Friday, January 23, 2015

Beli Basikal Murah Di Klang

Hi Korang,


Selalu ktorang perasan bebudak taman ni memalam pi mengayuh.

Kayuh? Kayuh basikal la tak kan kayuh sampan plak. Mana ada banjir kat sini kan.

akak, ko bayar aku ek. penat aku pose ni tau

Dek sebab cepat nau terpengaruh, Mr Big duk sibuk tanya aku agak-agak boleh tak dia beli basikal gak coz nak join geng kayuh. Aku cakap senang je, nak beli boleh tapi jangan sampai basikal tu jadi tempat gantung tuala plak kan hahahahaha

Sebab dia selalu perli aku, masa aku duk sibuk nak beli treadmill dulu kan. Sudahnya tak terbeli pun, bila fikir balik baik naik turun tangga depan rumah je senang.

So masa ktorang tidur umah makcik aku kat Klang hari tuh, sibuk Mr Big ajak aku ke kedai ni.


Dengan tak tau jalan, main redah je dan nasib baik ada WAZE. Adik aku pun sibuk gak nak ikut kan, coz dia ingat nak belikan untuk anak dia yang kecik tuh. Lalu kawasan kampung-kampung, then baru jumpa kawasan kilang dan sampailah tempat ni, rupanya dekat je dengan umah makcik aku ni.

Memang kilang basikal pun. Cuma diorang ni mengimport basikal dan pemasangan kat kilang ni. Of courselah dapat harga murah.







Memasuk customer tak de, so senanglah Mr Big nak buat pilihan. Bagi orang buta kayu tak reti mengayuh ni, aku duduklah depan kedai sampai layan tv je. Diorang berdualah test sana, cuba sini, rasa tayar dan ntah apa-apa lagi lah.


comey dak saya ni

yang ni ke? mahal bebenau la

tokeh kasi helmet cun sket la

Rasanya sejam lebih kot Mr Big duk memilih basikal pujaan hati dia then dapat pun. Nego harga dalam 20 minit, mintak kurang sket mintak accesori sket then settle.

ok ni abang man, boleh gantung botol air ni

ok ok abang man yang ni lah..

Nasib baik bawak Alza so senang nak bawak balik lah, rebahkan seat belakang senang masuk. Semua orang cam tak sangka yang ktorang akan bawak basikal gak. Cousin aku siap bantai gelak lagi, ingatkan ktorang memain-main ek.

Korang nak pi, itu hah alamatnya.


Mana tau nak beli basikal anak ke kan. Murah memang murah tapi rasa-rasanya berbaloi ke tak? Mr Big cakap berbaloilah kalau beli basikal orang beso ni.

Ok jangan PM aku tanya harga ek, mak bukan tokeh nokss


11 comments :

Kakcik Nur said...

Alaaa... baru nak tahu berapa harganya...

Anak bongsu kakcik sibuk nak basikal fixie ke apakebendanamanya...

Dah recce kat kedai basikal - yang murah pun hampir RM500. Janjinya bulan depan baru nak beli...

hazman fadzil said...

yang tayar besar / tebal tu memang menarik dan sesuai untuk yang heavyweight macam aku nie... tapi URL BLOG dia memang bagus laa...

nanieybarnieylurviey said...

Yg mahal bebenor tu tayar nye besar nyeeeeee.. Lame x mengayuh basikal. Kt kl ni harap nk kayuh kt area tmb perumahan je la. Nk kyuh kat atas jalan mcm bahaya je.

abahomestay said...

Elok juga beli basikal nie...boleh try letak kat homestay

Tajul said...

Tayar besar tu utk bawak kt pantai..

Akmal said...

Betul punya besar tayar tu.. brp harga tu bro?

Lieza Lisz said...

thanks for sharing. nak bli beskal ni xsabo

Fizz Zoule said...

Hi nak tanya berapa rm beli basikal tu?

Hakim Gd said...

Fixie 700c tu brape harga nye

Anonymous said...

Ada jual bskl LETRIK tak situ

Anonymous said...

Ada jual bskl LETRIK tak situ