaka.  Lepas dari dia masuk hospital tahun lepas tuh, memang ada je check up mata ni yelah untuk tengok progress samaada ok ke tak kan. 


As usual selasa malam kitaorang balik Melaka, singgah dulu makan sedap di warung kat Pengkalan Balak ni kedai abang Man Jeff. Kedai kecik je tapi masakannya kemain sedap, especially sup dagingnya, kemain awesome lagi kata Mr Big akak lily masak pun tak boleh challenge ermm duduk je serumah dengan abang Man Jeff tu ek hehehhee. 

kemain Mr Big dengan sup daging sedap tuh ek

Sampai rumah mak, dua-dua dah tidur. Masuk rumah, borak-borak kejap then terus tidur coz nak keluar awal pagi esoknya. 

Pukul 6.30pagi kitaorang dah keluar rumah then sampai Hospital Melaka 7.20pagi cam tuh, ermm penuh dah parking even no giliran yang ayah dapat pun hah amik ko no. 46. Agak-agak pukul berapalah pesakit lain ni sampai ek. 

Giler orang memang sangat-sangat ramai dekat Klinik Mata ni. Memang hiruk pikuk, bising yang panggil nama, panggil no giliran, dengan anak melalak lagi dengan orang tua yang tak dengar nama dipanggil, terpekik-pekik nurse panggil nama pesakit ni semua ek. 

Dalam kul 9.15pagi nombor ayah di panggil. 


So masuk bilik sana, keluar bilik sini, jumpa doktor tuh jumpa doktor ni kan. Ermm tak de apa-apa pun mata ayah, biasala orang tua walaupun mata dah pakai kanta but still urat-urat halus ada yang terputus kan, so tak berapa nampak tu biasalah kata doktor tuh. Yang lelain ok tak masalah apa-apa pun.

Habis dalam kul 10.30pagi cam tuh.

Itulah kalau datang awal so awallah siap semuanya, janganlah datang kalau berurusan dengan hospital kerajaan ni ek.

Habis tuh, terus pi beli barang dapur kat Mydin. Ini memang rutin kalau akak lily balik kampung, bawak mak pi beli semua barang dapur. Yelah ayah dah tak boleh bawak kereta ni payah sket diorang nak bergerak ke sana ke mari. So jalan senang, bila kak lily balik tuh memang pi borong satu pekan Jasin ni beli barang-barang masak.

licin hah makan bubur ek

Habis membeli belah, lepak makan tengahari di Marrybrown je sebab ayah akak lily teringin nak makan ayam dan bubur katanya. Terus je order, kemain berselera makan kan. Yelah sarapan pagi makan sandwich dengan air kosong je mana kenyang. 

Lepas makan terus balik berehat, gembira diaorang tuh bila di bawak berjalan.

Ermm itulah citernya. 

Masa nilah kita nak melayan parents kita, kalau tak bila masanya lagi kan..










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

4 comments :

mama tisya said...

lama xmkn satay...dapnye

el said...

wahh sate..ni yg nak pi cari sate ni haha

hainom OKje said...

Sedapnya tengok sate tu. Terus tekak teringin nak makan sate willy hihi...

Yelah siapa lagi yg boleh diharap nak bawak mereka pergi check up kalau bukan anak dia...ye tak.
Mau jugak abah makan ayam goreng ye Lily selalu org tua kadang tak suka..

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman said...

Kalau berurusan dengan hospital kerajaan memang kena ada kesanggupan nak TUNGGU LAMA.