Tuesday, March 17, 2015

Laksa Tepi Airport Langkawi Yang Sedap!!

Hi Korang,


Mesti korang meraung lagi sebab aku backdated citer lelama kan. 

Hehehhe

Segala informasi mengenai tempat makan sedap mestilah kena share bersama, barulah namanya food blogger.

cantikkan view

Kan minggu ni kat sibuk dengan event LIMA kat Langkawi ni, so aku up lah citer mengenai tempat makan murah lagi sedap di Langkawi ni. Aku rasa mesti ramai duk sibuk google tempat makan yang sedap bila bercuri ke sana.

fullhouse wokeh, kalau lambat datang

memang betul2 tepi pantai

Ktorang kalau setiap kali ke Langkawi wajib singgah makan di tepi Airport Langkawi ni. Kat sini memang berderetan food truck. Tapi bukanlah makan yang heavy-heavy pun, orang kata makan minum petang di tepi pantai. Majoritinya menjual laksa, mee rebus, air kelapa, buah-buahan hah menu yang cam tu je.

Of courselah mesti pekena

Laksa Ikan Sekoq

Hahahha. Betul-betul makcik ni letak ikan seekor ek. Bukan aku nak tipu. Special, lain daripada yang lain. Lagipun maybe diorang peniaga ni senang dapat ikan kembung segar dari pantai, yelah depan tu dah pantai siap ada bot nelayan lagi. Sedap kuah masam-masam pedas sebab termakan cili potong. Di tambah lagi dengan gravy otak udang tu kan, ini saje ktorang makan 2-3 pinggan.

Selain daripada tu ktorang makan

Mee Rebus

Yeah aku suker kuahnya pekat, melekat terasa segala bahan rebusan dalam kuah ni. Lagiplak dengan kepoknya yang ranggup tu, haruslah makan 2-3 pinggan jugak. Seriuslah kepok tu sedap.

ntah pinggan ke berape, aku sendiri tak ingat

Lama gak ktorang duk bertapa kat kedai Laksa Ikan Sekoq makcik ni, sebab duk leka melayan view yang cantik tepi pantai ni. Alah nelayan tengah tarik pukat, agaknya bersihkan apa yang patut kot sebelum esoknya pi menangkap ikan lagi.

nampak kan nelayan tengah kemas bot diorang

shoot dari tempat duduk aku ni, baguskan camera canon aku yang kecik ni. 21 kali zoom ni tau

macam dalam poster kan

Nak tunggu matahari terbenam tapi apakan daya kerusi meja full house dan orang nak makan ramai menunggu so bagi jelah diorang duduk kan. Boleh je jejalan kat pantai lepas tu tapi malaslah coz perut dan kenyang dan mata dah layu so baik balik hotel tidur jelah hahhahahaaha

Korang yang plan bercuti di Langkawi ni, elok lah masukkan gerai ni dalam list tempat makan korang kan.

Selamat makan semuanya…




11 comments :

tiga lalat said...

Salam. hee baru minggu lepas saya lalu pantai tepi airport langkawi itu memey ramai orangramai , tapi sy tak singgah ;D

syira yaya said...

Terbaik ahh! :) :)

Diana Rashid said...

telan ayaq lioq tengok gambaq laksa ikan sekoq tu...heheh

Amanda Suria said...

Tak bleh tahan la tgok gamba ni semua...terliur den ni ha...

zana baijurie said...


hihihii, sampai pinggan ke bape pun da tak ingat,hehehee,....luculah cik lily ni.

hazman fadzil said...

memang unik betul laa....rasanya kat sini je yang ada jual laksa ikan sekoq nie... one fine day mesti kena cuba gak nie

adianiez AIDA said...

ntah nape aida x boleh load gambo.
yg pasti aida tau kesedapan laksa ikan sekoq.
makan sambil tgk kapal terbang landing...
da pernah pergi :)
terbaik!!!

Mia Kassim said...

Terliurnya tengok laksa ikan sekoq tu ....

Roziah Muhammad @ Cie said...

Bestnya nampak laksa tuh. Terliuq tau. Hoho

Roziah Muhammad @ Cie said...

Bestnya nampak laksa tuh. Terliuq tau. Hoho

Roziah Muhammad @ Cie said...

Bestnya nampak menyelerakan. Terliuq tau.