Friday, November 11, 2016

Belajar Pasal EUROPEAN CHEESE Yang Unik-Unik Belaka Rasanya

Hi Korang,

Cheese semua orang tau kan…

Alah setakat mozarella, parmesan, cream cheese korang terrer la kan. Tapi cheese-cheese lelain macam gauda, (nama cheese dlm gambo) tau ke? Ermm memang taklah jawabnya, tapi bab makan memang pandai kann hehehehhe


As usual aku dapat jemputan ke event 'CHEESE TRAIL’ iaitu mengenai pelbagai jenis cheese di serata dunia daripada seorang chef terkenal En. Pierre Gay seorang yang pakar dari Perancis. Chef ini juga adalah salah satu pengusaha cheese tertua di negaranya yang cukup popular.


Chef Pierre Gay juga pemilik Pierre Gay Fromagerie - salah satu rumah keju yang tertua dalam Annecy, dalam Rhone-Alps di timur Perancis. The Fromagerie dikenali di rantau ini dengan hasil keju halus telah dimulakan pada tahun 1935, dan Pierre mengambil alih syarikat itu pada tahun 1989 dari bapanya. dedikasi Pierre dan usahanya berbaloi apabila ia dinobatkan Meilleur Ouvrier de France (MOF) tahun 2011


So masa event kitorang di perkenalkan dengan jenis-jenis cheese dan kegunaannya yang tersendiri serta bagaimana untuk menggabungkan keju tradisional Eropah ke dalam resipi yang diilhamkan dari Asia.

Chef Pierre Gay juga sempat memperkenalkan beberapa jenis keju yang popular dan sering digunakan dalam masakan Eropah. Di antaranya Stilton dari the United Kingdom, Aged Gouda dari Netherlands, Parmigiano-Reggiano dari Italy, Manchego dari Spain, dan beberapa cheese yang popular dari France seperti Saint-Nectaire Fermier, Mont d'or, Camembert de Normandie, Salers, Maroilles, Bleu de Gex, Brillat, Savarin, Moulis dan Col de la Core.


Kemudiannya kitaorang dapat mepelajari beberapa resipi berasaskan keju yang di gabungkan sekali dengan menu masakan orang Asia. Hah amik ko, pening jugak ni kan. 

Di antara resipi-resipinya adalah Croque Monsieur with Shitake Mushroom, Cheese Fondue Scented with Smoked Tea dan Onion and Asia Smoked Garlic GratinĂ©e. 

Croque Monsieur with Shitake Mushroom

Cheese Fondue Scented with Smoked Tea

Onion and Asian Garlic Blue Cheese Gratinee

Not bad jugak rupanya menu-menu ni semua bila di tambah cheese lagi bertambah sedap jadinya.

Jawabnya banyak pulak aku pi beli cheese nanti ni ek hehehehhe


1 comment :

Hasliynda Umairah said...

my fav tu....cheese cake sedap