Tuesday, March 10, 2015

Tapau Nasi Arab For Dinner

Hi Korang,

Bila dah lambat sampai rumah sebab jem, semuanya jadi malas.

Malas nak masak, malas nak basuh baju, malas nak kemas umah, malas nak bagi #DakUban makan eh mana boleh menyeksa binatang tu kan hehhehehe pendek kata semua malas lah.

Abis Mr Big pun tak yah makan ke? Dia tak makan? Oit jangan buat memain ek, kang bertukar jadi king kong baru padan muka aku kan.

So masa driving tuh, kepala otak dah ligat berputar nak cari tempat untuk tapau nasi dengan lauk. Malas nak singgah kedai tomyam coz ramai nau orang yang duk makan sekali. Kang nak buat orang makan lagi, tapau lagi ermm lagi malas la aku nak menunggu. Tup-tup teringat kat seksyen 7 ni ada food truck Nasi Kukus Ayam Dara. Ok ok terus ke sana ek..

La tutup plak bila lalu kat depan jalan ni, aduiyai buntu balik dibuatnya. Nak balik masak, masa tu dah kul 8.30pm plak. Ok tak per pusing lagi sampai ke sekolah rendah Bangi ni ek. Tetiba terperasan ada food truck lah. Ok usha daripada jauh dulu, ooo rupanya jual nasi arab.

Hah, apa lagi turun lekas.

Ada pilihan nasi arab kambing dan ayam. Boleh makan kat situ ataupun bawak balik. Of courselah tapau kan, abang tu pun bungkus lah apa yang patut. Alamak tepon lupa bawak turun plak, kalau tak boleh amik gambo ek.

Settle, dan bayar sajor..

Start enjin keta terus balik umah.

simple je packagingnye

hah kemain ek

Sampai umah, bukak packaging. Letak dalam pinggan sorang satu then terus makan. DakUban pun tumpang makan gak coz ktorang tak abis pun makan ayam tuh.


Lepas makan, tersandar dekat tv memasing kan. Tak sampai 1/2jam, dua-dua dah pewai, akibat pekena nasi arab.

Alah sekali sekala makan lain sket apa salahnya kan, asyik nak western food je sangat pun tak bagus gak hahahahha

4 comments :

tiga lalat said...

Salam. Hee sungguh menggoda nasi arab ayam.

Diana Rashid said...

ye la ..sekali sekala nak jugak jadi orang arab..kan?hahahah

Cho Zila said...

sekali2kan.. oklertu.. sedaptakni???

lieyalatif said...

ishh cik lily ni babab baru tau....dah lame tau tak pekena nasi arab nie...tgk gambar terus meleleh rase air liur nie.... sedapkan nasi arab...anak2 lieya suuke betul..sebab nasi tu berase kot....makan nasi gitu jek dah cukup...