Tuesday, January 13, 2015

Sate Tulang JELEBU Di Cameron Highlands

Hi Korang,

Rasanya mesti korang cam sakit nau ati dengan aku coz suka tulis citer yang back dated. Alah aku sememangnya sibuk lah. Kalau entry pasal event ni haruslah keluar dulu kan, entry yang ala-ala travel ni lambat la sket sebab ikut mood nak menulis hehehehe

Janganlah marah ye..


Ok berbalik pada citer aku bercuti ke Cameron Highlands hari tuh dengan bebudak Alza kan. Depan chalet yang ktorang stay tuh ada kedai makan sedap. Actually sama owner dengan Neeza Chalet, diorang bukak kedai makan sekali.



Menu makan dengan diaorang di sini adalah Nasi Ayam Golek dan Sate Tulang JELEBU. Kemain tu dari Jelebu sampai ke Cameron Highlands diorang ada cawangan ek. Alah yang ni terlupa plak nak tanye bebudak yang jaga sate tu ek.


Ni hah Nasi Ayam Golek


Amik ko, ayam besar sungguh. Suku ayam di hidangkan bersama nasi ayam kan. Uisk kenyang betul. Nasi tak abis tapi ayam licin.

Harga sepinggan RM5.00, boleh sangatlah kan.


Ini plak Sate Tulang Jelebu

tukang bayar kena jadi model lah kan..

Memula aku ingatkan guna tulang daging lembu, puas gaklah aku interview budak yang bakar sate ni. Rupa-rupanya tulang daging ayam, certain part of daging ayam yang bertulang tuh dipotong dan dijadikan sate. Ktorang dapat makan sorang 2 cucuk je coz besar dan padat isinya. Argghh penat jugak nak habiskan tapi berjaya jua akhirnya.



Harga secucuk dalam RM2.00. Takdelah mahal sangat pun bagi aku, berpatutan.

Kalau kebetulan korang ada kat area Cameron Highlands ni bolehlah ke

Neeza Cafe
No. 45,
Kg Taman Sedia,
Tanah Rata
Cameron Highlands

Alah kalau dah teringin sangat nak rasa tpai malas nak panjat bukit CH tuh, korang boleh ke Senawang coz ada jugak orang jual sate tulang Jelebu ni. Korang boleh check it out di blog food blogger Malaysia ni dan abah Careno ni ek.

Tup-tup jadi lapar pun dibuatnya ni ek.

8 comments :

Nuriesya Nadia said...

Alahaiii satay tulang itu. Alahaiiii. Alahaiiii.

p.s : haritu kita serbu kedai nasi lauk tepi jalan yang akak tulis entry tu. SEDAP ! MURAH !

mama amir said...

berbaloi betul nasi ayam, ayamnya besar camtu...lokasi mesti pergi ni kalau ke sana...thanks for sharing...^_^

AMIIZAA said...

menariknya....:)

Nadia Johari said...

pergh..macm besar-besar je

hazman fadzil said...

Whoaaa.... yang ini lebih gempak dari kat senawang tu....lebih besar dan seketul-seketul isi ayamnya....

Siti Rohaida Yusof said...

besar jguak satay tulang tu...memang puas hati ler kan kalau makan...tu yang best masuk blog ni..muahaha

Amanda Suria said...

nampak sodap...terus rasa lapar dah ni....sedap erk satay tulang>ok la nanti balik seremban boleh cuba

siti hazreen said...

Boleh try nanti ni ;)