Tuesday, November 15, 2016

Resipi Nasi Goreng Kampung Kimchi Sedap

Hi Korang,

Pengaruh korea dalam hidup aku ni memang kuat betul. 

Kan minggu lepas aku pi event masak-masak dengan 11 Street kan, so masa event tuh sempat belajar masak nasi goreng kampung dengan kimchi. 

Tak delah rasa pelik sangat wei malah bertambah sedap lagi adalah. 

Lagipun bahan-bahan semuanya ada di supermarket dan kedai runcit bawah rumah aku ni je, kecuali kimchi yang aku beli kat Giant. 

La tak sabar sungguh, ni hah resipinya


Nasi Goreng Kampung Kimchi

Bahan-bahan:-


2 tbsp oil

1 tbsp jus kimchi 

2 tbsp dark soy sauce

500g nasi yang telah di sejukkan, kalau nasi semalam pun sedap wei

80g kimchi, di hiris nipis

80g kangkung, potong saiz 3cm

40g crisp-ikan bilis goreng

Bahan Yang Di Kisar:-


5 cili padi

4 bawang merah

1 tsp bawang putih 

1 cm belacan yang di bakar

Cara-cara memasak:-


1. Panaskan minyak dan tumis bahan di kisar sehingga bau harumnya.

2. Tambahkan jus kimchi dan sos kicap pekat, di kacau rata

3. Masukkan nasi, kimchi dan kangkung.

4. Bila kangkung dah lembut, baru masukkan ikan bilis goreng tadi 

5. Kacau sehingga cukup segala rasa sedapnya dan hiaskan dengan roasted seaweed.

inilah kimchi
credit pic : google.com


Actually cara masak ni sama je dengan kita masak nasi goreng kampung yang selalu kan cuma tambah kimchi bersama jusnya sajor. So boleh di masak dan di makan bila-bila masa yang korang lapar dan teringin nak makan ek hahahahaha


Selamat mencuba semuanya...


9 comments :

safurara said...

KAK! bakpe nampak sedap sgt ni!

el said...

teringin nya nak makan kimci..cik lily belanjalah el haha

wahida said...

wow, macam menarik je..boleh try ni...

JMR said...

Nampak sedap. Pandai kak lily masak ;-p

Adam said...

orang korea pun makan cilli padi ke?
tanya aja.

from:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

Nadia Johari said...

tu dia..nad tak merasa lagi kimchi

Amanda Suria said...

Bab ni i suka..nanti nak cuba la..

Amin Hakim said...

Dah screenshot kat wife.. nak rasa jugak wife masak nasi goreng kimchi nie.. ehehe

ArELeEz said...

annyeonghaseyo..! ;D