MY HISTORIC MOMENTS

Tuesday, November 15, 2016

Year End Promotion Dengan TRAVELOKA Sempena Cuti Sekolah

Hi Korang,

Rasanya lagi beberapa hari je nak cuti sekolah kan, sekarang ni tengah sibuk nak pulangkan buku pinjaman betul tak?

Itu anak-anak tapi mak bapak pun sama gak, sibuk mencari pakej-pakej percutian nak bawak anak-anak berjalan sempena cuti sekolah hujung tahun yang panjang ni kan. 


So nak bercuti di dalam negara ke luar negara ni…

Yang penting kita kena merancang dulu ke mana percutian keluarga ini dulu ek. Ni aku kongsikan serba sedikit tips merancang percutian keluarga yang senang lagi mudah. Eleh percutian dengan kengkawan pun boleh jugak ikut tips aku ni.


Tips Merancang Percutian Keluarga Yang Mudah


1. Rancang Jadual Perjalanan / Program Lawatan

Bila nak bercuti, dapatkan itinerary, brochure mengenai tempat percutian

2. Buat Pengiraan Bajet (Budget Estimates)

Bila dah tau kat mana nak bercuti so dah boleh buat budget, survey harga hotel, harga tiket kapal terbang, aktiviti yang hendak dilakukan dengan harganya sekali

3. Sediakan Wang Mengikut Pengiraan Bajet

Mulalah kumpul duit sedikit demi sedikit, ada setengah family diorang memang ada tabung untuk travel setiap tahun so tak delah rasa terbeban sangat kan

4. Plan cuti kerja dan mohon awal-awal

Bagi yang bekerja tuh apply cuti awal-awal takut nanti kalau apply last minute tak dapat cuti pulak kan, kan dah rugi kalau tak dapat pi bercuti gara-gara bos suruh kerja ek

5. Book Pengangkutan dan Penginapan

Ini penting ni untuk elakkan tidur di bus stop atau dalam kereta akibat tak booking hotel awal-awal. Lagipun kalau macam flight, lagi lama kita booking lagi murah harganya.

6. Sediakan Keperluan Percutian

Ini macam renew passport, kena apply visa ke, beli baju sejuk ke kalau travel oversea.

Hah kalau korang ikut semua tips aku ni di jamin korang dapat menjimatkan perbelanjaan percutian korang tuh.


Untuk booking pengangkutan dan penginapan ni aku cadangkan korang check it out website TRAVELOKA ni ek. 

Dengan Traveloka ni, korang boleh cari pelbagai jenis hotel pada tempat yang korang nak pi bercuti tuh. Tak kiralah di dalam negara tau di luar negara seperti Indonesia dan Singapura semuanya boleh. 

Katakanlah korang nak pi bercuti ke Melaka awal bulan Disember ni nanti


Senang je..


2. Masukkan desinasi dan tarikh dan berapa lama nak bercuti

3. Tekan button SEARCH


4. Nanti korang akan dapat senarai hotel termasuk dengan harga sekali untuk satu malam. Hah pilihlah yang mana satu idaman kalbu kan. Lebih daripada 100 jenis hotel yang korang boleh tengok sambil view sekali jenis bilik dan service apa yang pihak hotel sediakan untuk korang. 

Itu baru pi Melaka, belum lagi kalau nak pi luar negara. Aku rasa lagi memacam hotel yang korang akan jumpa dalam senarai Traveloka ni ek. 

Kalau buat booking flight pun boleh jugak tau guna Traveloka ni.


Not bad jugak harganye ek…

Sekarang ni pulak Traveloka sedang mengadakan promosi hujung tahun sempena cuti sekolah ni tau. 


Tengok ni

Apmacam rambang mata tak?

Di antara promosi-promosi hebat di Traveloka adalah:-

· Promosi Menggunakan Coupon Code



Korang akan dapat RM110 diskaun bila korang guna coupon code yang di sediakan ek.

· Promosi Untuk Pemegang Kad Citibank 



Korang dapat jimat sehingga RM85 apabila korang buat booking di Traveloka menggunakan kad Citibank korang.

· Terbang Dengan Malindo Air



Ye terbang dengan Malindo Air serendah RM120.00 bersih. Best tuh, aku pernah naik Malindo Air ni besar jugak seatnya. 

Ermm 3 promosi ni pun dah cukup rahmat dah tau. 


Jadi apa kata korang pi check it out website Traveloka di:


dan


Mana tau tempat percutian idaman korang ada dalam senarai Traveloka dan korang boleh guna semua promosi yang di sediakan tuh kan. Tak ke jimat sesangat tuh ek. 

Yang penting dapat gembirakan hati ahli keluarga korang terutamanya anak-anak kan, yelah penat setahun bertungkus lumus belajar so masa nilah kita nak bagi diaorang berehat dan bergembira. 

Selamat bercuti korang…


6 comments :

Amin Hakim said...

Bestnya.. nak godek2 traveloka la

Jueliza Jamani said...

yeaa jom g bercuti..

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...seronoknya kalau dpt bercuti dan berehat kn...:)

Lisa Nurulain said...

murah juga tiket flight tu ... selamat bercutii

Hasliynda Umairah said...

jom holiday

Provider Wisata Body Rafting Green Canyon Pangandaran said...

time we vacation.