Monday, November 20, 2017

Makan Malam Sempena Sajian Dapur Chef Azizah Di Melting Pot Café, Concorde Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,



Last 2 weeks kak lily pi makan malam di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Alah food blogger mahamahu yang ajak, so akak lily ikut je lagipun dah lama tak jumpa geng blogger kaki makan kan so ajak shakiddo sekali lah boleh sembang-sembang sket.

Malam tu kami dihidangkan dengan menu makanan melayu.

Wow memalam makan nasi tuh, yesza I like!

Kalau korang nak tau, Chef Azizah,Abdul Malik (54) mempunyai pengalaman yang luas dalam masakan Melayu akan menyediakan rangkaian hidangan lazat sepanjang bulan November ini. Keenakan masakan hasil air tangan Kak Azizah memang tidak dapat dinafikan kerana sebahagian besar hidangan beliau telah berjaya menarik perhatian pekerja-pekerja pejabat dan kumpulan pelancong ke Saloma Theatre Restaurant. 


Semasa beliau berkhidmat di Saloma, beliau bertanggungjawab menyediakan dan merancang sajian masakan Melayu serta hidangan set mangkuk tingkat untuk makan tengahari yang menjadi pilihan utama pelanggan. Jadi kali ini, pelanggan-pelanggan korporat masih berpeluang menikmati hasil air tangan beliau di Concorde.


Jorn singgah di Melting Pot Cafe untuk makan malam dan nikmati hidangan yang menggamit selera seperti ayam masak lemak kentang, keli goreng berlada, ikan patin tempoyak, lemak re bung dengan udang, telur itik masak lemak be limbing buluh, daging asam pedas bunga kantan, sambal udang petai, samba! jering ikan bilis, pucuk ubi masak lemak dengan ikan bilis dan ikan pari asam lada hitam. Ayam kelio berkentang, labu masak lemak, pucuk paku goreng bersama taucu, pucuk ubi masak lemak dengan ikan bi/is, kerabu manga, kacang panjang goreng udang kering, kangkong belacan, ikan kerisi goreng dan kepah goreng pedas adalah antara sajian lain yang turut dihidangkan. 

Meh sini akak lily show off kat korang ek hehehehhe

Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh 

Sambal Petai Udang 

Sambal Jering Ikan Bilis

Ikan Patin Masak Tempoyak 

Daging Asam Pedas Bunga Kantan 

Pucuk Ubi Masak Lemak Ikan Bilis

Ayam Kelio Berkentang


3 menu ni pulak, di masak secara 'LIVE' atau upon request lah orang kata. So di hidangkan panas-panas lepas masak tuh tau hehehhehe

Ikan Kerisi Goreng

Kangkung Goreng Belacan

Kepah Goreng Pedas

Order je seberapa banyak yang korang nak makan ek, jangan tak habis sudah membazir tuh ek, amalam syaitan ye


Sebagai pemanis mulut, nikmati kuih Onde-Onde yang dibuat secara 'a la minute' setiap hari. Terdapat tiga menu yang bertukar setiap hari.

Harga pulak hanya RM110.00 bersih untuk seorang makan. Kat kawasan yang mewah dan exclusive ini bagi kak lily ia adalah berpatutan. Eh siap ada pulak ‘live band’ bergerak ye, itu yang lagi syiok

Nak pi rasa, meh ke

Melting Pot Café
Concorde Hotel Kuala Lumpur
2, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Tel : 60-3-2144 2200
Fax : 60-3-2144 1628

Toll Free:

800 6011012 (Singapore to Concorde Hotel KL)
1800 806013 (Malaysia to Singapore)


Bolehlah korang kalau ada Client omputih macam kak lily bawak pi makan kat sini ek, biar diaorang tau cam ne rasanya menu tradisional rakyat Malaysia yang sedap-sedap belaka ni. Alah korang pi makan pun lagi bagus sebab sedap ye...











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

1 comment :

ray said...

perghhhhhhhh sedapnyeeee. ok jeles

haii nak jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html