Wednesday, November 9, 2016

Merasai Taste Of India di Temptations, Renaissance Kuala Lumpur Hotel

Hi Korang, 

Makanan India ? 

Anyone ? 

Come one kita kan satu Malaysia, semua yang ada di negara kita ni, kita akan cuba makan kan betul tak ? Ye betul. 

manggo lassi sedapppp

Selalunya kita akan makan di mamak atau kedai daun pisang untuk merasai makanan authentic India kan, so why not kita mencuba hidangan dari India di Temptations Cafe di Rennaisance Hotel ni ek. 

So Isnin lepas, aku sempat ke sana untuk mencuba hidangan authentic India ni. Normally aku akan fikir mesti akan makan kari je ek, but tidak wokeh ada lagi hidangan lain yang menambat hatiku. 

Bermula dari 11th November hingga 30th November Chef kelahiran Delhi iaitu Chef Himanshu Roye akan menyajikan pelbagai hidangan masakan India yang bakal memikat hati korang. 



Selain daripada hidangan buffet, promosi ‘Taste Of india’ kali ni menghidangkan ‘Live Action Station’ untuk melihat sendiri bagaimana ‘Khurchan’ di masak. Khurchan adalah hidangan kambing yang di cincang di masak secara perlahan atau ayam di atas pinggan panas atau serabi dan terus mengikis daging dari plate panas untuk mengelakkan melekat atau terbakar, sekali gus memberi hidangan nama dan rasa itu. 









Di antara hidangan yang disediakan hasil air tangan Chef Himanshu Roye adalah boneless fish tandoori, chicken tikka dan tandoori lamb chops, yang disediakan secara bergilir-gilir semasa promosi Taste of India. Para tetamu juga harus merasai hidangan pencuci mulut iaitu Gulab Jamun dan Laddo yang sesangat manis. 

Selain makanan laut yang juga akan dihidangkan dalam buffet dinner, pengunjung boleh menikmati dalam hidangan menyelerakan hidangan istimewa yang merangkumi dari Timur ke Barat. Menikmati hidangan Jepun seperti sushi dan sashimi, Chinese hot-off-the wok stir­ fry, pelbagai jenis pasta dengan sos tradisional Itali dan barisan kek berwarna-warni dan lazat, puding, kuih Melayu, ais krim dan banyak lagi . 



Untuk buffet dinner ‘The Taste of India’ ni, ianya bermula dari 11hb November 2016 hingga 30hb November 2016 dari 6.30petang hingga 10.30 malam. 

Harga buffet dinner di RENAISSANCE Hotel ni adalah

RM145nett untuk dewasa

RM73nett untuk kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)

All prices or charges are inclusive of 10% Service Charge and 6% Goods & Services Tax (GST).


Jom kita ke

RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL 
Corner of Jalan Sultan Ismail & Jalan Ampang 
50450 Kuala Lumpur

Tel: 03 2716 9388 


Like us on Facebook www.facebook.com/RenaissanceKL



Selamat menjamu selera semuanya....



3 comments :

Sheila Adziz said...

yummy... sedap sgt tu cik lily.... lapar dh ni...

el said...

nti kalau ada food review lagi ajak el na..tu pun kalau el pi kl hahaha kbai

luqman zakaria said...

Dtg renaissance next time kenalah roger roger hokeh.hehe