Friday, March 13, 2015

REVIEW | BelleWave Skincare & GiveAway Untuk Korang

Hi Korang,


Lama tak citer pasal review produk kecantikan kan? 

Yelah mana ada orang guna 2-3 hari untuk skincare dan terus bagi pandangan. Mestilah cuba at least 2 minggu untuk menampakkan keberkesanannya. Ewah ayat kamus dewan lagi ni.


Ni aku nak share dengan korang produk penjagaan muka yang terbaru aku cuba yang di datangkan khas dari Switzerland iaitu BELLEWAVE. Hah muka pelik tak pernah dengar la tuh kan, actually produk ni yang digunakan di beauty salon. Alah time korang pi facial tuh, inilah dia. Cian dia kan, tak ramai orang amik tau pun padahal produk BELLEWAVE ni dah masuk pasaran Malaysia sejak 15 tahun yang dulu. 

Lama kan!

Skincare range BelleWave ni merupakan rangkaian produk yang botanical based, free from mineral oil and does not test their products on animals. Ini yang aku baca daripada websitenya. Kira baguslah.


Disebabkan muka mak yang ada pelbagai jenis masalah so BelleWave mencadangkan beberapa jenis skincare yang bersesuaian dengan kulit muka combination ni ek

• BelleWave ClearWave Deep Cleansing Milk (RM168)

• BelleWave ClearWave De-Bac Washing Foam (RM168)

• BelleWave ClearWave De-Bac Astringent Lotion (RM168)

• BelleWave ClearWave Comedone Repair Activist (RM168)

• Bellewave Sunwave UV Extra DNA De-Tox UV Block (RM168)

Hah amik ko, ada 5 jenis produk yang bersesuaian ek. Tapi korang mempunyai kulit normal ke, oily ke, kering ke so set kita berbeza tapi fungsinya tetap sama untuk membersihkan dan menyihatkan kulit muka.

Jom aku tunjukkan rutin penjagaan kulit muka aku dengan BelleWave nie k

ClearWave Deep Cleansing Milk (RM168 – 200ml)
Mulberry root extract, Carica (papaya) fruit extract, Vitamin C, Vitamin E, Pro-Vitamin B5

Apa-apa pun mesti pakai cleansing milk dulu kan, yelah muka kita kotor banyak debu-debu halus yang melekat. So dengannya Mulberry root extract dapat memperbaiki complexion kulit muka dan enchance skin texture. Tak berminyak pun dan baunya menyegarkan.

BelleWave ClearWave De-Bac Washing Foam (RM168 – 200ml)
Sage extract, rosemary essential oil, mushroom extract, provitamin B5, peppermint, wheat germ proteins

Pencuci muka yang harum maybe sebab ada rosemary tu kot. Bila picit letak kat tangan macam likat je tapi bila nak sapu kat muka rasa lembut je. 

BelleWave ClearWave De-Bac Astringent Lotion (RM168 – 200ml)
Witch hazel water, burdock root extract, mushroom extract, rosemary essential oil, peppermint essential oil, panthenol (provitamin B5)

Penting lah penyegar lepas kita cuci muka kita untuk cover balik apa yang pencuci dah buat. Penyegar ni membantu kita menutup lubang pori-pori muka yang besar tuh, menghalang black heads dan bakteria membiak balik kan. Lembut sajor bila sapu di muka

BelleWave ClearWave Comedone Repair Activist (RM168 – 15ml)
Tomato juice, burdock root extract, chamomile extract, calendula extract, salicylic acid

Pelik kan nama Comedo kan? Sebenarnya Comedo ini adalah 

A comedo is a clogged hair follicle (pore) in the skin. Keratin (skin debris) combines with oil to block the follicle. A comedo can be open (blackhead) or closed by skin (whitehead), and occur with or without acne. The word comedo comes from Latin to suggest the worm-like look of a blackhead that has been secreted. (info dari blog Illy Ariffin)

Consider ni cam serum gituh.

Aku picit letak kat tisu 2-3 titik then terus sapu kat muka. Senang kan, tapi aku perasan ramai gak yang titik terus kat muka. Wah lagi advance ek. Jap lagi ni kang nak cuba lah. Cepat betul meresap serum ni, sekejapan je masuk ke kulit muka dan aku fokuskan kat T-zone ni. Maklumlah tempat tu kann banyak pengeluaran minyak keluar.

Bellewave Sunwave UV Extra DNA De-Tox UV Block (RM168 – 35ml)
Soothing agent, vitamin A & E, olive oil shea butter, caprylyl glycol sodium hyaluronate detoxilene, sun filter complex titanium dioxide.

Last but not least of courselah kena pakai sunblock cream kan untuk melindungi diri daripada panas terik matahari yang memancar tuh. Langsung tak berminyak dan cepat menyerap ke kulit muka. Tak sampai a few second dan boleh pakai bedak lepas tuh.

Itulah dia rutin sepanjang 3 minggu menggunakan produk BelleWave ni.

Testimoni mengenai produk BelleWave

sebelum treatment

close-up sket, nampak pores beso

Yang aku perasan, warna, tekstur, keadaan kulit muka aku ada nampak perubahan. Bukanlah nak kata ketara sangat sampai flawless tapi memang nampaklah. Ada beberapa tanda parut semakin pudar dan pori-pori semakin mengecil.

selepas 3 minggu menggunakan BelleWave

nampak bersih kan muka

Probably dalam gambar ni tak berapa sharp sangat but cuba tengok depan-depan memang nampaklah. Itu yang Mr Big kata, dia kan hari-hari duk belek muka aku ni. 

Aku rasa dengan saiz botol yang besar ni memang boleh tahan lama boleh guna produk BelleWave ni di tambah pula dengan harga yang aku rasa mampu di miliki ni memang eloklah kita semua mencuba nya.

Rasa happy sangatlah dengan perubahan ni


Its GIVEAWAY TIME!

Korang mesti teruja sampai berjoget-joget bila aku bukak citer pasal giveaway ni kan. Ni pihak BelleWave bermurah hati nak menghadiahkan 5 sets of 5 sets of BelleWave's travel set skincare size worth RM138

SUKE KAN!!!


Cara nak join?

1) Share this poster, then tag @Ciklilyputih Blog fb page and @BelleWaveMalaysia FB, Use hashtag #BelleWaveMalaysia contest ends 31 March 2015. 

2) 5 winners will be selected to win BelleWave's travel set skincare size worth RM138

3) Winner announcement will be done on 1st April 2015.

So korang, apa lagi. Contest yang mudah je ni. Tak yah nak karang slogan je ayat pepower sangat. Klik sana klik sini dan settle. Tunggu panggilan kemenangan je.



Itu je, good luck semuanya!

1 comment :

Unknown said...

dah join..harap2 menang..set tu ada comedon tu tak?menarik pulak comedon tu..ehheeh