Thursday, March 5, 2015

Sangkaya Coconut Ice Cream Ampang Point

Hi Korang,

Ada aku perasan blogger Alyza Fisol post gambo Sangkaya ni kat instagram dia.

Ingat apa menda lah Sangkaya tuh, rupanya ais krim kelapa yang di hidangkan sekali dengan tempurung kelapa tau. Hah ko, kemain lagi ek.

Ermm maybe tak berapa sedap kot, ok abaikan!!

Tup-tup masa last week lepas abis shopping kat Spotlight Ampang Point tuh, ktorang jejalan lah kat bawah ni. Alah cuci mata je sementara nak ke iOi City Mall lepas tu kan, so pusing keliling area lobby ni.


La ada bazaar, ok mai singgah masuk jap. Banyak orang jual tudung dengan jubbah je dan mainan bebudak so kuar balik, jejalan bahagian belakang plak. Sambil jalan tuh, ada sorang adik tu panggil.

'Kak meh rasa ais krim ni ek'

Aku pandang adik tuh, terus senyum dan amik. Uit sedap plak la. Terus aku panggil Mr Big suruh rasa, dia rasa dah terus jalan ishk tak sempat-sempat nak pi kedai handphone tuh.

'Ermm tak perlah dik, thanks'

Adik je senyum je, biasalah ikut customer lah. Kalau sedap mesti dia beli kan.


Setapak je aku jalan, aku tengok signboard kedai tuh. Lepas tu baru teringat, ooo inilah dia famous ice-cream yang tengah meletup-letup hits di social media ni kan. SANGKAYA…


Reserve balik dah terus je berdiri depan kaunter sambil blur-blur tak tau nak order yang mana. Nasib baik orang tak ramai, maklumlah baru kul 11.30pagi cam tu kan. Budak kat kaunter tu pun suggestlah apa yang signature di Sangkaya ni.


Of courselah Sangkaya Coconut Ice-Cream

4 scoop ais krim kelapa dengan kepingan isi kelapa yang lembut. Arghhh sedappppp oooo. Di tambah plak dengan topping yang korang boleh letak apa je di tempat nak ambil ais krim nanti. Memulakan aku ingatkan vanilla ice-cream, bukan wokeh memang ais krim kelapa betul.


Ada beberapa jenis pilihan topping cornflakes, kacang merah, kelapa sagat goreng dan ntah apa lagi tak ingat plak aku kan.

Semangkuk ke cukup, share berdua. Kan berdua tu lebih baik katanya.

Kat mane kedai, ni korang ikut je alamat ni


SANGKAYA
Lot FM-11, Ground Floor,
Ampang Point Shopping Centre,
Jalan Mamanda 3, Taman Dato Ahmad Razali, 
Ampang, Selangor

Opens daily from 10.00 a.m. to 10.00 p.m.

Bagi mereka yang rasa Ampang Point tu jauh, boleh pi outlet mereka yang lain kat Jalan Alor (area Bukit Bintang) dan Jaya One.


So tak delah korang meredah jem nak ke Ampang kan tapi kalau dah teringin harus diredahi jugak kan hahahahaha

7 comments :

Nuriesya Nadia said...

Kita first time rasa Sangkaya ni dekat Jonker Walk. Takde jauh lagi kan nak rasa. hahahaha.

mama tisya said...

mmg tgh viral...dh dpt merasa gk kt ampang point sbb kt area umh tp tu la skit je tu 4scoop ...rege bole tahan mhl...nasibaik sedap kn...hehe

tiga lalat said...

Salam. Hee nyum nyum sedapnya icecream sangkaya.

Siti Rohaida Yusof said...

kat jb xde la pulak kan...huhu

Diana Rashid said...

bestnya..lagi2 dia hidang dalam tempurung kelapa tu...sekarang tempurung kelapa tu pun dah boleh buat duit..heheh

hazman fadzil said...

whoaaa.... dah ada kedai / tempat makan yang khas jual aiskrim nie je la yea.... diharapkan ia jadi lebih viral dan mengalahkan aiskrim magnum kat midvalley dan putrajaya tu....hahahaha

Anonymous said...

Kt jb akn scooping soon kt mount austin